Sunday, January 23, 2011

FIQH WANITA SIRI 2

Alhamdulillah, dapat jugak menghadiri Masjlis ilmu ini, sepetang membuang segala masalah dengan tiduq ja, ishh sgt tak baik kan?,bayangkan betapa banyak perkerjaan yang dapat saya buat taim tidoq petang tadi.. tidur lepas exam sampai maghrib tu, penat la konon, 3 hari stadi desicion science cuti hari tu, memang senang soklan dia tapi nak jawap tu yang susah...hehehe (alasan tak bernas) tapi terpaksa tidoq, konon qhado tiduq lewat semalam dan penghilang stress yang tak taw, apa sebenaqnya membelenggu diri...

Ok la, masuk kepada pengajian fiqh kali ini, disebabkan ramai muka baru, jadi ustazah Nazirah mengulang semula dari awal dan ditambah sedikit-sedikit yang berkaitan, saya ingatkan dah boleh masuk bab taharah, tapi takpa la, ada hikmahnya, bila diulang-ulang, kita akan lebih ingat kan? banyak jugak yang saya dapat malam ni, start pukul 8 dan berakhir 10.30p.m kat kelas yang sama ADM LR5. Minggu depan tak dak, sebab mid-break, balik kedah, best2!! dan selepas cuti ni, mungkin akan buat pada tarikh@hari lain, sebab ustazah ada hal ari ahad mlm tu, tunggu mesej ja lar.. dan tajuk yang akan dibincangkan next siri bab TAHARAH (kebersihan) insyaAllah.

Malam ni just nak kongsi, KETUNDUKKAN DAN KEPATUHAN KEPADA ALLAH.
Rujuk surah Al-A'raf:3

"Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selain-Nya[528]. Amat sedikitlah kamu mengambil pelajaran (daripadanya)."

[528]. Maksudnya: pemimpin-pemimpin yang membawamu kepada kesesatan.

Ni bukan nak berpolitik ka apa, tapi kalu kita tengok pemimpin-pemimpin lani (kontek kenegaraan) , tak leh nak ikut sangat, lebih teori ja n pandai cakap, kalu kita kaji dalam internet pon sudah la.. hmm malas la nak cakap bab ni, tak pandai pon bab-bab politik ni,masih dalam proses belajar, memahami tapi yang paling penting sekali, kita kena aulakan(utamakan) belajaq bab-bab agama, agama dan politik tak dapat dipisahkan dan agama la, yang akan guide kita sebenaqnya sepanjang kita hidup kat dunia ni, jangan mudah ikut telunjuk orang, pikiaq dulu baik buruknya dan fikirkan kesan yang akan berlaku... muhasabah kekurangan diri dan cari solusi utk penambahbaikkan, untuk diri terutamanya~

Allah Taala suruh kita buat tu buat ni, melarang kita buat tu buat ni bersebab? sebab apa? sebab Dia tersangatlah kasih kat kita, hamba-hamba dia ni..SEDAR KAH KITA? macam mak ayah kita la, sebab pa suruh kita belajaq masak@ buat menda-menda baik, tak bagi sosial2 sangat, sebab apa? sebab depa ni sayang kat kita, tapi tau dak, kasih sayang Allah kat kita ni melebihi kasih sayang mak ayah kita kat kita.. sedaq dak? pakat-pakat la muhasabah diri~ tapi kalu kita sayang jugak kat Allah mesti la kena taat pada mak ayah kita jugak..hehehe takut ayat saya di salah tafsirkan~ (^_^)

~sori agak bercampur aduk~

No comments:

Post a Comment