Friday, January 28, 2011

Kalut sudah~

Salam..hari ni hari yang dinantikan nak balik kampung tercinta, nun jauh kat utara nuh, ulu plak tu, baling tapi turun sungai petani n tidur umah pak long dulu, esok sabtu baru balik umah, n makan kenduri kat umah tok wan..best2 kumpul ramai2... hehehe tapi

hari ni, kalut smcam, apa yang dirancang tak jadi, nak p kelas akidah n fekah pon tak dapat sebab setelkan esaimen marketing... dari cafe hs ke econs...hmm jauh2, nak p engin dah tak terdaya, masa pon dah cemburu kat diri ni, so tak jadi p kelas tu huhu sedih dah la baru yang kali pertama..

ni nak balik umah pon tak packing barang lagi ni, hmmm ok la nak gerak 2.30 so... jom2 balik. online kat umah plak nanti.. byk kerja perlu disetelkan nanti, esaimen, kerja brc, study for midterm...urmmm study ker?? hahaha hmm byk la.. kena buat list ni, nanti suma tak buat, lagi susah kan..

~SELAMAT BERCUTI SUMA~

Monday, January 24, 2011

Hidup ini ada hikmahnya


"Aku rindu mereka mungkin"

So~
Malam ini

Mata tak dapat nak lelap

Diri cuba dialunkan dengan nasyid kegemaran

Dan alunan zikir penenang hati

Muhasabah diri dikala orang lain mungkin buai mimpi indah,

Ku buka pengisian ilmu di folder nota hidupku

Kiriman sahabat seperjuangan

Mata tak dapat membaca lagi

dek silauan cahaya screen didalam kegelapan

ku buka pula album mengenang masa lalu,

gambar sahabat-sahabat smkab.

Aku rindu mereka-mereka suma,

Gambar-gambar yang kusimpan dulu habis ilang

Dek pendrive kehilangan..sedih hati

Ku tatap pula gambar family tercinta

Aku mahu pulang huhu

Hati terdetik pula membuka gambar sahabat seusrah,

Sejuk hati melihat kalian,

Kalian la sumber rujukan dan pemotivasi terbaikku

tika diri dikejauhan dari keluarga tercinta dan teman-teman sekolah

yang aku rindu semuanya.

Kata hati 24/1/11 0310a.m


SMKAB DAN USRAH

Ya Allah bersyukur sangat-sangat dari sekolah dulu ikut usrah bawah badan dakwah dan rohani (BADAR SMKAB), sebenarnya ada hikmahnya aku pilih SMKAB berbanding SBPI lepas upsr dulu.. sungguh banyak hikmah ketentuan hidup ini, SMKAB adalah tempat pertama diri ditarbiyah, diganggu makhluk Allah(just gangguan bunyi berlanjutan setiap malam dekat sana sampai f4)membuatkan diri semakin berani, tiada yang perlu lebih ditakutkan, melainkan takut akan Allah Taala, walaupun kadang-kala ada jugak rasa takut means kita tak boleh terlalu takut dan terlalu berani. Kemudian diuji pula dengan perasaan kematian yang hampir, tak taw camna nak cita, hanya kawan tempat mengadu tika itu, setiap hari menghitung detik kematian dan aku ketika aku masih kosong dan belum bersedia, di situ timbul banyak kebaikan diri walaupun kadang-kadang diri lalai dan leka juga. Ya Allah, Banyak pengalaman dan pengajaran yang aku dapat di SMKAB, sebab itu suka sangat cakap SMKAB adalah permulaan diri di tarbiyah Allah.

