Wednesday, March 30, 2011

Sempurnakah hidupku??


MERASA HIDUP LEBIH TENANG DAN SEMPURNA BERSAMANYA

Aku bukanlah sesiapa..

Tiada yang istimewa..

Kadang tersungkur layu meratap hiba

Kadang senyum hingga ketelinga

Tapi kadang gelak tawa yg akan di tangisi esoknya


Cuma ingin yang terbaik dalam hidupku

Itu pilihanku sejak kian lama

Tiada siapa paksa tiada kerna sesiapa

Macam2 ragam aku telah lalui

Pengalaman itu mengajarku

erti sebuah kehidupan


Masih belum terlambat

Masih belum terlewat

Selagi ada waktu

Akan tetap ku cari


Mana dosa mana pahala

Cuma terkadang diri lemah ikutan nafsu

Dek Iman yang sentisa berubah

Aku mahu kekuatan

Dan aku mahu jawapannya


Mimpi ngeri di malam hari

Membangunkan jiwa membasuh diri

Sekali ia membelenggu diri

Mengingati mati

itulah kekuatan sebenar

Mengetuk hati yang tandus iman

Agar sentiasa mengingatinya


Benarlah..

Itu lah pendorong terkuat melakukan kebaikan

Menolak kemungkaran yang hanyut edaran masa

Alangkah baiknya, setiap hari mengingatinya

~kematian~

ITULAH PERINGATAN DARINYA BUATKU


~exam..exam...sebahagian dari kehidupan yg terpaksa dilalui~

Saturday, March 26, 2011

Salam Imtihan

SALAM IMTIHAN BUAT SEMUA, sahabat-sahabatku…

Bahangnya makin terasa, apakah kita semua telah bersedia? Bagaimana persediaan kita untuk pengakhiran sem ini.. sungguh cepat masa berlalu kan? sudah hampir 4 bulan aku berada di sem 1 11/12. Dan sem ni pon, aku dah masuk tahun dua 1st sem, kalau aku masih tak berubah tak tau la kan, masih tak amik pengajaran, tak amik tindakan lagi atas apa yang terjadi sebelum ni tak taw la… nak hampakan lagi harapan mama dan baba..tak mau dah!! Dah insaf! aku dan kak long akan sama-sama bersaing insyaAllah.. Apa-apa pon usaha tu penting sekali. Ya ALLAH PEMUDAHKAN SEGALA URUSAN KAMI~


Saya tak mau cakap pasai diri ini, cuma di kesempatan ni, saya dengan tulus seikhlas hati nurani ni, memohon kemaafan dari semua, halalkan segalanya, andai tutur kata, perbuatan ini telah menyakit dan melukaan hati dan diri semua, maafkan diri ini.

My schedule exam, 31.3, 2.4, 3.4, 4.4, 6.4 dan 7hb... semua2 kat rumah tu wait for me kay!! oyeay!

cHaiyok2 anda boleh melakukan!!!

Dan nak ingatkan jugak, yang utama niat kita, ingat belajar bukanlah semata-mata nak grad @ nak exam, nak dapat result gempak, tapi sebenarnya semua ni adalah sebagai lumrah kehidupan kita sebagai seorang khalifah di muka bumi ini yang memiliki Pencipta, niatlah segalanya hanya untuk mencari ilmu kerana Allah Taala dan untuk mendapat redhaNya. Jangan tersasar dari landasan sebenar, mungkin kalu kita belum berjaya sebelum ni, ada kemungkinan sebab niat kita tak ikhlas dan mungkin jugak niat kita tersasar, sentiasalah perbaharui niat masing-masing dan penting ilmu yang kita dapat dan ada ini mungkin akan berguna pada masa hadapan.. InsyaAllah

Yang kedua, nak exam ni, mesti suma pakat dok ingat kat umah kan, sapa yang duk dekat-dekat tu balik la jenguk mak ayah noh, pohon restu, yang dok jauh pon kalu ada masa, balik la, kalu itu yang terbaik,.. tapi bagi saya, ikut la camna pon, telefon pon dah okay, lagipon lagi 2minggu abis la exam, sabar sat noh ilyani… huhu balik pon satgi ang stadi ka hahaa.. call sudeyyyyy~ jangan sedey2 taw… hmm sahabat2ku, jangan lupa call mak ayah minta restu dan pohon maaf kat depa.. dan jangan lupa pesan kat mak ayah kita supaya mendoakan kita tapi kalu kita tak minta pon rasanya tiap-tiap hari depa berdoa untuk kita kot. Tiap kali nak masuk exam pon call… hehehe lagu ni saya tujukan buat mama dan baba nun jauh kat utara nuh, maafla dah dua bulan tak balik, lepas raya cina ritu, tak balik lagi lar…huhu

