Friday, April 15, 2011

solehkah kita??


Salam Jumaat yang penuh Barakah~

Beruntungnya mereka ada anak-anak yang soleh dan solehah, setiap ari jumaat atau dalam seminggu tu, semasa hidup telefon mak ayah tatkala berjauhan, bagi yang dah meninggal dan rumah berdekatan, setiap jumaat menziarahi kuburan, membacakan yassin dan tahlil... Ya Allah, sejuk perut mak yang mengandung 9bulan 10hari tu.. disetiap doanya pula tak pula putus-putus mendoakan kebahagiaan dan kebaikan buat ibubapa mereka, ketika hidupnya sentiasa membantu kedua orang tuanya semoga kita semua menjadi anak yang soleh dan solehah

ada satu cerita nak dikongsikan dengan sahabat-sahabat:
Citanya macam ni~

Nabi musa telah bertanya kepada Allah Taala semasa dia bertemu dengan Allah di bukit Tursina, ini kerana Nabi Musa satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah swt. Baginda bertnya " siapakah gerangan yang akan berjiran denganku di syurga kelak?" Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang tu, kampung dan tempat tinggalnya.

Setelah turun dari bukit Tursina selepas bermunajat, baginda pun pergi ke kampung tersebut untuk menemukan orang yang dimaksudkan. dipendekkan cerita, didalam rumah itu, baginda melihat lelaki itu memandikan babi jantan dan babi betina, orang itu membelai binatang itu dengan penuh kasih sayang, memandikan, kemudian dilap sampai kering kemudian di ciumnya. dia menggendong binatang tersebut dengan begitu cermat sekali.

Kemudian, Nabi Musa bertanya, " apa agamamu, kenapa kamu membela binatang haram ini?" lelaki itu menjawap "ya agamaku tauhid" yakni islam, "aku membela binatang ini kerana, keduanya merupakan kedua orang tuaku, wahai tuan hamba" Allah Taala telah menukarkan mereka menjadi babi yang hodoh kerana mereka berdua telah melakukan dosa besar.

Walaupun ibubapanya telah bertukar menjadi babi yang hodoh, lelaki tersebut tetap menjaga kedua orang tuanya engan penuh kasih sayang dan sentiasa berdoa agar Allah mengampunkan dosa-dosa mereka serta dia bermohon agar Allah menukarkan ibubapanua menjadi manusia semula tetapi belum dimakbulkan. dia tidak pernah berputus asa.

Kemudian Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa, "wahai Musa, saudara ini akan menjadi jiranmu di syurga kelak keran baktinya kepada kedua orang tuanya, walaupun ibubapanya ditukar menjadi babi yang hodoh, tetap juga dia berbakti kepada mereka, oleh itu Allah tinggikan maqamnya, sebagai anak ya g soleh disisi Allah.

Allah juga berfirman, "Oleh kerana dia telah berada dimaqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya, tempat kedua ibubapanya yg Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

Itulah kisah seorang anak yang soleh, even mak ayah da telah melakukan dosa yang besar, atas sebab berkat doany dan kasih syangnya, Allah tempatkan dia di syurga dan berjiran dengan Nabi Musa, Mak Ayahnya pula dari neraka ditepatkan ke dalam Syurga. Walaupun buruk mana pun ibubapa kita, sentiasalah berdoa kepada mereka agar diampunkan dosa-dosa mereka. Itu seua urusana meraka dengan Allah, tapi sebagai anak, Kita perllah membalas jasa dan pengorbanan mereka mendidik dan membesarkan kita dari kita kecik hingga kita dewasa. kalu kita mempunyai ayah ibu yang baik, jadikan mereka sebagai contoh teladan, ambillah contoh atas kebaikan yang telah mereka berikan.

~Moga kita menjadi anak soleh dan solehah yang sentiasa berbakti kepada ibubapa kita~

2 comments:

  1. insyaAllah, syukran dik.. semoga berjya di bumi sana~

    ReplyDelete