UIAM DAN USRAH

"adik-beradik usrahku tersayang"

Kemudian, aku sangat-sangat berharap agar dapat menjejakkan diri ke UIAM ataupun UM, sentiasa berdoa setiap kali sujudku agar diperkenankan, Alhmadulillah walaupun resultku tak la gempak dan cemerlang mana tetapi aku bersyukur akhirnya aku dapat juga menjejakkan kaki ke Uiam, Dan aku dah niat dalam hati, aku tetap akan dengan usrah, memandang diri ini memang masih kurang ilmu agama, bagiku ilmu agama perlu dicari, tambahan pula khusus yang aku dapat sangat lari dari bidang keagamaan mungkin, tetapi aku tetap tekadkan niat untuk tetap mencari usrah, Alhamdulillah di usrah aku temui sahabat, motivasi, ilmu (makanan rohani) walaupun seminggu sekali ja, tapi yang kumahukan cuma hati dan diri ini yang masih kekeringan ilmu agar dapat diisi agar basah utk ku mengingatiNya. Sahabat-sahabat suma taw dak usrah ni sangat penting? kita kena akui tu, tak kira la usrah bawah apa pon, asaikan diri diusrahkan! Sepupuku yang belajar di Australia pon join usrah, Alhamdulillah, dia juga tidak menafikan sahabat usrah adalah penganti keluarga di Malaysia dan kakak naqibah sebagai pengganti k.longnya. Alhamdulillah, rasa sangat seronok, inilah yang dinamakan kemanisan dalam hidup bila kita diusrahkan bersama teman-teman, disaat jauh dari keluarga, sahabat-sahabat dan adik beradik usrah sebagai pengganti. Subhanallah~

JOM KITA CARI USRAH

Sekarang, Alhamdulillah, aku tetap dengan usrah di bawah ma’ruf club, wahai kawan-kawan suma, cari la usrah terutamanya di kala ini, kita perlu lah sentiasa berfikir hidup ini tak lama, bila-bila saja kita akan kembali kepada khaliq kita (ALLAH). Jadi biarlah hidup yang masih berbaki ini diisi dengan kuliah-kuliah ilmu. Apa yang kita nak bawak nanti bila kita nak bertemu denganNya? Perbaikilah dirimu selagi ada masa, tampunglah kelemahan itu untk kebaikan diri sendiri, berfikir la untuk jangka masa panjang, saya akui masih banyak kelemahan diri ini, rasa rendah diri dengan sahabat-sahabat, asai sekolah agama jugak, tetapi entah la. Bersyukur juga dikurniakan family yang amat memberi penekanan terhadap agama.

Ingin sekali menyeru suma kawan yang mengenali diri ini, agar kita suma dapat dekatkan diri dengan Allah, saya membuat penulisan ini bukan nak cakap diri ni baik ka apa sebab masih banyak kekurangan ini. Tapi sangat sayangkan sahabat-sahabat saya, sahabat-sahabat, biar kita baik dimata Allah, dan bukanlah pada pandangan manusia, KEKALKAN YANG BAIK dan BERUBAH LA SEBELUM TERLAMBAT, KITA SEKARANG DI DUNIA AKHIR ZAMAN, BILA-BILA SAHAJA KEMATIAN BOLEH MENJEMPUT DAN SANGKA KALA AKAN DITIUP, Astaqfirullahhal’azim... hanya Allah yang tahu apa yang ada dalam hati ini ketika ini. Perbetulkan la niat kita sentiasa, mudah-mudahan segala tindak tanduk kita diberi pahala dan keberkatan olehNya, buatlah apa yang diperintahkanNya dan tinggalkanlah apa yang dilarangNya.

Ya Allah

Kami memohon bimbinganMu,

Ampunkan segala dosa-dosa kami,

Kau jauhkanlah perkara-perkara yang menjauhkan kami dariMu

Kau tunjukkanlah jalan lurusMu kepada kami,

agar mudah kami memahami segalanya,

Kau bukakanlah mata hati kami,

Agar dapat melihat kebesaran dan keagunganMu

Kau berikan kepada kami, ilmu-ilmu yang bermanfaat,

Kau tabahkan hati kami untuk menempuhi ujian-ujian hidup kami,

Ya Allah, Ya Tuhan kami

Kau permudahkanlah segala urusan kami,

kerana tidak ada kemudahan kecuali Kau jadikannya mudah,

dan Kaulah yang menjadikan kesukaran itu mudah

bila Engkau menghendakinya, dan tetapkanlah hati-hati ini dijalanMu,

Hanya kepadaMu lah tempat kami bergantung dan bermohon bertolongan.

