Friday, June 24, 2011

Sayang saudaraku~


Lama tak update, ada semut la, nasib ikan emas ada jaga blog ni. thanks ikan emas!!~
Rasa nak update tapi tak dak idea, tapi macam dah ada ni.. actually baru ja abis test 2 finance tadi.. adoi lain yang study, lain yang keluaq, sabaq ja laa.. nasib sempat study pagi tadi yang keluaq tu.. Tapi Alhamdulillah la.. dah usaha sebaik mungkin, selebihnya serahkan pada Allah.

Minggu ni banyak sangat even kat uiam, yang paling best, dapat join operasi dakwah. Even sempat join yang malam ja kan, merasala jugak kan, memberi sedikit sumbangan dan pengalaman ketika dialam kampus ni.. Alhamdulillah tahniah pada SRC, KBS, DBS dan student-student yang begitu sayang dan cintakan dakwah ni, harapnya sem depan DTE V2.0 lagi mantap dan ramai lagi yang akan join..Lgi ramai lagi meriahkan? Gempak la!!! Ya la, Amal Maruf nahi mungkar ni bukan tugas sesetengah pihak ja.. tapi kita semua perlu, kerana bagaimana nak wujudkan biah yang baik jika hanya segelintir sahaja yang menyeru dan mencegah, padahal tugas ini merupakan tugas semua pihak. ya dak??

Sangat sedih sekiranya, berlaku perkara yang tidak baik di tempat yang baik ini kan, Ya la, Bala tak akan ditimpa kepada orang yang melakukannya sahaja tetapi kepada semua orang. " Disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga" abis jadi biru pastu dah tokleh minum, dah la susu mahal!!! sedih~ oppsss...
~Back to the topic~,

Perkara yang ditekankan dalam DTE V1.0 adalah isu coupling, iktilat( hubungan antara lelaki dan perempuan), aurat, safety (kecurian) dan solat.. Alhamdulillah, harapnya, kita sebagai student Universiti ISLAM Antarabangsa Malaysia dapat menunjukkan contoh terbaik sebagai Mahasiswa dan Mahasiswi Islam kepada sahabat-sahabat dan adik beradik kita yang lain, menjadi contoh terbaik InsyaAllah. Segala pembawakan isu-isu ini bukan saja-saja tapi atas syariat Islam dan sudah termaktub dalam Al-Quran, panduan hidup kita sebagai ummat Islam.

Sangat sedih sekiranya, kawan kita sendiri, saudara seislam kita melakukan maksiat, pendedahan aurat, tak pakai tudung, gambar-gambar mereka bersama pasangan masing-masing (belum bernikah) terpampang di laman-laman sosial.. apakah tanggungjawab kita? Wahai saudaraku yang amat aku sayangi, bukalah mata hati kalian, hidup kita didunia ini hanya persinggahan semata, bercucuk tanam, amalan pahala, meluruhkan daun kering (dosa), menjual hasil diakhirat kelak. Kita bukanlah hanya tanaman perhiasan dunia sahaja tetapi kita semua akan diperhitungkan segala amalan kebaikan dan keburukan di akhirat.. Sama-sama muhasabah diri, masih ada masa untuk kita berubah. InsyaAllah, Jangan tunggu kita tua atau ajal tiba kerana kita tidak tahu bilakah ajal kita semua kan. So, this is the right time for us to change, not for others but just for us.. for us!!! (^_____^)

Saya tahu, saya bukanlah insan selayaknya untuk berbicara soal kebaikan atau keburukan orang tapi atas dasar saudara sesama Islam, Saya tekad untuk berbicara soal ini. Kawan-kawanku yang disayangi, ingatlah dosa pahala, syurga neraka, yakinlah dengan adanya hari perhitungan, apakah yang kita nak bawak ketika bertemu dengannya kelak? Sebab tu kita kena berbalik dan belajaq soal akidah, IMAN, ISLAM dan IHSAN~ perkara asas dalam diri kita sebagai umat islam, akar umbi dalam diri~ Sama-sama belajaq yaa...

"Jangan hanya seronok ketika didunia, dan banyak pula menangis di akhirat kelak,
sesal dulu pendapatan, sesal kemudian, tiada guna.
" Jika kita cintakan dunia, tinggalkan akhirat, hanya dunialah yang kita dapat.
Tetapi jika kita ingat akhirat ketika didunia, maka kedua-duanya kita akan dapat"

Ya Allah, Ya Tuhan kami ampunkanlah dosa-dosa kami, terimalah amalan-amalan kami, Jauhkanlah bisikan-bisikan kejahatan dari telinga kami, Kau berikanlah Taufik dan HidayahMu kepada kami, Tenangkan kami dengan ayat-ayat suciMu, Jagalah pandangan, percakapan, pendengaran, dari perkara yang sia-sia lagi menambahkan dosa-dosa kami, Ya Allah, kami hambaMu yang lemah lagi hina ini, sangat perlukan bimbingan dan perhatian Ya Allah, Kami tagih kasih sayangMu Ya Allah. Jadikanlah kami anak yang soleh dan solehah. Jauhkanlah kami dari azab api nerakaMu dan Jadikanlah kami hamba-hambamu yang beriman dan bertaqwa. Amin Ya Rabbal 'Alamin..

~Ya Allah bantulah kami dalam melaksanakan kebaikan~

No comments:

Post a Comment