AKU MERINDUIMU- DEVOTEES

Tidak Dapat Ku Gambarkan

Rindu Yang Lahir Dari Hati Ini

Hanya Yang Mampu Tuk Kulafazkan

Aku Merinduimu


Terasa Amat Jauh Diri Ini

Kerna Keu Tiada Disisi

Bergenang Airmataku

Bila Terkenangkan Wajahmu


Ayah Ibu Dari Jauh Kupohon Restu

Doamu Titian Kejayaanku

Nasihat Darimu Kuingat Selalu

Tersemat Dikalbu


Oh Tuhan,

Berkatilah Ku Dalam Mencari Ilmu

Dengan Redhamu

Moga Ku Jejaki tempat Yang Dituju


Jangan teyak plak sob3, lap ayaq mata tu wat malu ja..huhu Redha Allah terletak pada redha kedua ibubapa kita, so mohon lah restu mereka, dan mohon agar di ampunkan salah silap kita pada mereke sebelum ini, kalu malu nak cakap, send mesej kay, kalu dua2 lagi baik!! BAIKKK PUNYAA!! Hihi


Selagi ada masa ni, gunalah sebaik-baiknya, plan masa anda sebaiknya, pastikan setiap subjek dimasukan dalam jadual, kawan saya cakap, kalu boleh dlm sehari tu, dua subjek lagi ok, sbb tak boring sangat, tapi saya punya stail, habis 1 subjek, tutup, bukak yang len plak, buat list setiap topic setiap subjek. Dan start dengan subjek yang last exam kepada yang first exam untuk memyenangkan kita, kalu boleh revision tu, kita buat note, takpa la kita usaha la sehabis baik, yang lain kita berserah pada ALLAH, Moga dapat yang terbaik la kan.. Lepas kelas semalam, bermula la study week utk budak-budak uia… dan just 5 days to go tu exam hall… semoga semuanya dipermudahkan.


Lagi, saya nak nasihat kat semua, tolong la jaga kesihatan masing-masing ya, lani kan hujan tak menentu, kalu kena hujan terus balik mandi tau, kena minum air masak banyak-banyak, kalu rasa nak demam tu terus p klinik yer. Kita kena kuat, kena lawan perasaan LEMAH tu.. Kalu ada masa pagi-pagi lepas subuh tu ajak la kengkawan jogging sat..hehehe (^_____^)


Haaa yang penting jugak, stadi, stadi jugak tapi tidur kena cukup sekurangnya 6-8jam masa untuk tidur, kurang tidur pon tak elok jugak, sebab nanti kita akan rasa mengantuk dan letih. Pandai la suma noh, atuq masa masing-masing, not for myself but for you!! Just for you! Dan makan?? Kena makan makanan yang berkhasiat taw, jangan tak makan plak, pagi-pagi breakfast dengan susu ka apa ka. Okay jugak.. jangan asik studi sampai lupa makan, tapi jangan lebih plak, satgi mengantuk plak, apa-apa pon berpada-pada.. fikirlah apa yang terbaik buat diri masing-masing.


~jom berdoa~

Dan yang PALING DAN AMAT PENTING, jaga hubungan kita dengan ALLAH, kita sebagai hamba hanya mampu berusaha sebaik mungkin tetapi hasilnya DIAlah yang akan menentukannya. Ibadah wajib jangan tinggal dan buat la baik sesama kita, dengan kawan-kawan, bertanya khabar mereka. Cari ketenangan abadi dengan mendekatkan diri kepadaNya. USAHA+ DOA+ TAWAKAL= KEJAYAAN InsyaAllah RABBI YASIR WALA TU ‘ASSIR, RABBI TAMIM BI KHAIR YA KARIM.


ALLAH DOES NOT REQUIRE YOU

“TO BE THE BEST”

HE JUST WANT YOU

TO “DO YOUR BEST”

AND

HE WILL TAKE CARE

“OF THE REST”

DO YOUR BEST IN THE FINAL EXAM

GOOD LUCK AND ALL THE BEST.

SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI INSYAALLAH

~Semoga Berjaya Semua~

Wednesday, March 16, 2011

Ukhuwwah kita

Assalamualaikum w.b.t

Banyak yang dapat dalam pengisian bersama serikandi sakinah tadi, terima kasih semua, menyedarkan diri ini.. kita cakap nak jadi muslimah sejati.. tapi kearah itukah kita? Ya Allah siapalah aku, aku bukan seperti serikandi-serikandi di zaman itu.. tapi ingin aku contohi peribadi mereka.. mereka sangat mulia disisiMu tapi siapalah aku padaMu.

Yang paling menyentuh semua bila cakap pasal ukhuwwah~ mutiara-mutiara jatuh berlinangan.. SUBHANALLAH~ dari situ tiba-tiba ilham datang untk mencipta puisi buat tatapan sahabat-sahabat seperjuanganku….

UKHUWWAH KITA

Ukhuwwah kita berbeda

Tak sama tak serupa

Serupa tapi tetap berbeda

Berbeda cara

Berbeda rasa

Tapi punya makna, tujuan yang sama


Ukhuwwah kita berbeda

Tak pernah meminta

Tak akan pernah, merasa

Tak pernah sayang

Jangan berharap disayangi


Ukhuwwah kita berbeda

Jangan pernah berharap menerima

Tapi tak pernah pula memberi

Jangan merasa sendiri lemah

Jika sahabat tak dipeduli

Pilu dihati sama terasa

Mungkin lebih mungkin kurang

Tiada siapa tahu

Jika saling tidak mengerti


Ukhuwwah kita berbeda

Jangan pernah sangka buruk dihati

Berlapang dada lah sesama sendiri

Jangan pernah pilu dihati

Andai hati mereka tidak kau ketahui


Ukhuwwah kita berbeda

Jangan pernah berharap menerima

Jika tak pernah memberi

Cuba mengerti saling fahami

Tak perlu bermasam sedikit hal cuma

Luah dihati pada yang perlu

Berdoa itu lebih pasti


Ukhuwwah kita berbeda

Saling melengkapi

Saling percaya

Saling mengerti

Tiada niat

Cuma, kerna Ilahi

UKHUWWAH ITU INDAH JIKA SEMUANYA KERANA ALLAH

Jadilah seperti mawar berduri, menyebarkan haruman kepada sekitarnya dan

memberi madu kepada yang perlu..

Menjaga diri, cantik dipandang, berguna dan bermanfaat kepada semua.

Jika kelopak gugur, tak perputus asa, akan tumbuh semula.

haruman tetap ada.


~Bak kat Ustaz Hazrizal, erti hidup pada memberi~

Tuesday, March 15, 2011

Semangat rakyat malaysia


BARU JA NAK DAFTAR MENGUNDI...TEEEETTTTT

MAAF DIK, LINE TAK CLEAR.
AIK AKAK NEH....
ADIK BOLEH LA DAFTAR MENGUNDI KAT PEJABAT POST LAIN YE..
"SAYA DAH 21 TAHUN LA..
BILA LA AKU NAK KELUAR P DAFTAR KAT LUAR (MINGGU NEH??)
TAK SABAR-SABAR NAK MENGUNDI NEH
(DALAM HATI MENGOMEL SENDIRI)
MESTI BEST KAN HARI TU,
BABA AKAN BAWAK KAMI SUMA ROUND2 TENGOK BENDERA
SUASANA HARI ITU,
JAUH GAK LA JEJALAN~

PENGALAMAN DULU (2008), HARI TU..
SIAN... DUDUK LUAR RUMAH SORG-SORG SBB BALIK AWAI SKET
LUPA NAK AMIK KUNCI RUMAH~
SBB TUNGGU DUA ORG PEKERJA SIBUK MENGIRA UNDI
DAN MENUNGGU KEPUTUSAN..

TAPI SANGAT BEST DAPAT MEMBANTU DI PONDOK PANAS
PENGALAMAN BAIK PUNYA SELEPAS SPM
NAK LAGI..NAK LAGI...
HARAP AKU DI PANJANGKAN UMUR!!
UNTUK BERTEMU HARI BERSEJARAH ITU~

Monday, March 14, 2011

Tanpa Mereka, siapa aku~

Alhamdulillah masih diberi udara segar untuk terus bernafas di muka bumi ini, Ya Allah hari ini genap 21 tahun aku di beri kesempatan berada alam ciptaan Mu ini, Apakah sumbangan ku terhadap agamaMu? Ya Allah masih belum cukup, apatah lagi siapa la diri ini, hanya insan lemah lagi hina, siapa la aku pada pandanganMu, aku hanya hamba yang selalu tagih simpatiMu..
Sungguh banyak nikmat yang kau beri kepadaku sepanjang 21 tahun ni, yang pasti aku belum bersedia untuk bertemu dengan Mu, aku akan terus mencari ihdinahsiro tolmustakim yang Kau sebut-sebutkan itu~ aku jua akan terus mencari ilmu yang Kau hamparkan buat meneruskan pejalanan onak duri ini ,dan akan terus tabah dalam Mencari erti sebenar kehidupan.. tanpa Mu siapala aku? dan tanpa Mereka juga siapalah aku.. iaitu MAMA DAN BABA (perantara aku dan kamu atas kelahiran kedunia ini).

Dan lagu ae-man ni ditujukan KHAS BUAT MAMA DAN BABA~

Terima kasih ibu, terima kasih duhai ayah (2x)


my sweethearts (teladan terbaikku)
Lahirku ke dunia
ku disambut penuh syukur
Bisikan azan (iqamah) ke telinga
Hikamah kalimah nan luhur
Lahirku ke dunia
ku diasuh mengenal Allah
ku diajar sebut namaNya
juga nabi rasul mulia
Salam sayang ayah dan ibu
Mendidik ku tak pernah jemu
Halalkan lah makan minumku
Maafkanlah salah silapku
Tanpa maaf dan juga restu
Hidupku jadi tak menentu
Tiada yang lebih bernilai
Dari pengorbanan yang suci itu
Tak berdaya aku membalasnya
Moga ku jadi anak yang bertakwa

Terima kasih ibu, terima kasih duhai ayah (2x)

Jasamu oh ayah dan ibu
Akan ku kenang selamnya
Hidup saling berkasih sayang
membina keluarga bahagia

(bridge)
Pada Mu Allah aku berdoa
Pada Mu jua aku meminta
Rahmatilah ibu ayah tercinta
Ampunilah dosa- dosa mereka
Panjang umur, murahkan rezeki
sejahtera dalam ketaatan
Moga berbahagia di dunia, di akhirat
beroleh syurga

Daku mengharap redha mu ibu
Juga redha darimu ayah
hanya itulah yang ku pinta
agar hidupku lebih bermakna

Terima kasih mama, terima kasih duhai baba
Maafkanlah segala kesalahan anakmu ini, andai sepanjang 21 tahun ni memang ada yang mengguris hati kecil mama dan baba,ampunilah k.ngah, dan halalkanlah segalanya, insyaAllah panjang uMur, k.ngah akan balas jasa mama dan baba, tapi rasanya tak ternilai pengorbanan kalian...huhu berapa banyak wang dihabiskan? berapa banyak masa yang dikorbankan hanya untuk anakmu ini... tak terdaya nak menghitung..
(BERFIKIR SEJENAK, MUHASABAH DIRI)
Adakah aku anak yang solehah, permata ayah bonda?? ketuk minda, tanya iman~

"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"

(Ibrahim 14:41)

Doaku buat Mereka
Ya Allah, rendahkanlah suaraku bagi mereka,
Perindahlah ucapanku di depan mereka.
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkanlah hatiku untuk mereka.
Ya Allah, berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar
atas kesayangan yang Mereka limpahkan padaku,
Peliharalah mereka Sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah, apa saja gangguan yang telah mereka rasakan,
atau kesusahan yang mereka derita kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
jadikanlah itu semua penyebab runtuhnya dosa-dosa mereka,
meningginya kedudukan mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka
dengan perkenan-Mu, ya Allah
sebab hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah, bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika magfirah-Mu lebih dahulu mencapai diriku,
maka izinkahlah aku memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu.

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir
dan Engkaulah yang Maha Pengasih Di antara semua pengasih.

~Aku ingin jadi anak yang solehah~

Celebrate bersama.....

MIMPI APA???

Ni hadiah untuk sendiri,
lama dah tak lukaih2 neh!!
PEMANGKIN SEMANGAT JADI MOTIVASI DIRI
(^____^)

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, pagi ni genap umurku 21 tahun, mak aiiii.. 21 dah... tapi still muda kot, hihi hepy besday buat diriku, Moga kau tetap tabah walau apa jua situasi hidupmu, serahkan segalanya hanya untuk mencari redhaNya, Mencarinya tika susah dan senang dan ilyani sayang jangan kau pernah putus asa dengan hidupmu.... ni ayat sapa???? huh semalam (jumaat) dah plan jadual stadi for exam... kena kuatkan tekad supaya ikut plan tu, insyaAllah mudah-mudahan..Amin Ilyani!! Yappp~~Sedia untuk bertempur, siapkan segala perisai dan kelengkapan yaaa!! (Final MOOD)

HARI SABTU~ 12hb mac..
Ada EXPLORACE LEADERSHIP SKILL, memang best kot, even KAMI satu group kuliyah lain2 kan.. suma bley masuk, dari ict, edu, econs.. hmm best2 group 20A, 20B (group saya la tu) dpt jugak, top!! dua2, A and B dapat hamper, syok2 masuk leadership neh.. dalam kelas asik present, paling best berlakon jadik anak org indon, hahaha bapakku indon, makku malaysia.. hahaha bley dkatakan Leadership ni medan untuk practise cakap kat depan la tp sangat2 best la... (^_^)

Tengah-tengah best explorace tiba-tiba ada sorang makhluk alam, kira org istemewa jugak la, ajak celebrate besday, huhu awai g kot,lagi 2hari g, tp takpa la dia kata nak belanja, saya illegic dengaq belanja2 neh, trus la on kan, even menurut jadual stadi banyak jugak nak stadi petang tu, takpa la demi dia kan..hahaha

Lepas zohor kami pergi la keluaq, tau apa dia beli kat saya, baik sungguh la...

jeng



jeng


je


jengsss


ni dia~

habuan si besday Girl~~

~coklat fudge~
ingat nak beli yang besaq punya
tedetut betoi!!!



Keterujaan even just kecik!! takpa2
ku Faham
anda belum mampu..


Pastu kami makan sesama,
lama dah kita tak makan sekali cmni kan? huhu
kenyang sungguh, bebaloi2 kan?
nasi putih+tom yam+ sayur manyuq campuq+telur bungkuih special
umpppp, yummy
kenyang perut suka hati la!! hihi



??????? WHAT? O___o
lincu??? ingat saya mau ka? haa xsesuai, apa punya olang la,
orang bagi la pen exam ka, pemadam ka, mood exam neh!! ada pekdah jugak ann haha
sowi sayang bucuk2~ t melajuk susah plak, abis cancel adiah spesel sebenaq..
dont..dont..


Nak taw sapa yang spesel sangat tu

!
!
!
!
!
!
V

Haaaaa ni la, oLang terawai wish..... 2hari awai hahahA
MY SWEET KAK LONG!!
TELIMA KASIH LOOORH..
WAT SUSAH-
SUSAH JA!!



Wahai kak longku..
Terima kasih jadi sebab jadi kak longku..
Sori terkeluar awai masa ang setahun 6bulan
dah dapat adik comel neh!!
uittt comel kah?
then
aku dah jadi penyeri mama n baba
sebab suka teyak kuat kat umah
anak manja!
Bila besaq masak sesedap kat aku
makan maggie sesenyap dalam bilik
pastu sebab ang rajin masak,
aku jadi malas masak haha
ang tengok ang tengok
sapa akan terer lagi nanti!
Terima kasih jugak sebab suka
bebel-bebel kat telinga aku
pepagi kejut aku!!!
Terima kasih jugak sebab teman aku kat uia neh!!
Terima kasih atas segalanya
halalkan segala makan minum
Terlebih terkurang
mintak halal noh
Terima kasih jugak sebab jadi kakak yang baik
kepada 6 orang adik,
Jadilah contoh yang TERBAIK BUAT KAMI SUMA,
Semua orang tak sempurna, tapi kita perlu jadi lebih baik sehari ke sehari
RIGHT?
Minta Maaf andai selama ini ada terguris perasaan or whatever
bukan niat aku, ang pon taw aku neh cam mana?
tak suka gaduh2, lebih suka diam,
(bertolak ansur jugak aku neh)

who you are
whatever you are~

You are the only sister that I have in this world!


THANKS FOR EVERYTHING
AND LAST BUT NOT LEAST
SORRY FOR EVERYTHING
(^_________^)


Friday, March 11, 2011

Jumaat ini


Jumaat
hari penuh barakah
tak dapat lari darinya
seminggu sekali mesti jumpa
ada cuti jumaat
ada tak cuti jumaat
tapi lagi best kalu ari jumaat cuti

Jumaat
tak sah kalu tak dak semayang jumaat
sapa yang rasa dia itu lelaki tapi tak semayang
memang toek la, hmm tak taw nk kata apa kat dia
musti dia.....huhu

Kelebihan Menunaikan Sembahyang Jumaat
Nabi bersabda
1) "Barangsiapa yg dapat menunaikan sembahyang Jumaat maka baginya disisi Allah pahala seratus orang yg mati syahid.
2)Dan barangsiapa meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak 3 kali tanpa darurat, maka Allah akan mengecap hatinya".

Jumaat
dimana diciptakan manusia petama,
Nabi Adam a.s
hari sangkakala ditiupkan,
menjadi penghulu segala hari,
hebat sungguh penangan jumaat
hari ni, redup2, renyai2 jumaat
ada keberkatan tu,
pesan orang, bykkan bersalawat,
berzikir (lebihkan dari selalu)

Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud "sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat."

"Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah."

~Selamat hari jumaat, semoga hari-hari kita sentiasa dilimpahi barakah, mawaddah wa rahmah darinya, amin~


~bagaimana hari-hari anda~

Monday, March 7, 2011

Dekat Dihatiku????


~CINTAILAH DIRIMU SEBELUM

KAMU SEBARKAN CINTAMU UNTUK ORANG LAIN

KENALILAH DIRIMU SEBELUM

KAMU DEKATI ORANG LAIN,

FAHAMILAH DIRIMU SEBELUM

KAMUMENILAI ORANG LAIN.

SAYANGILAH APA YANG KAMU ADA KERANA

SEMUA ITU HANYA PINJAMAN SEMENTARA,

DAN JAGALAH IA SEBAIK-BAIKNYA KERANA

KELAK AKAN DIPERSOALKAN

BAGAIMANA KAMU MENJAGANYA~

( iman_nurkasih 07032011 0225a.m )


Peribadi seseorang itu boleh kita lihat melalui tingkah laku dan perbuatan orang itu.

“Behavior of somebody is the mirror of his personality”.

So, kita boleh kenal seseorang melalui tingkah laku seseorang. Kita tak boleh nilai seseorang melalui percakapan dan perkataan yang dituturkannya saja kerana kadang-kadang perkataan dan percakapan selalu tak seiring dengan perbuatan orang itu. Kadang orang itu suka bercakap besar padahal, tapi dia tidak pula seperti itu dan suma itu omong kosong, sumanya hanya untuk membangga diri mengatakan dialah yang baik dan hebat. Padahal dia itu biasa-biasa saja. Tapi ada juga orang yang biasa-biasa tetapi sebenarnya dialah hebat pada pandangan Allah, ini orang yang zuhud, merendah diri dan sentiasa mengagungkan Allah. Semua yang diceritakan mengingatkan kita dengan kebesaran Tuhan. SUBHANALLAH.. siapakah orang zuhud itu? Adakah kita sahabat-sahabat? Ketuk MINDA Tanya IMAN sahabat-sahabat? Mungkin para ulama’. Suma itu kita boleh lihat pada peribadi mereka. Tetapi orang zaman sekarang lebih suka condem orang baik kan? Kenapa suma sudah terbalik.. Bagaimanakah diri ini, cakap supa bikin kah? hmmm (gaya berfikir)

Okay berbalik pada personality atau peribadi. Unggulkah peribadi kita? Adakah orang suka atau menyampah dekat kita. Sumanya berbalik pada diri sendiri. How to influence others? Bagi saya first sekali , yang utama sekali, paling penting, kita jaga hubungan kita dengan Allah, segala pergantungan dan pengharapan HANYA PADA ALLAH. Mengapa sesuatu yang kita hajati belum kesampaian atau tercapai? mungkin kerana ada sesuatu yang menghalang. Adakah kita ni selalu alpa dan lalai? So muhasabah diri balik atau mungkin jugak, ia sebagai ujian seorang hamba dimana Allah nak menguji tahap keimanannya, apakah kita melenting atau bersabar? Mungkin jugak nak melihat apakah kita mudah berputus asa or lemah? Ketuk QALBI Tanya DIRI sahabat-sahabat!

Kedua, jaga hubungan dengan family, mak ayah dan adik-beradik, jangan suka bergaduh, gaduh-gaduh manja tak pa. Hormati mak ayah, bercakap sopan dan bila bercakap dengan mereka, tenung muka mereka dengan penuh kasih sayang. Redha Allah terletak pada redha kedua ibubapa. Sayangi mereka selagi mereka masih disisi anda, selagi mereka masih ada. Jangan menyesal dikemudian hari. Balas jasa mereka seadanya, jangan pernah tinggalkan mereka. Hubungan sesama adik-beradik, sepupu sepapat, mak sedara, pak sedara. Suma kena jaga. Barulah keluarga bahagia dan diri anda diselebungi kebahagiaan.mungkin kebahagiaan sementara tetapi inilah yang dinamakan salah satu nikmat dunia yang perlu disyukuri ALHAMDULILLAH. Hubungan adik-beradik kenalah saling berkasih sayang, saling hormat-menghormati, tolong-menolong ketika susah dan senang. Jangan dok berkira sangat walaupun kadang-kadang berkira jugak hahaha, itu perkara biasa. Tapi jangan pernah benci menbenci. Jagalah hubungan sesama keluarga supaya hubungan yang erat itu dapat membawa kepada jalinan yang lain means hubungan sesama manusia yang lain. Dan jika dari institusi kekeluargaan kita telah di latih berkasih sayang, jadi, kita tak segan or gugup untuk menjalin kasih sayang sesame muslim pula tapi berbatas , tapi kena jaga la adab dan etika antara lelaki dan perempuan, aihhh dah belajaq suma, malaih nak cita bagi panjang lebaq lagi.

Ketiga, menjaga hubungan sesama muslim, bagi saya hubungan sesama muslim ini sangat penting. Kerana disinilah kita akan dinilai dimana segala tingkah laku perbuatan akan dilihat dan terpancarlah personaliti sebenar individu tersebut. Tak kira la kebaikan atau keburukan. Semua orang itu kan, tak sempurna, masing-masing boleh menilai. Dan yang paling baik bila kita melihat kelemahan seseorang itu, kita ucapkan kepadanya agar si dia boleh berubah untuk kebaikan diri orang itu sendiri. Tapi ia memerlukan kekuatan agar tidak pula menyakitkan hati individu terbabit. Mungkin dengan cara pendekatan nasihat yang berhikmah kita boleh gunakan, itu juga bergantung bagaimana individu yang kita mahu diberi teguran dan nasihat itu, pandai-pandai la kan. Masing-masing dah besaq panjang, bukan dok bawah ketiak mak abah lagi kan..hehehe dan saya pon suka gak kalu orang bagi tau keburukkan diri saya ni, everybody is not perfect kan, wahai anda-anda yang dekat dihatiku, tolonglah nasihati diri ini, please la come to me and say what you want to say. I promise, I will never hate you but i will really appreciate if you say that to me.. I’m really desperate toward it. I want to change whatever wrong in my life, I want to be good person “ ALLAH TAK AKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM MELAINKAN MEREKA SENDIRI YANG MENGHENDAKINYA” BUT I NEED YOUR..YOUR.. AND YOUR HELP.. huhu desperate housewife hahahaha