Kasihani lah kedua ibubapa kami sepertimana mereka mengasihi kami sewaktu kecil kami,

Kau berkatilah kehidupan kami di dunia, dan jauhkanlah kami dari azab api nerakaMu.

Kau perkenankanlah doa kami ini.

Amin Ya Rabbal ‘alamin

(240111 0400 a.m)

~sayangi diri kita semua~

ISTIQAMAH


Duhai hati..

Tetaplah istiqamah..

Walau itu berat bagimu..

Percayalah kau mampu menjalaninya..

Asalkan kau selalu menyertai Allah dalam segala hal..

Terpautnya kau duhai hatiku pada Sang Khalik..

Akan membuatmu semakin cantik dan angguh..

Karena kau adalah mutiara di lautan..

Yang akan terus terjaga sampai masa memisahkan..

Duhai hati.. Tetaplah istiqamah..


Diambil dari artikel dalam

www.dakwatuna.com

sangat-sangat best artikel-artikel dalam ni..


Dalam kontek ibadah, takut sangat bila kita buat sesuatu tak istiqamah, ya la, iman kita ni ada pasang surutnya, suma ini bergantung pada diri kita sendiri, maybe kita try dulu buat ikut kemampuan dan sikit-sikit, insyaAllah bila kita dah selalu, bila kita tak buat kita akan rasa berdosa sangat bila tak buat, dan paling penting kita sentisa letakkan dalam mind kita..

ALLAH MAHA MELIHAT

Wallahua'lam


~Moga kita sentiasa diberi kekuatan utk terus istiqamah~


Sunday, January 23, 2011

FIQH WANITA SIRI 2

Alhamdulillah, dapat jugak menghadiri Masjlis ilmu ini, sepetang membuang segala masalah dengan tiduq ja, ishh sgt tak baik kan?,bayangkan betapa banyak perkerjaan yang dapat saya buat taim tidoq petang tadi.. tidur lepas exam sampai maghrib tu, penat la konon, 3 hari stadi desicion science cuti hari tu, memang senang soklan dia tapi nak jawap tu yang susah...hehehe (alasan tak bernas) tapi terpaksa tidoq, konon qhado tiduq lewat semalam dan penghilang stress yang tak taw, apa sebenaqnya membelenggu diri...

Ok la, masuk kepada pengajian fiqh kali ini, disebabkan ramai muka baru, jadi ustazah Nazirah mengulang semula dari awal dan ditambah sedikit-sedikit yang berkaitan, saya ingatkan dah boleh masuk bab taharah, tapi takpa la, ada hikmahnya, bila diulang-ulang, kita akan lebih ingat kan? banyak jugak yang saya dapat malam ni, start pukul 8 dan berakhir 10.30p.m kat kelas yang sama ADM LR5. Minggu depan tak dak, sebab mid-break, balik kedah, best2!! dan selepas cuti ni, mungkin akan buat pada tarikh@hari lain, sebab ustazah ada hal ari ahad mlm tu, tunggu mesej ja lar.. dan tajuk yang akan dibincangkan next siri bab TAHARAH (kebersihan) insyaAllah.

Malam ni just nak kongsi, KETUNDUKKAN DAN KEPATUHAN KEPADA ALLAH.
Rujuk surah Al-A'raf:3

"Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selain-Nya[528]. Amat sedikitlah kamu mengambil pelajaran (daripadanya)."

[528]. Maksudnya: pemimpin-pemimpin yang membawamu kepada kesesatan.

Ni bukan nak berpolitik ka apa, tapi kalu kita tengok pemimpin-pemimpin lani (kontek kenegaraan) , tak leh nak ikut sangat, lebih teori ja n pandai cakap, kalu kita kaji dalam internet pon sudah la.. hmm malas la nak cakap bab ni, tak pandai pon bab-bab politik ni,masih dalam proses belajar, memahami tapi yang paling penting sekali, kita kena aulakan(utamakan) belajaq bab-bab agama, agama dan politik tak dapat dipisahkan dan agama la, yang akan guide kita sebenaqnya sepanjang kita hidup kat dunia ni, jangan mudah ikut telunjuk orang, pikiaq dulu baik buruknya dan fikirkan kesan yang akan berlaku... muhasabah kekurangan diri dan cari solusi utk penambahbaikkan, untuk diri terutamanya~

Allah Taala suruh kita buat tu buat ni, melarang kita buat tu buat ni bersebab? sebab apa? sebab Dia tersangatlah kasih kat kita, hamba-hamba dia ni..SEDAR KAH KITA? macam mak ayah kita la, sebab pa suruh kita belajaq masak@ buat menda-menda baik, tak bagi sosial2 sangat, sebab apa? sebab depa ni sayang kat kita, tapi tau dak, kasih sayang Allah kat kita ni melebihi kasih sayang mak ayah kita kat kita.. sedaq dak? pakat-pakat la muhasabah diri~ tapi kalu kita sayang jugak kat Allah mesti la kena taat pada mak ayah kita jugak..hehehe takut ayat saya di salah tafsirkan~ (^_^)

~sori agak bercampur aduk~

Friday, January 21, 2011

Aku Rindu??

Salam Jumaat yang penuh Barakah buat semua~


Rindu pada kenangan lalu, suka duka bersama, ingin juga kembali tika itu, agar tertebus segala kekurangan diri, masa begitu cepat berlalu, sepantas kilat, cepat benar!! sekarang ni pon dah nak masuk minggu ke-7 sem 2 kat sini, dalam fatrah midterm exam, atoi cik mek molek, hmmm apa la yang dah aku belajaq,sat ja rasa dah 7minggu kat sini..rasa cam baru daftar kemarin kot, hahaha banyak tu, memang dah banyak yang belajaq, macam-macam nak buat.. sekarang ni dah mula homesick dengan asik selsema ja, atoi tak larat lar, macam nak demam ja, pastu ahad nak exam, moga cepat sihat lar..

Kalau kat rumah ada gak mama nak suruh "k.ngah p la makan ubat tu, dok sotseh sotseh" hmm rindu mama, adik plak call ari tu dah tanya, "bila k.ngah balik?", dah la dia masuk sekolah tahun ni, hmm dah besaq adik kecik ku ni.. mama kata, dia dah tak mau p sekolah ari rabu, sebab da ingat saya balik hari rabu, panjang lebaq aku explain da gtaw mama aku balik ari rabu jugak!! pastu tanya lagi "k.ngah balik ari rabu ka? hari yang adik balik lewat tu?" alasan la tu malas nak tasmiq dan ngaji quran, ish2 tiru perangai sapa taw!! zudin plak dah standart 4, lagi 2 taun g nak standart 6, pastu mama kata nak suruh da ngaji tahfiz Parit Panjang ja, dekat skit ngan rumah, mudah-mudahan ada sorang lagi tahfiz dalam family, Amin ya Rabbal 'alamin..

"memang suka posing dua orang ni"

Dah hampir dua bulan kat sini, apa tak rindunya, memang pk nak balik umah ja.. sejuknya kat belakang umah, da utan rimba, monyet pon banyak, mandi telaga...uuuuu sejuk!! Nyaman dan tenang dok umah.. ishhh memang nak balik, nanti tok wan nak buat kenduri, nasik daging spesel tok wan pa... sedapnya.. balik2 terus metekedarah nasik daging hahaha... pastu makan free..syok2.. tapi sebelum balik ada 2 exam, desion science-ahad, ungs-selasa.. nasib yang 3 lagi. lepas mid-break. tapi makin bertambah la keja kot lepas balik nanti... huu takut jugak nak mai balik...hihi nak tunggu balik umah rasa bukan main lama g, t kat umah seminggu mesti rasa satja.. o hoi!!! hmmm hantu ilyani balik rumah!!! hahaha cer cite...cer cite,apa masalah kome ni...
p la stadi, dengar sini akak nak gtaw!!

