Sunday, February 27, 2011

Jom Mendaki~


~JOM LAYAN GAMBAR DULU~


nampak uiam dari atas bukit ni


tu dia, ada yang terselit dalam batu, bahaya kalu tak berhati-hati


Subhanallah pemandangan yang cantik sekali, di snap jurugambar profesional hehe
GAMBAR YANG PALING SAYA SUKA SEKALI



Subhanallah, Alhamdulillah wa Lailahaillallah wa Allahu Akbar.. Subhanallah hidup ini dikurniakan nikmat iman dan islam... Ya Allah, sungguh banyak nikmat kurniaanMu sepanjang hidup ini.. ITU MEMANG TAK DAPAT NAK DISANGKAL LAGI. not only for me, but for others also, KAU MAHA KAYA.. MAHA BERKUASA!!

Sebenarnya terlalu kagum dengan ciptaan Allah, rasanya dah lama tak panjat @ mendaki ni, rasanya last taim form 4, program BADAR.. sangat best, walaupun penat tu memang la penat. bertolak dari uia pukul 8 pagi naik bas rapid dan turun depan kawasan perumahan before stesen LRT PUTRA, dalam 9 pagi baru ada kereta mai amik menuju ke destinasi, tapi terlupa plak nama apa tempat tu, tapi memang ramai gak yang suka mendaki neh especially orang cina, nampak sangat orang cina ni memang suka exercise kan.. healthy life style..huhu baguih..baguih..


ukhuwwah kita disana dan disini

camna... best kan.. ni baru sket gmbar, sahabat yang nak tengok gambar2 lagi, mai la bilik yanie!

continue my story~

Then bahagi kumpulan, 2 group lelaki dan 3 group perempuan, tapi yang lawaknya sampai ja atas abis berterabur groupnya... sebab cabaran gak kat ataih tu, kalu sapa yang gayat, tak yah dok berangan la nak nek.. tinggi ooo.. ish tak reti nak cita, bahaya pon bahaya... memang mata memang kena tengok betoi-betoi.. step kena jaga, mana nak jijak dulu, nak guna kaki mana dulu nak daki tu.. ish... kira saya ni kuat gak la.. hehe Alhamdulillah tak dak apa-apa sangat sakit.. cuma pening sket bila dah sampai puncak terakhir.. and tercunggap2 penat dan lapaq hahaha.. ayaq plak memang dah tak dak.. kehabisan.. cabaran cabaran.. berenti rehat tak yah nak cakap la.. lepas ja panjat puncak, apa lagi sementara tunggu sahabat2 yang lain mendaki, amik gambar and rehat-rehat menikmati ciptaan Allah.. selepas macam-macam yang dilalui, akhirnya kami selamat mendarat pada pukul 3.30 petang, tapi disebabkan tunggu turn balik kampus, so sampai 4.30 kat bilik tercinta~ terima kasih sahabat sahabiah suma, yang guide, yang bagi tumpang keta, macam-macam la, apa-apa pon i'm happy today! ^_^

Sebenarnya sedikit terkilan sebab tak p meeting persatuan mahasiswa islam kedah (PMIK) dengan persatuan mahasiswa Kedah (PERMADAH UM), sebenarnya dalam dilema, antara excited nak mendaki @ meeting.. Tetapi atas takdir Illahi, saya memilih untuk rock climbing..hahaha betoi la rock sebab taim nak panjat rock tu yang mencabar...

Lama benar tak post kat blog ni.. hihi sibuk sangat.. harapan yang belum kesampaian.. untuk habiskan buku untuk dibedah.. awat susah sangat nak membaca... asik beli buku, dah nak penuh rak tu.. baca tak jugak, terkilan dengan diri sendiri.. post ni macam banyak ja nak cita, habis suma terkeluar.. PRK sudah tamat.. tahniah kepada PRO MAHASISWA, tunaikan tanggungjawab anda sebaiknya~ We SUPPORT YOU!!! GO GO ORANGE hihi

Sementara tunggu BBQ di bawa pulang, jom setelkan esaimen.. SELAMAT MAJU JAYA SUMA!!


~jaga kesihatan diri kita~

Thursday, February 17, 2011

pilihanraya kampus

salam 'alaik.... salam PRK!!

Alhamdulillah ni kali kedua dapat peluang pengundi kot kalu dipanjangkan umur... mengundi utk kuliah tercinta.. dengaq kata dah 13 kerusi dimenagi pro-M..memang terbaik la..jom kita jengok sini tgok, PROMAHASISWAUIAM tima kasih pak cik tenet bagi maklumat, dah lama cari neh, hih~ moga biah islamiah terus tersemat di uiam.. jangan kita tersilap memilih calon... bahaya!!.. pilihlah orang selayaknya.. jangan mudah terpedaya dan setiap click anda tu akan membawa perubahan kepada uiam terutamanya dikuliyah anda, vote for the right person for the right reason.. kerana anda akan dipersoalkan di akhirat kelak.. permulaaan yg baik, t dapat gak pengalaman kot utk pilihanraya umum akan datang plak huhu bajet macam boleh mengundi ja hihi.... harapnya sempat la mengundi untuk negara pulak... nama pon negara demokrasi... sayang malaysia.. hahaha satu lagi pengorbanan tak terhingga saya kot, taim2 exam berderet pon semangat, jom wujud gelombang prk kat uiam.... JOM KITA PAKAT2 P MENGUNDI!!! huhu tak sabaq nak tunggu 22 Feb 2011 (hari pengundi)

