Thursday, April 14, 2011

Jodoh ketentuanNya~

Salam 'alaik, lamanya tak update rindu~

Bestnya Family camni kan?
Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup kita.

Yang dicari walau bukan putera raja,
biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa,
asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani,
asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat,
asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang,
kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata,
cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati,
insyaAllah ku redha ketetapan Ilahi..


Kalu kita nak yang soleh, kita kena jadi solehah dulu, so kena la didik diri dulu, perbaiki diri kita dulu. Bina fardu muslim sebelum membina baitul muslim. Kalu nak bina baitul muslim, asasnya adalah Agama (ISLAM). Sebagai dasar atau asas dalam rumahtangga kerana agama itu adalah tunjang dalam kehidupan berkeluarga disamping dapat memelihara diri dari melakukan perkara yang Allah larang, Dalam agama Islam, kita kena ingat asasnya adalah akidah. Akidah ni la tersangat penting, tercabang pada tiga bahagian pulak, islam, iman dan ihsan. So, banyak la kita nak kena kaji dan selidik.. ish bkn senang nak senang, pulun sikit jaa..Sebab tu, dalam pemilihan jodoh kita jugak kena pilih yang beragama, tak kira la laki atau perempuan.

Rasulullah saw telah bersabda "Seseorang wanita dinikahi kerana empat sebab: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah engkau mengutamakan yang beragama, itulah pilihan yang terbaik."

"Apabila datang kepada kamu peminang (lelaki) yang engkau puas hati dengan agamanya dan kelakuannya, maka terimalah dia"
(Hadis Riwayat Tarmizi)

Perempuan pulak bila ada seorang lelaki soleh merisik yang mana baik agama dan akhlaknya, terimalah, sungguh rugi seorang perempuan itu, andai melihat dari sudut yang berbeza dan tak menerima lelaki itu. Setiap orang dalam hidup perlu ada perancangan yang jelas, apa matlamat hidup, apa yang kita mahu capai dalam hidup, adakah ianya selari dengan tuntutan agama. Kita perlu kaji selidik dari setiap aspek, ni bukan memilih tapi demi kehidupan yang lebih sempurna dan masa depan di dunia dan akhirat. saya ada baca artikel sini Sapa tak mau kebaikan dalam hidup da kan? So Bila nak pilih jodoh, kena la pilih yang boleh didik anak2nya kelak, ya la bukan senang nak mendidik budak2 ni kan? hmmm

Keluarga Impian

Kalu saya, saya dah ada plan saya, sekarang just tumpu pada pelajaran, kutip ilmu dunia akhirat sebanyak mungkin, bina fardu muslim dalam diri. insyaAllah panjang umur, jodoh tu akan datang sendiri, jangan kusut2kan kepala, kalu tak dak sangat, mama dan baba boleh tolong carikan. Pasrah ja tp yang penting kena la dengan diri neh. hahaha means sekufu~ pastu lepaih grad cari pengalaman, ada modal bukak business idaman then beli keta yang menjadi first idaman, kalu maju sket maybe boleh tkaq suzuki swift ka hahaha

cantik kan keta neh?? toyota yaris pon ok paa

tapi duduk rumah sewa dulu la kot, atau pon duduk ngan ma&ba, di samping berkhidmat untuk mereka hihi hmmmmm adoi cakap macam senang ja kan.. bukan senang nk senang!!! suma tu perlukan usaha yang kuat, gigih dan istiqamah.

Subhanallah, bahagianya mereka

aku bukanlah sehebat KHADIJAH yg begitu sempurna
aku juga tak setabah RABIATUL ADAWIYAH yg begitu setia dlm sengsara
dan aku juga taksekuat & seteguh SARAH
apatah lagi secantik BALQIS
malah kasihku jua tak setulus ZULAIKHA
lalu bantulah aku Ya ALLAH, mencari jalan pulang ke sisi MU..


~keluarga bahagia idaman semua~

No comments:

Post a Comment