" Demi masa,
sesungguhnya manusia itu dalam kerugian melainkan mereka yang beriman
dan yang mengerjakan amal soleh,
dan saling berpesan di atas kebenaran
dan saling berpesan di atas kesabaran"

~JOm Pakat-Pakat Jaga Masa~

Wednesday, January 19, 2011

FIQH WANITA SIRI 1

PENGENALAN~

Alhamdulillah sahabat-sahabat kerana diberi hidayah untuk mengikuti kelas pengajian yang satu-satunya khusus buat muslimah SAHAJA. Sem lepas just dengaq tapi sem ni, hati yang kering ni amat tergerak untuk mengikuti kelas-kelas pengajian agama. Alhamdulillah, TERIMA KASIH YA ALLAH.. Alhamdulillah hidup di kampus yang dibanjiri dengan pelbagai kelas-kelas tambahan untuk hati rohani dalaman kita danFREE plak tu. Wahai sahabat-sahabat uiam yang dikasihi suma, tahukah anda, betapa untungnya kita digelar Mahasiswi UIAM? Sangat beruntung kot!! Sangat-sangat yer!! Antara mau and tak mau ja.. tu ja persoalannya kan? Jadi, disini saya nak menyeru sahabat-sahabat mahasiswi suma, jom la kita ikuti pengajian FIQH WANITA ni, disampaikan oleh USTAZAH NAZIRAH. ANJURAN IRKHS and MARUF CLUB.. dan mudahan beristiqamah sebab setiap tajuknya amat penting dalam kehidupan kita sebagai wanita asasnya. Dan masih belum terlambat lagi bagi sapa-sapa yang berminat nak join, takat ni HARI AhAD malam isnin, pukul 9 MALAM dekat ADM LR5, level 3 naik tangga tepi mosque female entrance.

APA ITU FIQH?

Fiqh @ fekah amatlah luas:

  • Fiqh Ibadah yang perlu diutamakan (aulawiyat)
  • Fiqh muamalat berkenaan dengan jual-beli, kewangan, ekonomi dsb)
  • Fiqh nizamul usrah (munakahat)lebih kepada perkahwinan
  • Fiqh jinayat jenayah (undang-undang dan hukuman)
  • Fiqh hukm wa siasahpolitik
  • Fiqh tatasusila (hubungan internasional)→muslim dengan muslim, muslim dengan non-muslim
  • Fiqh akhlakmengenai adab seorang muslim

Okay la, disebabkan siri 1, memang pengenalan la, TAJUK BESAR : FIQH MAR’AH, bukan marah kay, kenapa Mar’ah?

Sebab ia berkisar dalam kontek kewanitaan. Kenapa kita kena belajaq fiqh ni? Untuk meningkatkan kefahaman mengenai hukum-hukum Allah, merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Jom Hayati tafsir dari surah Al-Baqarah, ayat 269,

"Allah menganugerahkan al hikmah (kefahaman yang dalam tentang Al Quran dan As Sunnah) kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah)"

Dan jangan jadi seperti satu golongan ni, dizaman Rasulullah, mereka ni yang tak faham hal-hal kenabian tetapi mereka tetap juga dengan sikap mereka itu (ego), tak faham tapi enggan jugak memahami, Jadi, jangan lah kita jadi macam golongan ni, (nauzubillah) Kita tak faham tapi tak pulak mencari sesuatu untuk belajar atau bertanya, terutama mengenai fiqh-fiqh wanita ni. Yang amat berkaita rapat dengan kehidupan kita.

Kefahaman itu amat penting dalam kehidupan kita, moga dengan sedikit kefahaman yang kita ada atau dapat, kita dapat pula berkongsi dengan kawan-kawan kita pulak. InsyaAllah

HUBUNGAN FIQH DENGAN KEIMANAN

Akidah ikatan@ simpulanan tali. Tunjang utama sebagai seorang muslim

Iman dan IslamsyariahAkhlak

Akidah ataupun keimanan itu adalan keikatan yang kuat terhadap Allah Taala, bilamana kita terikat dengan hubungan dengan Allah, berpegang teguh dengan syariatnya (hukum-hukumnya), jadi kita akan memdekatkan diri kepada Allah dan berusaha menjauhi larangnya kerana ia termasuk dalam konsep Ihsan dimana Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

Beribadahlah kepada Allah seolah-olah kamu melihatNya, dan jika kamu tidak melihat Allah, maka sesunggunya, Allah melihat kamu

Hubungan akhlak dengan iman

Kemulian akhlak adalah tanda keimanan seseorang kerana ia adalah buah dari keimanannya Rasulullah s.a.w bersabda:

Bukanlah iman itu hanya dengan cita-cita tetapi iman itu ialah keyakinan yang tertanam di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan

Kita buat sesuatu atas sebab kepercayaan dan keyakinan kita pada Allah Taala, jadi jelaslah dengan akidah yang kuat, akan melahirkan ketaatan kepada Allah Taala.

Akhlakhubungan kita dengan Allah (IBADAH)

Hubungan sesama Manusia

(Suma yang ditetapkan Allah tidak ada langsung yang bercanggah dengan fitrah kita) sangat complete!

Antara tajuk-tajuk yang akan dipelajari dalam kelas ni:

  • TAHARAH (Kebersihan diri dan bersuci)
  • WUDHUK DAN TAYAMUM
  • MANDI SUNAT
  • MANDI WAJIB
  • MANDI JANABAH
  • SOLAT

Dan ustazah juga ada kaitkan dengan ISLAM:

APA ADA DENGAN ISLAM? antara kelebihan Islam:

  • Islam agama fitrah (kita diraikan oleh Islam)
  • Tak munyusahkan
  • Mudah tapi tak pula boleh dipermudahkan sewenang-wenangnya
  • Fleksibel dengan keperluan manusia sepanjang zaman dan tempat
  • Untuk semua bangsa

Pesanan ustazah sebelum bersurai:

Solat: menjadi penghubung antara Allah dan hambaNya dan memberi kekuatan dalam diri.

Contoh: perempuan tengah uzur (tak boleh solat), apa yang kita rasa? Walaupun relek ja, tak payah solat tapi macam lost contact ja kan. Sebab tu kita perlukan keterikatan kita dengan Allah, tak boleh solat tapi diganti dengan zikrullah, pasang ayat-ayat quran supaya kita tak rasa jauh dariNya. Supaya kekuatan dalaman tetap ada dalam diri kita.

Takat tu dulu yang dapat saya kongsi untuk siri pertama ni, kalau nak taw lebih lagi.. jom la kita ramai-ramai serbu kelas ni.. MEMANG BEST!! Saya mohon maaf, jika apa yang nak saya sampakan agak berterabur , saya harap sedikit sebanyak dapat memberi kefahaman buat kita semua, InsyaAllah.

~peringatan buat diri dan orang lain~

Sunday, January 16, 2011

Dimana Maruah Kita?


Assalamualaikum w.b.t

"GEMPAR!!! Mesej yang diterima dari seorang mhswa UIAM.-closing ceremony USC, berlaku satu insiden yang x patut berlaku dalam universiti Islamik seperti UIAM. ketika pasukan pancaragam TUDM m'buat tarian poco2, lebih kurang 10-12 sisters yg t'diri drpd peserta perarakan turut berjoget bersama pasukan pncragam. sungguh memalukan. insiden ni berlaku di hadapan para tetamu termasuk Deputy Rector.~via Buletin Uiam"


