Monday, June 27, 2011

BERFIKIRAN POSITIF

Assalamualaikum sahabat-sahabatku sekalian. Dalam kesibukan diri mengulangkaji ni terasa nak menulis pula. Walaupun tak berapa nak pandai mana menulis ni,tapi atas RASA nak menulis tu ada, so izinkan saya menulis ya. Harap dapat menberi manfaat untuk kita semua, InsyaAllah

Dalam meneruskan kehidupan seharian, sedar tak sedar, kadang-kadang ada rasa putus asa, lemah semangat, tidak yakin dengan diri, semua keadaanlah yang menyebabkan diri lesu dan tak bermaya. Bertambah malas pun ada, rasa nak tidur ja. Semua ini adalah mingkin disebabkan kita selalu berfikiran negatif, selalu berkata TIDAK, dan JANGAN. Contohnya, “Tidak akan Berjaya jika aku malas”, seharusnya katakana la “ Ya aku akan Berjaya jika aku rajin”. Nampak dak berbezaan kedua-dua ayat diatas? Nampakkan? Ayat kedua tampak lebih bersemangat dan mendorong kita terus melakukan kerja, seperti belajar. Memang kita tak sedar, tetapi selalunya perkataan atau percakapan kitalah yang mendorong kita melakukan sesuatu. Kita cakap lain tapi lain yang kita buat. Ya dak? Saya pun selalu macam tu. =)

“Kenapalah dapat result teruk sangat ni?” ni pon salah satu masalah iaitu kita tak bersyukur dengan apa yang kita dapat, seharusnya kita letakkan dalam minda selalu, Alhamdulillah ini setimpal dengan usaha yang aku lakukan, lain kali aku nak improve lagi!! Bersemangatkan. Jadi kita pun rasa lebih bersemangat, ya la perkara dah lepas, kita dah buat, dah terjadi, NASI DAH JADI BUBUR, TAK MUNGKIN JADI BERAS SEMULA DAH. Jadi apa yang kita harapkan kita akan berusaha lagi dan lagi untuk yang akan yang datang. Selain bersyukur, kita juga akan bersemangat, berkeyakinan dan berpandangan jauh kehadapan.

Bila terima musibah pula. Selalu sahaja tak dak mood,emo tak tentu pasal, stress, rasa nak tidur ja seharian. Tapi jika sebaliknya jika kita amalkan berfikiran positif, letakkan dalam minda dan hati kita, Yakin dan pasti ada hikmah disebalik semua yang berlaku itu. Kita akan mudah rasa tenang dan berpuas hati. Dan kita juga akan cuba sedaya upaya mencari solusi atas kelemahan diatas permasalahan yang berlaku itu. Alangkah baiknya setiap tika dan saatnya kita berfikiran positif bukan? Dan semestinya keceriaan dan ketenangan akan terpancar diwajah kita walaupun kadang-kadang hanya diri yang lebih tahu. Salah satu cara untuk berfikiran positif juga kita perlu selalu bermuhasabah diri. InsyaAllah kita akan temui jalan yang terbaik. InsyaAllah. (^____^)


“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman.”

(Ali-Imran 139)


Itulah serba sedikit mengenai berfikiran positif, just nak tekankan

“SESUATU YANG BERLAKU ITU PASTI ADA HIKMAHNYA”

“CARI SOLUSI SETIAP MUSIBAH, MOMENTUM DIRI MENCARI ILAHI

KETENANGAN DIRAIH PENGUAT JASADI

ITU KUASA POSITIF DIRI”

~Special My Sweet sis, Kak Teh~

Jom bermujahadah!!!

“To all student of IIUM, Espeacially to all my friends, All The Best in Final Examination, Sama-sama kita buat yang terbaik. Gunakan masa yang ada dengan sebaiknya, usaha dan terus usaha tanpa jemu, disamping dekatkan diri kepadaNya setiap waktu, Dan mohonlah restu kedua ibubapa agar kita sentiasa tenang. Selebihnya serahkan segala ketentuan kepada yang Maha Esa, ALLAH TUHAN KITA”

::Semoga Berjaya di dunia dan di akhirat, Amin ya Rabbal ‘Alamin::

~Tiada yang lebih bernilai, dari masa kita~






No comments:

Post a Comment