Dan saya juga akan bantu mereka-mereka yang menanyakan kepada saya dengan ikhlas hehehe mungkin juga yang dekat dengan saya. Hey kamu, please la talk to me.. what im wrong.. im not good person but but desperate to be good person.. please please… somebody help me, I don’t want to hear what is good about myself, hmmm adik-beradik sangat di alukan-alukan… kak long, kak teh, abang and kakak, yang dua lagi tunggu besaq sket.. baru cakap.. tapi kalu segan bley tulis surat letak bawah bantai, tak yah letak nama.. mama dan baba pon lagi boleh, tapi kena face to face dengan parent baru best hihi.. sangat2 dialukan hahaha rasanya boley ulang benda or kesalahan yang sama banyak kali. Perkara yang di tulis or diucapkan insyaAllah akan diperbaharui sket-sket.. Ishhh nampaknya penulis sudah banyak mengarut maybe sebab tengah desperate pasai ni. Maybe jugak dia tensen dengan esaimen yang kena antaq esok (hari ni 6hb, ahad, esok la 7hb 3 kena antaq) hihi

BAGAIMANA MEMBINA PERIBADI SEORANG MUSLIM?

  • · Beriman dan beramal Soleh
  • · Beribadat kepada Allah( menjaga hubungan dengan Allah)
  • · Beristiqamah dalam hidup (jangan pernah berputus asa dengan hidup)
  • · Memanfaatkan masa
  • · Berjihad di jalan Allah
  • · Berilmu
  • · Sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah
  • · Berzikir disetiap waktu
  • · Bertawakal kepada Allah
  • · Bersabar dalam ujian hidup
  • · Suci zahir dan batin
  • · Bersikap positif dalam kehidupan
  • · Sentiasa bermuhasabah diri
  • · Bersifat malu
  • · Bersifat rahmat (berkasih sayang dan berbelas kasihan sesame muslim)
  • · Bersifat amanah
  • · Menafkahkan harta pada jalan Allah
  • · Bersifat ikhlas
  • · Bersederhana dalam kehidupan
  • · Menjauhi perkara yang sia-sia
  • · SENTIASA MENGINGATI MATI
  • · MENERIMA ISLAM SECARA KESELURUHAN SERTA MENGAMALKANNYA

CIRI-CIRI diatas ini diambil dari BUKU MEMBINA PERIBADI MUSLIM

(muhasabah diri kea rah kehidupan yang diredhai)

penulis ENGKU AHMAD ZAKI ENGKU ALWI.

Amik kat content ja neh. Sapa nak taw lebih lanjut, p cari beli dan baca… beli dan baca ingat tu, jangan pandai beli ja, tapi tak baca-baca. Rak buku yang baca, rak buku la pandai dan berubah (giloo sudah) p buat esaimen lar ilyani oiiiiiii!!! Baik hatilah hatiku~~~ jasad pon bergerak melaksanakan suruhan HATI!!

URUS MASA ANDA, ITULAH SEBAIK-BAIK PERANCANGAN DIRI DALAM KEHIDUPAN, DAN JADILAH MANUSIA YANG BERDISIPLIN!!!! JANGAN PANDAI CAKAP SAJA, BUAT LA.. NI BUKAN CAKAP TAPI TULIS HAHAHA apa-apa ja la ilyani.. ang ni omong kosong, mana ada, aku tengah buat peningkatan hidup ni… baiklah hatiku ~~~~

~HATI NAK DIRI BERUBAH TUAN, BAIKLAH hatiku~


Friday, March 4, 2011

Shila & Ayu - Memori Tercipta

Lagu ni ditujukan buat sahabat-sahabat yang mengenali diri ini~

Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pun terduga pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama (3x)
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

~Kenangan bersama tak pernah kulupa~

Puisi Waktu

macam ni la situasi sekarang


Apa sudah terjadi pada diri sendiri,
Aku termenung sendiri,
menongkat dagu mengenang waktu,
Pantas dan tangkas ia berlari,
Sahutku ia tak dengar lagi...

Ingin sekali meyaksi pelangi indah,
selepas hujan reda dikala mendung kelabu,
Buat diri tenang dan damai seketika,
Buat diri ingat nikmatNya.

Hidup ini untuk apa?
hidup ini hanya menunggu masa,
Masa untuk menunggu ajal,
Ajal datang tanpa disangka.
ishhh takutnya, apa persediaanku?

Apa perlu buat?
Apa perlu cari?
Apa perlu tunggu lagi?
Perkuat diri pertingkat amal.

Hati sakit meronta hiba,
Kenang cinta hati belum kesampaian,
Pesan orang cintai Allah,
Cinta manusia pasti bertandang,
Tak perlu risau lagi.....

Kenapa impian doa kudus tak tercapai,
ketuk hati tanya IMAN~

Tuesday, March 1, 2011

Hatiku Berbicara

SAAT HATI BERBICARA

Puas sudah,
Kucari kebahagiaan,
Disisi teman-teman,
kadangkala yang ku dapat hanya kelalaian,
Ku cari lagi.
Di hati sesorang kekasih,
Ku dapat hanya kekecewaan,
Dan ku terus mencari,
Dalam meniti hari yang penuh kekosongan...