Adoi, terasa nak buat luahan perasaan kat sini,sebab geram tak abis lagik!! kemarin buletin uiam dok sebar berita hangat jugak la, sesak nafas ni dengaq, hangat betoi dalam jiwa, untuk pengetahuan suma uiam baru ja abis, universiti sport carnival (usc), dengaq kata penutup dia tuu...adoi, tak sampai hati nak cakap, boleh depa poco-poco, kalu laki suma tak kisah la, tapi student perempuan kot, kalu kita nak tengok pon malu, dah tak dak perasaan malu kot, anda suma telah menjatuhkan maruah kaum wanita kat sini, bukan saja menari depan student tapi depan rektor, tak malu ka, Persoalannya, dimana malu kita suma? sedangkan universiti ni yang kira islamic la kan, anda suma boleh menjatuhkan maruahnya, akibat semut seekor masuk dalam ayaq tea, lansung tak leh minum~ "disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga"!! hmm

satu lagi yang saya tengok apa yang tak kena dengan usc ni, taim maghrib pon dok bersorak2 lagi... orang len dok tengah solat, mana la peranan commitee ni... tapi harapnya mereka-mereka yang terlibat dan bakal terlibat dalam apa-apa aktiviti terutamanya berkenaan sport amik cakna la apa yang berlaku pada usc kali ni.. diharapkan tak akan berulang lagi, jangan biarkan diri anda diselubungi misteri sehingga menyebabkan banana fruit two time kay!!!

Dan ada cadangan yang baik daripada marufclub Uiam,
via Vice President 2
Saya mencadangkan agar USC akan datang,

1) Mengasingkan "venue game" antara lelaki dan perempuan
2) Menyusun jadual permainan supaya tidak bertembung dengan waktu solat
3) Lelaki tidak boleh menonton "game sister" termasuk komiti

info daripada facebook marufclub

Sangat bagus cadangan ni, sokong infinity~

jom kita hayati surah annur ayat 30-31:

Pedoman pergaulan antara laki-laki dan wanita yang bukan "mahram"


30. Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

31. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

Jom kita sama-sama hayati ya, dan pebetoi diri masing-masing noh,
insyaAllah niat saya baik (^_^)

~amik pengajaran daripada sejarah lalu~

Saturday, January 15, 2011

Kalau Lalu Sini~ Please....

sini sini, mai la sat,...nak mintak tolong sket....

dah aih, nak mintak tolong, bagi ikan emas saya makan!! hi hi hi
sian depa-depa tu,
takut kebuluq ja, bagi orang @ binatang makan dapat pahala taw,
dah la ikan-ikan tu kiut~ berenang renang dalam laptop,
ingat senang ker depa nak muncul dalam laptop hampa, depa tu segan sebenaqnya,
tapi dah terlatih macam tu, perasaan malu tu depa buang, tapi bertempat dan ikut situasi.
tabiat merepek ilyani sudah datang!!!! larrrrrrrrrrrriiiii~

bagi depa makan banyak sket, nanti bila saya lalu, tak la layan depa ja..
kadang tu sejam dok bagi depa makan, tu yang kadang2 nak post pun terlupa
hahahahahha

tu ja nak pesan~ last sekali jaga adab dan etika sebagai seorang muslim k!!
ALL THE BEST, weekend yang best InsyaAllah! (^_^)

~kita semua makhluk ciptaan Ilahi~

Friday, January 14, 2011

Berbaloi-baloi

Salam Ukhuwwah buat semua~

"happy la tu kan?"


"PMIK dekat dihati"


"poster yang cantik"


"makanan yang sedap"

Kemarin hari yang amat memenatkan, penat sebab ada kelas malam, ada AGM pmik, ada BBQ Geng Hafsa Econss, aktiviti malam khamis, tapi tu suma berbaloi-baloi bagi saya, Alhamdulillah.. keja makan ja~ "Ya Allah semoga aku sentiasa pembaharui niat-niatku hanya untukMu.. tiada lain yang ku pinta hanya kekuatan daripadaMu, untukku dan teman-temanku, kalu aku penat, mereka suma lagi penat, aku hanya insan biasa yang biasa-biasa sahaja, tiada lebih, tiada kurang.. insan yang tidak sempurna, selalu khilaf di duniaMu ini..."


Jom kita pakat berdoa di penghulu segala hari ini, JUMAAT Yang Barakah InsyaAllah..

