Monday, January 3, 2011

Kaca atau Permata

Assalamualaikum suma.. harap sihat-sihat belaka la.. Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk membuat satu perkongsian dengan sahabat-sahabat semua. Sebenaqnya 2 minggu lepas lagi nk post, tapi buat tak lengkap, sat sambung, sat sambung camtu. Saya tak sempat langsung hihi mood: tengah buat-buat busy (^_^).. Takat ni, setiap kali weekend ada ja hal, Alhamdulillah sumanya aktiviti berfaedah InsyaAllah ~jumaat sebelum2 ni, keluar bersama kakak tersayang, kak long, membeli barang-barang keperluan serta yang berkehendak..hehehe (^_^) hari sabtu dan ahad pula mengikuti satu program anjuran kerajaan negeri Selangor, iaitu program kepimpinan masyarakat kali ke-3 di Hotel Blue Wave Shah Alam. Kalu program ni, saya ingat nak cita dalam satu post akan datang,insyaAllah kalu rajin dan sempat lar! sangat-sangat teruja! or dalam bahasa orang putihnya excited lar... sangat best, macam percutian ulangtahun persahabatan kami pon ada..yuhuuuu~ semua ditaja! Just bawak diri~

Okay la, apa yang saya nak kongsi sebenarnya, 2 minggu lepas after balik dari shopping selepas solat maghrib saya mentadabur ayat Al-Quran surah Al-Isra’. Tiba-tiba saya sangat tertarik dengan ayat 22-38. Dan apa lagi, saya sangat-sangat teruja sebab nak berkongsi dengan sahabat-sahabat suma, So saya terus taip dalam word isi-isi penting dan sambung dengan pendapat dan pandangan-pandangan saya mengenai ayat-ayat ni selepas hampir 2minggu dalam lappy.

Just nak kongsi, apa yang saya faham, kalu nak tafsir tu.. takut salah kan, jadi tak berani la sebab saya ni bukan ahli tafsir apatah lagi penghafal Al-Quran..saya ni hanya insan biasa yang sentiasa mencari dan ingin berkongsi insyaAllah Dan rasanya disini la rasanya tempat yang sesuai berkongsi, sekadar meberi pandangan atas kefahaman saya. Kalu kita nak tafsir ayat ni, maybe boleh panggil ustaz-ustaz yang mahir dalam mentafsir ayat Al-Quran dan buat kelas. Kalu kita salah tafsir, HARAM pula jadiNya, takut la saya.

Untuk peringatan kita bersama la, kalu boleh kita sama-samalah baca Al-Quran sambil baca maknanya sekali (tadabur), cuba kita jadikannya sebagai amalan harian dan kalu boleh,EHH bukan kalu boleh...kita ni MESTI la ada satu Al-Quran tafsir (KHAS) setiap seorang untuk bekalan kita sepanjang hidup kata dunia ni, mudah-mudahan dengan sedikit usaha kita ni, kita akan mendapat keberkatan dalam hidup dan mendapat keredhaan dari Allah Taala.InsyaAllah.. Sekarang ni, kita dapat lihat, lebih ramai yang suka baca komik, majalah hiburan, novel-novel cinta berbanding kitab Allah ni.. Jadi sama-sama la kita fikirkan dan renungkan yer sahabat-sahabat, tak salah tapi kita kenala seimbang..

Ok la, dah jauh pergi ni... balik semula kepada apa yang nak saya kongsikan..

Ayat-ayat ini menceritakan tentang suruhan dan larangan yang patut kita jauhi. Untuk mendapat kasih sayang dan keredhaan Allah Taala. Kenapa sahabat-sahabat semua saya nak post pasal ayat-ayat ni?? Ini kerana Allah sangat mencintai, menyayangi hamba-hambanya yang patuh dan taat kepada suruhanNya dan menjauhi semua laranganNya. Jadi, saya berharap dengan perkongsian ni, kita semua dapat buat apa yang disurunNya, menjauhi laranganNya dan mudah-mudahan kita sama-sama mendapat kasih sayang dari Allah serta mendapat keredhaanNya. Amin. InsyaAllah (^_^)

SURAH AL-ISRA’ AYAT 22 HINGGA 38

22. Janganlah kamu adakan tuhan yang lain di samping Allah, agar kamu tidak menjadi tercela dan tidak ditinggalkan (Allah)

  • Jangan sembah sesuatu selain Allah, atau bahasa senang jangan menduakan Allah. Laailahaillallah, “TIADA TUHAN SELAIN ALLAH”.

23. Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia[850]

  • Hendaklah berbuat baik terhadap ibubapa kita, jangan sekali-kali berkata uhhh, alaa, satgi lar, hmm malaslah, sebaiknya, kita sama-sama cepat-cepat mennyahut panggilan mak ayah kita bila depa panggil kita.Ingatan buat diri jugak!! Pastu bercakap dengan sopan dan lemah lembut dan gunala perkataan yang baik bila bercakap dengan mereka sambil memandang mereka dengan penuh rasa kasih sayang dan kemesraan. Yang paling penting hormati lar mereka, itulah tunjang utama..

[850]. Mengucapkan kata ah kepada orang tua tidak dlbolehkan oleh agama apalagi mengucapkan kata-kata atau memperlakukan mereka dengan lebih kasar daripada itu.

24. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.

  • Ayat 24 ni plak adalah doa, jadi kita amalkan la selepas solat.

25. Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu; jika kamu orang-orang yang baik, maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.

  • Dan Allah itu Maha Mengetahui apa yang ada dalam hati kita. Bila terasa bersalah atau melakukan dosa kita cepat-cepat bertaubat, takut kita mati dalam keadaan suul-khotimah~

26. Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros.

  • Sentiasa bersedekah kepda orang yang memerlukan, even kita tak dak duit pon, mudah-mudahan yang sedikit itulah akan memberi rezeki yang lebih kepada kita, siapa tahu~ dan jangan la berboros, membeli tanpa sebab dan keperluan, that means berjimat cermatlah dalam berbelanja.

27. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.

  • Jangan boros?? Sebab apa?? Sebab orang yang suka membazir ni, akan jadi saudara syaitan, nak ker?? Saya tak mau..sama fikir-fikirkan.. kalu nak beli barang fikir dulu.. hmm ni perlu dak lagi, penting tak lagi??.. untuk apa ek beli?, tapi kalu dah perasaan tu nak sangat2, dah tahan sangat, jangan la tak beli, kang teringat-ingat plak..susah, masuk mimpi, ngingau2.. hmm xmau..xmau!! hehehe

28. Dan jika kamu berpaling dari mereka untuk memperoleh rahmat dari Tuhanmu yang kamu harapkan, maka katakanlah kepada mereka ucapan yang pantas[851].

[851]. Maksudnya: apabila kamu tidak dapat melaksanakan perintah Allah seperti yang tersebut dalam ayat 26, maka katakanlah kepada mereka perkataan yang baik agar mereka tidak kecewa lantaran mereka belum mendapat bantuan dari kamu. Dalam pada itu kamu berusaha untuk mendapat rezki (rahmat) dari Tuhanmu, sehingga kamu dapat memberikan kepada mereka hak-hak mereka.

  • Ayat ni plak, merujuk ayat yang kita kenala kongsi rezeki kita dengan orang lain, tapi kalu kita tak mampu sangat-sangat, bagitau la baik-baik..cth “ maaflah encik, saya xdapat nak bantu encik, insyaAllah mudah-mudahan kita semua dilimpahkan rezeki yang banyak dan saling membantu dikemudian hari InsyaAllah” guna ayat-ayat yang lembut dengan niat menjaga hati orang yang mahukan pertolongan kita. Pastu kalu kita ada rezeki, apa lagi ingat la janji kita tu supaya kit dapat jugak bantu mereka. Walaupun sedikit, insyaAllah bermakna.

30. Sesungguhnya Tuhanmu melapangkan rezki kepada siapa yang Dia kehendaki dan menyempitkannya; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.

  • Tiada sesiapa yang mendatangkan rezeki kepada kita melainkan Allah, segala-galanya datangnya atas pertolongan darinya, Jadi bila dapat nikmat, ingatlah siapa pemberinya, iaitu Allah Taala, ucaplah Alhamdulillah, lepas makan contohnya “ syukur atas rezeki yang Allah bagi padaku hari ini” dan diiringi doa selepas makan, begitu jugak dengan nikmat-nikmat lain, bersyukur@ amalkan sujud syukur sebab setiap hari ada saja nikmat pemberiaNya, bila tak dapat jangan bersedih, terima dengan redha. Sebab apa? Maybe nikmat dan musibah tu sebagai, ujian buat kita, Allah nak tengok kita ni macam mana.. kena beringat la kita ni.

31. Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu karena takut kemiskinan. Kamilah yang akan memberi rezki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar.

  • Haa, jangan bunuh anak kita, sebab anak tu bukan musibah sebaliknya nikmat dah rezeki kurniaan Allah, jangan takut bila anak ramai, tak dak duit nak sara, jangan risau, sebab rezeki tu ada pada Allah, kalu Dia nak bagi, Dia akan bagi, Dan yang paling penting, kita jangan putus asa dengan rahmat dan kasih sayangNya, sentiasa berdoa. Kena yakin, insyaAllah rezeki akan sentiasa ada, niat ja dalam hati, insyaAllah, lambat, cepat semua urusan Allah..Yakinlah~

32. Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.

