Tuesday, January 4, 2011

Compound

Bismillahirahmanirahim

yeaa..yeaa kena compound.. tapi ada ka org kata camtu, sebaliknya muka akan masam dan menyesal lepas taw diri kena compound kan??, sem lepas mok cik gad buat rondaan mencari pesalah-pesalah yang tak register electrical items dan sebagainya, saya pula, mmg dari sem mula lagi tak daftar iron..ishh teruk betoi, hampir 3 sem selamat, tapi sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah jua... sem lepas, memang tak guna pon iron sendiri, sebab kami 4org share kawan yang di compartment B, letak luaq, so suma boley guna, iron saya simpan kat bawah meja study, awat simpan kat situ taw... memang saja kan... dah la tak daftar!!

And then, masa kena tu, saya tak dak kat bilik, kat kelas, balik2, kawan kata mok cik amik nama ang yani, la awat plak, orang tak guna pon..huhu sedih gila.. padahai xsedaq yang sebelum-sebelum ni guna dah 2 sem pon..hehehe

hmm takpa la, tunggu resit saman mai, yes2 tak mai-mai lagi saman ni, sampai nak balik cuti la cuti before masuk sem 1 10/11 ni...hehehe dok2 kat umah, roommate gtaw, ni ada akak antaq resit saman, xpa dia kata, dah ang tak dak, dia bagi mahallah ofis balik kot, hmm nasib baik dapat jugak tengok result ritu..hehehe

masa nak daftar mahallah macam2 la masalah, dengan pre-reg mahallah tak terima, hmm kan dah tak dapat kunci, nasib ada fatin hasanah yang habis exam lewat tolong check balik ngan mahallah dulu, kalu tak memang duduk umah sewa dah!! hihi "adik tak dak slip, so xleh daftar, kena print dulu," dah orang tak register mana da check out..nasib saya seorang yang sabar, " o ya ka kak, xpa la, petang ni la saya check in...hmm balik dengan perasaan hampa...

staf:"adik ni resit saman",.. adoi kena saman jugak aku rupanya,
me: "akak, boleh appealkan?
staf:" boleh2, amik borangg ni isi then antaq kat mahallah ofis semula"
me: ckap kedah jugak akak ni, perli ker, hehehe " hmm ok"

hahaha 5hari jugak tak isi, simpan dalam fail, adoi nak tulis apa ni..

dear principal, madam, due to my compound resit no....... bla bla bla, mmg guna ayat kesian habis-habis kat madam tu, berjanji la, cakap xpenah buat kesalahan disiplin.. padahai kat sekolah dulu ketua panjat pagaq...hmm jgn tak pecaya... dah la baru jadi prefect taim tu... hmmm mmg memalukan dan tak kan lupa sampai bila-bila..

Alhamdulillah dengan surat rayuan tu dari RM50 dikurangkan sehingga menjadi RM15, okay lar, RM35 boley renew lesen hahahaa

teeeettt..cerita saman kedua,

ni bukan saya kena saman, tapi my father, kami bertiga, baba, adik n saya, pegi sungai petani beli tiket ketaapi nak balik KL... menurut baba ni kali ke2 kot kena saman, tapi yang kali ni...
citanya begini, lepas kuaq econsave, ba, "polis ka kat depan tu", saya pon cepat-cepat tarik tali pinggang keledar, ishh awat tak boley ni ba, " tarik la slow-slow"..hmm tak boley ni... haaa boley pon..ketaq punya pasai... tapi sampai kat pok cik polis, tangan da suwuh berenti.. la awat ni, abg sorg gi pon tnya,
abg polis:encik, lesen cik", my father pon bagi lar,
"cik , taw sebab pa cik kena tahan,"
my dad"tak taw lar"
abg polis : sebab kesalahan tali pinggang keledar, tak pakai dari shell tu...
then polis tu tnya keja paa, pastu tiba-tiba, da bagi balik lesen, yang adik dalam keta ni, nak teyak dah, "ngah, napa polis tahan, nak tahan baba ka.. dak aih, nak tanya sat ja tu..
lepas baba masuk keta, saya pon tanya, kena saman dak ba? baba jawap, dak, laa awat plak, baba kata, hmm nak saman, saman la, rasuah, rasuah no... nak bagi ka, nak terima ka.... pastu balik umah saya dengan bangga, taw dak sebab pa tak saman tadi, sebab k.ngah kenyet mata kat abang polis tu...hahaha just kidding~

TAMAT
~sediakan payung sebelum ujan~



2 comments:

  1. kesian dia kne compound.
    sama la kite, time 1st sem dlu kne compound smpai 2..iron n sidai tuala kat almari..
    syukur dorang x nmpak kettle n laptop kat bwh meja hr tu. kalu x nnt kne 4..mdm kurangkan rm50 ke rm5.

    gatai naa k.ngah kamu..heheh

    ReplyDelete