Tuesday, June 15, 2010

Kini Kembali


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Setelah sekian lama tak post apa-apa kat blog ni, rasanya sudah tiba masanya untuk kembali aktif dan habiskan buku rahsia dan keajaiban cinta Allah, insyaAllah!! chaiyok!! hehehe

Sem 1 10/11 telah bermula pada 12 julai 2010.. so, nmpaknya sudah masanya kembalikan diri utk blog yg hmpir sebulan tak diupdate ni hehehe malu ngat aih!! cuti lepas short sem pon berakhir mcm tu ja walhal ada ja tenet kat umah tu, ishhh!! sian sungguh jadi blog kepada blogger macam ni.. nak kata pemalas tu xjugak~ sapa2 boley lar gtaw apa masalah bloggers ni hahaha (^_^)

So, untuk refreshment kat suma yang sudi singgah bacakn, before saya start bedah lagi, topik 3 plak, buku rahsia dan keajaiban cinta Allah ni, saya nak kongsi lar sket, mengenai peristiwa israk mikraj.. hmmm dah 7hari berlalu bulan rejab kan? dan sekarang ni plak dah masuk 7 syaaban 1431H., Sat ja kan? dan tak lama lagi plak, dah nak masuk bulan ramadhan.. hmm moga2 kita sempat la bertemu dengan ramadhan tahun ni insyaAllah.. haaa sebenaqnya nak kongsi satu peristiwa besaq yang berlaku pada bulan rejab neh, iaitu peristiwa israk mikraj yang mana berlaku pada 27 rejab tahun ke-11 kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. okay nak cita lar sket an, sebelum baginda bertemu dengan Allah taala, baginda telah didatangi malaikat jibril yang kemudiannya melakukan sedikit pembedahan terhadap baginda dengan membuang kotaran yang ada pada hati Rasulullah.. ckp pasai kotoran kat hati ni an, Rasulullah yang perfect pon ada sikit kotoran kat hati baginda then cuba la bayangkan, mace mana keadaan hati kita noh~mesti sgt kotor, itam legam pa... xtaw lar, sbb tu la kita kena sentiasa muhasabah diri kita atau sentiasa amalkan zikir, paling ringkas astagfirullah hal a'zim or sapa2 da cdangan macamana nk buang kotoran kat hati kita neh??..

Ok, Kat sini jugak, suka saya kaitkan dengan solat. Seperti mana yang kita semua tau kan, sebenaqnya israk mikraj ni adalah peristiwa yang boleh dan sangat2 menginsafkan kita, banyak lar pengajaran yang Rasulullah tengok dan diceritakan pulak kepada sahabat2 zaman baginda dan sampai jugak peringatan tu kat kita sekarang ni.. yang ingin saya tekankan kat sini ni, salah satunya, Rasulullah s.a.w telah melihat seorang manusia dimana kepalanya sangat lar berat dan tidak mampu dipikulnya~ini adalah balasan dimana orang yang enggan sujud @ org yang malas sembahyang. Pada asalnya, solat yang diperintahkan kepada kita adalah sebanyak 50 waktu! huhu banyak kan kawan-kawan?, tetapi diatas pengorbanan dan kasih sayang Nabi Muhammad s.a.w terhadap ummatnya, Baginda telah memohon kepada Allah untuk mengurangkan waktu solat yang 50 tadi sampai jadi 5 waktu, sbb pa taw dak? sbb baginda tahu yang ummatnya tidak akan mampu melakukan solat sebanyak tu.. dan hal ini sangat jelas pada hari ni yang mana kita dapat lihat ramai sangat yang mengaku dia muslim dan sayangkan Rasulullah tetapi tidak pula melaksanakan perintah wajib orang islam iaitu solat yang hanya 5waktu sahaja sehari semalam.

Jadi disini dapat saya simpulkan bahawa barangsiapa tidak solat bererti dia tidak mengasihi Rasulullah dan tidak tahu menghargai pengorbanan Rasulullah. Sangat sedih sekali walaupun hanya 5 waktu, masih ramai muslim yang tak dapat penuhi kelima-limanya. Cuba la kita bayangkan, bagaimana kalau kita diwajibkan solat 50waktu, huh!! mungkin seharian kita berada diatas sejadah lar kot, bagi yang betoi-betoi mau solat lar, tapi terdayakah kita? mampukah kita?, saya pon rasa saya tak mampu lar, kawan-kawan cmna? mampu dak? sedangkan yang 5 waktu itu pun, penuh dengan ujian dan rintangannya, jadi macam mana nak penuhi yang 50 waktu tu~renung-renungkan lah!!

Kita pon tau kan? Solat jugak akan menjadi perkara pertama yang akan disoal diakhirat kelak. Jadi perlulah kita mengambil berat mengenai solat kita masing2 kerana bukan orang lain yang akan menanggung siksaan tu nanti, tetapi diri kita sendiri . Jadi, sama-samalah kita beringat, renungkan dan beramal lah selagi nyawa masih dijasad~



~muhasabah diri kunci kebaikan~
















No comments:

Post a Comment