Thursday, December 2, 2010

Aku Ingin Terbang Tinggi

AITT
Aku ingin jadi orang hebat..
tapi hebat kah aku?
Aku hanya insan biasa,
yang tidak mengerti apa-apa,
tetapi tidak pula bodoh,
aku juga tidak mahu jadi manusia bodoh,
yang hanya mahu menghirup udaraNya,
tetapi tidak mengambil hikmah disebaliknya.
yang diberi akal,
tetapi tidak mengasahnya,
yang diberi segala-galanya,
tetapi tidak pernah bersyukur.

Aku ingin terbang tinggi,
ingin jua seperti helang,
yang gagah melayang di udara,
biarlah menjadi pipit yang kecil,
tetapi pipit yang tabah dan cekal,
pipit yang tidak mudah berputus asa,
sentiasa yakin dengan rahmat EsaNya,

Aku ingin terbang tinggi,
menggapai awan dilangit biru,
menyedar hakikat hidup insani,
mengutip dewasa dibawa sendiri.
Ayuh semua,
terbang bersama,
menuju destinasi yang satu,
hakiki yang kekal abadi.


No comments:

Post a Comment