Friday, April 1, 2011

Mesej ringkas


Telah jauh aku mengembara
Mencari erti hidup di dunia ini
Yang selamaini sering disalah erti
Oleh mereka yang bertuhankan hati

Ku musafir ke pelusuk dunia
Memerhatikan gelagat manusia
Ada yang gembira hingga terlupa
Ada yang berduka tetapi gembira

Terasa lelah menempuh jalanan beronak duri
Kekadang sesat tanpa haluan
Sehingga punca hilang di mata
Kuturutkan jua hati yang buta

Kupasrahkan padaMu Tuhan
Segala yang akan berlaku
Kerana Engkaulah menentu segala
Menciptakan dunia penuh pancaroba
Tak terdaya rasanya kaki melangkah

Kau pimpinlah langkahku Tuhan
Agar tidakku kesesatan dari jalan SyurgaMu yang diidamkan
Kerana tidakku terdaya menahan seksa neraka
Tidak pula layakku ke syurga

Ku hanya hamba yang diciptakan dengan kelemahan
Sering daku terlupa sering jua daku terleka
Dengan nikmatMu yang melimpah didepan mata

post ringkas insyaAllah~

Sebenarnya ni lirik lagu dehearty, tajuknya kembara hidup.. sangat kena la dengan diri kita, kadang lalai leka dari mengingatinya, masih tak taw tujuan sebenar hidup kat dunia, suka menyalahkan diri atas nasib menimpa, tapi sebenarnya,itu suma adalah pilihan kita, semua orang tak sempurna, apa yang boleh buat adalah cuba sebaik mungkin untuk mencari kebaikkan dan berubah. Jagalah diri dan maruah diri dan keluarga. rasa tak layak nak nasihat orang, tapi kita boleh saling berpesan-pesan untuk kebaikkan. Gunakan akal untuk kebaikkan. Jangan pernah rasa lemah dan berputus asa dalam membina hidup yang lebih sempurna, Ingatlah ALLAH sentiasa ada bersamamu tika susah senang.

~jom-jom sambung stadi esok exam neh!~

No comments:

Post a Comment