Sunday, January 16, 2011

Dimana Maruah Kita?


Assalamualaikum w.b.t

"GEMPAR!!! Mesej yang diterima dari seorang mhswa UIAM.-closing ceremony USC, berlaku satu insiden yang x patut berlaku dalam universiti Islamik seperti UIAM. ketika pasukan pancaragam TUDM m'buat tarian poco2, lebih kurang 10-12 sisters yg t'diri drpd peserta perarakan turut berjoget bersama pasukan pncragam. sungguh memalukan. insiden ni berlaku di hadapan para tetamu termasuk Deputy Rector.~via Buletin Uiam"


Adoi, terasa nak buat luahan perasaan kat sini,sebab geram tak abis lagik!! kemarin buletin uiam dok sebar berita hangat jugak la, sesak nafas ni dengaq, hangat betoi dalam jiwa, untuk pengetahuan suma uiam baru ja abis, universiti sport carnival (usc), dengaq kata penutup dia tuu...adoi, tak sampai hati nak cakap, boleh depa poco-poco, kalu laki suma tak kisah la, tapi student perempuan kot, kalu kita nak tengok pon malu, dah tak dak perasaan malu kot, anda suma telah menjatuhkan maruah kaum wanita kat sini, bukan saja menari depan student tapi depan rektor, tak malu ka, Persoalannya, dimana malu kita suma? sedangkan universiti ni yang kira islamic la kan, anda suma boleh menjatuhkan maruahnya, akibat semut seekor masuk dalam ayaq tea, lansung tak leh minum~ "disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga"!! hmm

satu lagi yang saya tengok apa yang tak kena dengan usc ni, taim maghrib pon dok bersorak2 lagi... orang len dok tengah solat, mana la peranan commitee ni... tapi harapnya mereka-mereka yang terlibat dan bakal terlibat dalam apa-apa aktiviti terutamanya berkenaan sport amik cakna la apa yang berlaku pada usc kali ni.. diharapkan tak akan berulang lagi, jangan biarkan diri anda diselubungi misteri sehingga menyebabkan banana fruit two time kay!!!

Dan ada cadangan yang baik daripada marufclub Uiam,
via Vice President 2
Saya mencadangkan agar USC akan datang,

1) Mengasingkan "venue game" antara lelaki dan perempuan
2) Menyusun jadual permainan supaya tidak bertembung dengan waktu solat
3) Lelaki tidak boleh menonton "game sister" termasuk komiti

info daripada facebook marufclub

Sangat bagus cadangan ni, sokong infinity~

jom kita hayati surah annur ayat 30-31:

Pedoman pergaulan antara laki-laki dan wanita yang bukan "mahram"


30. Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

31. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

Jom kita sama-sama hayati ya, dan pebetoi diri masing-masing noh,
insyaAllah niat saya baik (^_^)

~amik pengajaran daripada sejarah lalu~

2 comments:

  1. Salam yani.
    ni hani, ingat lagi kan?hehe.

    eh, betul ke kejadian tu berlaku time closing ceremony usc?memang tak patut dan memalukan.

    n i sokong cadangan vice president tu.100%. Insiden seperti ini tak patut berlaku lagi selepas ini.

    ReplyDelete
  2. Wslm, ingt ja cik hani comey ni, yani tak taw la betoi ka tak, tapi kalu tak dak angin mana bisa pokok bergoyang kan.. yap!! i lagik sokong u~ hihi

    ReplyDelete