Oh di mana lagi harus ku mencari,
Membawa sekeping hati,
Yang sarat kerinduan,
Rindu yang tiada haluan,

Aku keliru sendiri,
Apa yang kucari,
Apa yang kuperlukan,
Aku masih tak bisa mengerti,
Yang pasti
Kekosongan hati ini minta diisi..

Sejenak ku tersedar,
Aku mencari cinta Agung,
Sinar hidayahmu menjelma sudah,
Lama ku nanti saat ini.
Hakikat kebenaran,
Cahaya yang membelah kegelapan,
Melimpah cemerlang mengisi kekosongan,

Kusedar,
Destinasi pencarianku disini,
Ku mencari-MU Tuhan,
Mengharap keredhaan,
Menagih kebahagiaan,
Dari Sinar Cahaya Iman.

~iman itu cahaya kasihNya~

Pasword Doa


DOA?? ada pasword???

Hebat kan.. kenapa perlu berdoa?

# Dengan berdoa kita akan merasakan kehambaan kita, kita ni hanya hamba yang tak punya apa-apa, merasakan diri kerdil, dan ia merupakan fitrah manusia dalam beragama, memohon sesuatu kepada Sang Pencipta.

# Siapa yang tak berdoa, dia bermakna dia ego.. sebab fikrah manusia itu diciptakan ada Pencipta. So nak jadi ego ka?? bongkak dan sombong, jadi jangan pernah lupa untuk berdoa, kita ni hanya manusia yang lemah dan hina, selalu lah menginatiNya disaat kita senang dan susah, jangan taim susah ja, teresak-esak mohon petolongan dariNya~

Bila boleh berdoa? antaranya:
# bila-bila masa sahaja terutamanya selepas solat dan mustajab saat dekat dengan pencipta adalah ketika sujud.
#ketika hujan turun renyai-renyai.
#ketika tentera islam bertembung (ketika perang).
#antara azan dan iqamah
#orang yang dizalimi
#doa ibubapa kepada anak-anak mereka
#bila bermusafir

dimana? antaranya:
#mustajab di Mekah
#dimana-mana sahaja (bila kita mengingati Allah)
#di masjid dan surau
#masjidil haram dan masjidil nabawi


Kenapa Doa Kita belum diterima?? kenapa? kenapa?
tidaklah lewatnya doa kamu tidak diterima, menjadi sebab kamu berputus asa, Allah akan perkenankan bilamana atas kemahuan Allah dan cara yang Allah tentukan, yang penting jangan berputus asa dalam berdoa.

Yang penting juga kita kena ikhtiar, berusaha jugak, jangan berdoa tapi Suruhan WAJIB kita abaikan. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita, so, jangan pernah berputus asa, dan jangan pernah berhenti utk berdoa serta melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarangNya~
HOW??? WHEN???
DOA ITU DITERIMA ITU SUMA KERJA ALLAH~

Selain itu, makanan yang haram jadi doa kita terhalang juga contoh dadah, arak, babi dsb dan kita juga kena pastikan rezeki yang kita dapat adalah dari sumber yang halal, means duit yang kita guna tu, beli makanan untuk diri, anak dan isteri adalah dari sumber yang halal.

Gopoh dan merungut dengan Allah merupakan antara penyebab doa tak diterima,
firman Allah " akan Aku perkenankan doa kamu jika kamu tidak gopoh"
kena jaga adab-adab bila berdoa dan kena bersungguh bila berdoa.

Pasword DOA adalah Y2K

YAKIN dua perkara & KHUSYUK

Y-yakin yang kita sedang berkomunikasi dengan Allah bahawa Allah sedang dengar permintaan kita, fokus dan bersungguh!!

Y-yakin Allah akan perkenan doa kita. keyakinan itu sangat penting dalam hidup seorang hamba. Ia berkait rapat dengan iman dan akidah kita~

K- KHUSYUK
#macam mana nak dapat khusyuk, macam mana nk dapat????
  • Fahami doa yang dipohon, jadi kita tahu apa yang kita minta dan mahu.
  • Jaga adab2 ketika berdoa, antaranya:
-berwuduk
-mengadap qiblat
-bermula dengan salawat dan syukur, alhamdulillah.....
-priorti doa yang dari Quran, Nabi, ulama' dan sebagainya

DOA PILIHAN Ahli Panel:

Surah ibrahim ayat 40
-35-41 merupakan doa nabi Ibrahim tapi ustaz ni pilih ayat 40 dalam surah Ibrahim

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku"


Alhamdulillah dapat berkongsi dengan semua, sempat jugak dengar dan taip info-info dari program halaqah tv9..
Semoga semua dapat manfaat darinya, even tak full sangat, ni ja perkongsian mengenai doa, SELAMAT BERAMAL~ (^_^)


~Doa itu senjata orang MUKMIN~