  • Haa zina, benda yang ditegah tu la, kita kan buat, zina ni banyak jenis, kalu nak hurai kena panggil ustaz@ustazah jugak, zina ni ada banyak jenis, zina mata, mulut, teling, hati , anggota badan, kemaluan dan sebagainya. Tapi benda ni la yang berleluasa kat diri kita ni, zina ni la yang menyebabkan diri jadi lalai dan leka, ia akan membuka ruang kepada kemaksiatan, sebab tu, ia sangat-sangat ditegah dan dibenci Allah, sam-sama kita beringat dan sentiasa ingat Allah, berfikir waras sebelum berbuat sesuatu. Sangat takut bila cakap bab zina ni kan kawan-kawan??~

33. Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya), melainkan dengan suatu (alasan) yang benar[853]. Dan barangsiapa dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan[854] kepada ahli warisnya, tetapi janganlah ahli waris itu melampaui batas dalam membunuh. Sesungguhnya ia adalah orang yang mendapat pertolongan.

[853]. Maksudnya yang dibenarkan oleh syara' seperti qishash membunuh orang murtad, rajam dan sebagainya. Qishaash ialah mengambil pembalasan yang sama. Qishaash itu tidak dilakukan, bila yang membunuh mendapat kema'afan dari ahli waris yang terbunuh yaitu dengan membayar diat (ganti rugi) yang wajar. Pembayaran diat diminta dengan baik, umpamanya dengan tidak mendesak yang membunuh, dan yang membunuh hendaklah membayarnya dengan baik, umpamanya tidak menangguh-nangguhkannya. Bila ahli waris si korban sesudah Tuhan menjelaskan hukum-hukum ini, membunuh yang bukan si pembunuh, atau membunuh si pembunuh setelah menerima diat, maka terhadapnya di dunia diambil qishaash dan di akhirat dia mendapat siksa yang pedih.

[854]. Maksudnya: kekuasaan di sini ialah hal ahli waris yang terbunuh atau penguasa untuk menuntut kisas atau menerima diat
,iaitu pembayaran sejumlah harta karena sesuatu tindak pidana terhadap sesuatu jiwa atau anggota badan.

  • Jangan bunuh orang sesuka hati melainkan bersebab seperti yang diterangkan diatas. Tapi tak payah lard ok bunuh membunuh. Takutlah pada Allah~

34. Dan janganlah kamu mendekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih baik (bermanfaat) sampai ia dewasa dan penuhilah janji; sesungguhnya janji itu pasti diminta pertanggungan jawabnya.

  • Jangan kita makan harta anak yatim kalu kita dipertanggungjawabkan untuk menjaga mereka, gunalah dengan sebaik-baiknya dan secara bermanfaat,jangan guna dengan cara yang salahan. sempurnakan tanggungjawab membesarkan mereka dengan sebaiknya.

35. Dan sempurnakanlah takaran apabila kamu menakar, dan timbanglah dengan neraca yang benar. Itulah yang lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.

  • Ayat ni apa yang saya faham lar, kalu ada yang lebih faham, tahu tolong tambah or betulkan ya kalu silap, bilamana kita nak buat sesuatu tu fikir-fikirkan dulu, timbangkan baik buruknya, sebab dengan berfikir dengan waras itulah, yang sebaiknya.

36. Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.

  • Hmm bila kita tak yakin akan sesuatu, jangan la kita buat, akhirat kelak semua anggota kita akan jadi saksi atas perbuatan kita kat dunia ni taw.

37. Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.

  • Hidup kat dunia ni tak lama, kita jangan lah sombong dan bonggak atas sesuatu. Sebab segala dimuka bumi ni, bukanlah hak milik kita, kita hanya meminjam, ALL belong to ALLAh Taala. We just borrower that must return all we have in this earth till the time coming~

38. Semua itu[855] kejahatannya amat dibenci di sisi Tuhanmu.

[855]. Maksudnya: semua larangan yang tersebut pada ayat-ayat: 22, 23, 26, 29, 31, 32, 33, 34,36, dan 37.

Maaf la, niat saya bukan mentafsir tapi dari tadabur surah ni dan apa yang saya faham dan terasa nak kongsi ayat-ayat ni. kalu nak lebih faham tanyalah ustaz @ kawan-kawan yang pandai bab-bab ni. Saya takut jugak, tapi tak tau cara nak kongsi macam mana. Kalu bleh, tegur la kalu tak boleh atau yang mana salah, saya tak kisah. Saya ni hanya insan biasa yang lemah lagi hina, masih kekurangan ilmu agama. Sesiapa yang belajar bab-bab ni dipersilakan menegur diri ini.

~ilmu perlu dikongsi, kesalahan perlu diteguri~

No comments:

Post a Comment