"YA ALLAH ENGKAU KUATKANLAH KAKI KAMI MELANGKAH BERJUANG DI JALANMU, BIAR DIRI GAGAH, TEGUH BERDIRI, KAU PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSAN KAMI DIMUKA BUMI INI, JADIKANLAH KAMI HAMBAMU YANG TAAT AKAN SURUHANMU DAN MENINGGALKAN SEGALA YANG TERLARANG, KAU MURAHKANLAH REZEKI KAMI DAN KELUARGA KAMI, JADIKANLAH KAMI ANAK-ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH, BERIKANKANLAH KAMI ILMU-ILMU YANG BERMANFAAT DAN JANGANLAH KAU TINGGALKAN KAMI SENDIRIAN, SESUNGGUNYA KAMI HAMBAMU YANG LEMAH LAGI HINA YA ALLAH, HANYA KEPADAMU LAH TEMPAT KAMI BERGANTUNG DAN MEMOHON PERTOLONGAN," AMIN YA RABBAL 'ALAMIN~

~Nikmat itu pemberian Allah dan sumanya itu milikNya~

Hajat tercapai jugak!!

Sungguh tidak merancang nak beli hari itu, 13hb 1 2011, melayang jugak duit macam nenek paen..hehehe toink!! kelas macam besa, pagi 8.30pagi... then after kelas pegi makan, alamak duit tak bawak, kawan cakap, tak pa pinjam duit dia dulu..okay!!... so tak jadi nak p PC Fair lar..huhu tapi dalam perjalanan nak balik, macam nak melawat jugak.. p la sorg2 dengan duit tiada di poket, hmm apa lagi niat membara menjelma apabila berjumpa seorg sahabat dan kehendak itu semakin mendahului keperluan... Yeay!! kehendak menang nmpak, 1-0!! GOAL!! apa lagi, survey yang nu, yang ni, yang nu, yang ni... hmm hebat jugak kamera ni, kita senyum trus automatik dia snap.. nak lar, nak lar, ingat nk beli touch screen punya, hmm xpa la... hmm last-last, nak tau saya beli kamera model apa, what brand?

toink!!

toink!!

toink!!


jeng...


jeng...


je-jeng..

ni la kamera saya..
this images Ihsan dari encik google, tq2

SONY CYBER-SHOT W301


Nak pink, nak pink, awat tak dak... dia ada tiga kaler rupanya, yang tinggai itam n silver, amik itam lar, style and elegent jugak...hehehe rasanya dia bawak tiga, then dah ada org beli huhu hitam pon hitam la, cantik jugak...(^_^) hehe sanggup balik mahallah amik purse then draw duit la.. pa lagik kan..memang selamat jugak duit la tu bagi kat penjual tu,

Okay lar harga dia, memang dalam bajet pon tapi disebabkan beli accessories kat dia, screen protecter and protecter untuk len.. lebih sket dari bajet, hmm pasni, sebab elah membuat pilihan, ada la kos lepasnya, and perlu la berkorban untuk yang lain, kena lebih berjimat-cermat lar pasni, semoga dengan adanya kamera ni, ia lebih berguna dan bermanfaat untuk diri, keluarga dan teman-teman. hehehehe

~sayang all my stuffs~

Yang ni pon saya beli kat pc fair jugak tapi 1st day lagik,huhu pagi p beli headphone 2, rm15, mai mai petang, tengok-tengok haa 2 jadi rm8, gila punya turun harga,ishh nak kata pa lagi kan dah beli, sedekah ja lar, huhu!! laen kali kita pakat-pakat borong taim last day tu hihi... Laptop skin pinky ni pulak, membuatkan diri tak senang duduk, so p pulak petang tu~isyh tak boley jadi nih, asik teringat ja, baik p beli, thanks amal for your suggestion.. Alhamdulillah, takat ni apa yang dihajati tercapai, dua ja, cepat or lambat, nikmat ni pemberian ALLAH TAALA kepadaku, syukur Alhamdulillah, rezeki yang tidak putus-putus daripadaNya. THANK YOU ALLAH~

~Kenangan terindah lebih bermakna dengan adanya ia~