Monday, February 14, 2011

UntukMu Ya Habiballah

Untukmu Rasulullah

Artist: Hijjaz
Song Category: Nasyid
Ya Rasulullah
Salam buatmu duhai kekasih Allah
Kami sentiasa mengingatimu
Wahai penghulu ambia'

Ya Rasulullah
Kini tibalah detik yang bersejarah
Hari kelahiranmu yang ditunggu
Detik gemilang

Seluruh alam bergembira
Dengan kedatangan dirimu
Bagaikan rembulan mengambang
Membawa cahaya yang terang
Hapuslah segala kejahilan
Musnahkan segala kezaliman

Ya Rasulullah ya Habiballah ( 2X )

Sejarah perjuanganmu
Diingat dikenang kembali
Dijadikan contoh tauladan
Di dalam mengharungi kehidupan

Tabahnya dirimu ya rasul
Menempuhi dugaan Tuhan
Biar pun dicaci difitnah
Semangatmu terus menyala
Akhirnya membawa kecemerlangan
Akhirnya membawa kemenangan

Ya Rasulullah ya habiballah ( 2X

salam maulidur rasul~ hmm tak dapat nak post panjang2, marilah kita bersalawat ke atas junjungan besar, agung, contoh sekalian ummat, Nabi Muhmmad S.A.W... utusan terakhir~

ALLAHUMMASOLLI'ALA SAIDINA MUHAMMAD. WA 'ALAALI WASOHBIHI WABARIK WASSALIM... sama-sama amalkan, insyaAllah ganjaran besar menanti anda, apa tunggu lagi, jgn lepaskan peluang keemasan ini... mulai saat ini, detik ini, kita jadikan ia sbgai amalan harian kita insyaAllah~

~mulianya Akhlakmu tiada bandingan~

Saturday, February 5, 2011

Macam-macam nak fikir

Salam semua, amacam cuti? best tak? ada yang tak cuti and ada yang cuti, masing-masing ada agenda masing-masing la kan?, paling best pulun limau banyak-banyak, sejuk2, fresh dari peti ais! sehari berapa biji pon tak tau...hehehe

tiba-tiba ja, jadi tak keruan..hehehe
Beratnya, rasanya suma orang macam ni kot sekarang ni..

Adoi semakin hari semakin serabut ni, gimana ni? saya tak nak jadi macam ni.. stress, tension, migrain, sakit kepala suma ada, then apa kerja nak buat pon tak jadi, dok atas katil, tarik2 rambut.. hmmm tapi lani tetap dok fikir kan? aerrrrrkkkk...
Nak jadi cool macam ais, tenang jer macam air mengalir, tapi tak boleh, macam-macam nak fikir, tapi alhamdulillah takat hari ni, dua program yang nak pergi tapi bila niat, "macam tak dapat nak p, tak yah p la", tiba-tiba cancel..happy sesangat!! tapi sekarang workload makin bertambah lar, dengan midterm lepas cuti, tu belum final, tapi dah start thinking ni, jadual dah keluar arrrrrgggghhh pk pk pk la, sampai gugur rambut tu kan.. sampai migrain teruk, nak ker? anda mau? saya xmau? kamu mau? saya pon tak mau.. hampa nak ka? kami pon tak mau lar!

Arggggggrhhhh serabut..serabut...

so apa nak buat sekarang?
CHILL LA BEB!

1. Jom baca doa sakit kepala ni, mudahan dikurangkan sakitnya..InsyaAllah

2.Urus masa anda.
  • Kenalpasti kerja harian anda mengikut keutamaan dan menetapkansatu jadual supaya anda dapat menyiapkannya mengikut keutamaan dengan tanpa melengah-lengahkan.
  • Kenalpasti juga kerja yang tidak mendatangkan sebarang faedah seperti gossip kosong, perbualan telefon dan yang memebazirkan masa anda.
  • Membelanjakan masa yang lebih bagi membuat kerja yang lebih penting.

Anda boleh beri perhatian kepada pemakanan; tidur lapan jam setiap malam; dan menuntun kartoon atau lawak jenaka (komedi) atau baca komik (kerana mengikut pakar perubatan gelak ketawa dan kelucuan melegakan otot, mengurangkan tekanan darah, menambahkan tahap tenaga, dan menyegarkan sistem pernafasan dan darah kita).

setakat tu dulu lar, tidur lagi bagus~ hihi


Tuesday, February 1, 2011

Dalam Sujud Cintaku


Dalam Sujud Cintaku

Album :
Munsyid : Abd Halim - Devotees
http://liriknasyid.com


Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu

Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu

Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu

Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku