Friday, July 29, 2011

RaMaDhAn KaLi iNi

Assalamualaikum, moga sahabat-sahabat, saudara saudari dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.
~SaLaM rAmAdHaN 16~
Alhamdulillah kita ditemukan juga dengan dengan bulan yang mulia lagi penuh keberkatan, iaitu bulan RAMADHAN. Mudah-mudahan kita akan ketemu juga rahsia disebalik Ramadhan kali ini yang sudah pasti menjanjikan segala ganjaran yang berlipat ganda dari bulan-bulan yang lain. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Jangan biarkan Ramadhan yang masih berbaki ini berlalu begitu sahaja tanpa rahmat, keampunan dan keberkatan dariNya.

Ramadhan kali ini

Penuh pengharapan
Akan kutemu bulan mulia ini
Yang menghimpun sejuta keberkatan
Agar ramadhan yang ku lalui ini
Memberi satu harapan
Dan wajah baru dalam kehidupanku.

Sudah tentu pelbagai persiapan telah dilakukan dan pelbagal target telah tercipta untuk menghadapi bulan ini, semoga kita berjaya melaksanakan segalanya dan sedaya upaya cuba melawan segala nafsu yang memberontak dalam diri agar mudah untuk kita mencapai segala target kita. "Kerana bulan ini adalah peluang terbuka luas-luas hanya kepada sesiapa yang bekehendak padanya, Ayuh rebut segala tawaran dan ganjaran".

Mutiara kata Ramadhan:
  1. Salam and welcome to muhasabah Ramadhan Analysis!
    Enter Password: "TAHAJUD" access denied!
    Enter Again: "QURAN" Identifiying... Access Granted!
    Enter Recited Pages everyday: (enter by yourself) 1page? 3? 5? 1/2 juzu', 1juzu' or more?
    Prophet SAW likes to recite quran after subuh till the sunrise. So, Try to recite Quran after subuh instead of sleeping! Try and keep trying!
    Exit: "RAMADHAN KAREEM, RAMADHAN MUBARAK"

  2. Perkataan yang cantik "Allah", lagu yang merdu "Azan", Novel yang menarik "Al-Quran", senaman yang baik "Sembahyang", Diet yang mujarab adalah "PUASA".

  3. Jika semua harta adalah racun, maka zakatlah penawarnya, jika seluruh hidup adalah dosa, maka taubatlah ubatnya, jika seluruh hari adalah nista, maka jumaatlah penyuciannya, jika seluruh bulan adalah noda, maka Ramadhanlah pemutihnya.

  4. Sentiasalah SETTING Niat kerana Allah, UPGRADE Iman dengan istiqamah, DOWNLOAD Sabar tika berpuasa, UPLOAD Usaha menambah amalan, DELETE dosa-dosa lalu, UPDATE Doa' setiap hari, TOPUP Ilmu dan amal, supaya kita dapat REDEEM pahala banyak-banyak dibulan mulia ini.

  5. Apakah bukti aku merindui Ramadhan?
    Apakah yang telah aku dapati setelah bertahun melalui Ramadhan?
    Apakaha aku ini maksum sehingga membiarkan Ramadhan bulan magrifah berlalu begitu sahaja? Siapakah aku disisinya yang Maha Penyanyang? Apakah aku tergolong dalam hambaNya yang bersyukur? Ya Allah, bantulah kami untuk meningkatkan amalan kami pada ramadhan kali ini dan moga kami menjadi hambaMu yang bertaqwa. Ameen

  6. Datangnya membawa seribu erti, bersama Rahmat dan NurKasih Ilahi, semailah dan suburkanlah ia dengan benih Iman dan Taqwa. Janganlah ia dicemari dosa noda dan nafsu amarah, hiasilah ia dengan amalan mulia lagi terpuji agar Ramadhan kita kali ini tidak sia-sia dan menjadi titik perubahan kearah hidup yang lebih bahagia dan diredhai sebagia hambaNya yang kerdil lagi hina diatas muka bumi ini.
Kata-kata diatas adalah sebahagian sms yang dapat dikongsi bersama.

"Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kerana IMAN dan MENGHARAPKAN PAHALA (REDHA ALLAH), maka diampunkan dosa-doanya yang lalu" (HR. Baihaqi)

Sabda Rasullah SAW,
~Amat sia-sia dan rugi bagi sesiapa yang melalui Ramadhan namun tidak mendapat keampunan~

Dari Ibnu Umar RA, Katanya Rasulullah SAW bersabda: "Carilah malam qadar itu pada sepuluh malam akhir bulan Ramadhan. Jika kamu lelah, maka janganlah dilewatkan pada tujuh malam yang masih tinggal." (HR Muslim)

~Guna masa sebentar sebelum bersahur untuk sujud kepadanya walaupun hanya Dua Rakaat, moga kita menemui sesuatu pada Ramadhan kali ini~

::Muhasabah Ramadhan bersama::

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu.Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan. (Imam Hassan Al-Basri)

~Mencari Sinar disebalik keberkatan LAILATULQADAR~

Monday, July 25, 2011

Cinta Suci


Assalamualaikum.. syaaban menanti pengakhiran, mudah-mudahan Ramadhan sudi menjemputku setelah Syaaban menghantarku.. Menghitung detik Ramadhan mulia, tambahan pulak, Ramadhan kali ni, InsyaAllah adalah full ramadhan, sebulan berpuasa dirumah setelah setiap kali puasa sejak 9 tahun setiap ramadhan, 30hari tu dibahagikan pula berbuka dihostel bersama teman-teman dan dirumah. Sudah lama merindui detik berpuasa dirumah. InsyaAllah, moga sempat ku bertemu Ramadhan kali ini. 5hari lagi. Bila kat rumah takyah nak pk study ka apa. Tarawih tahun ni insyaAllah penuh bukan 8 lagi insyaAllah. Target ramadhan kali ini mudah-mudahan berjaya.. Chaiyok2~

Ehhhh mukhadimah Ramadhan tapi sebenarnya nak cakap pasai Cinta. Muhasabah dalam cinta.
Hari ni adalah hari jiwang sedunia. Sila layan plez jiwang saya ok.

Cinta adalah fitrah insani, yang perasaan itu hadir atas kurniaan Ilahi. Cinta ini suci lagi murni sebenarnya. Apa yang difahami dengan cinta adalah perasaan kasih sayang, rindu-rinduan, kasih mengasihani. Cinta antara keluarga, ayah dan bonda, adik beradik. cinta kepada sahabat. Semua ini perasaan kasih sayang yang suci lagi abadi ini terjalin atas dasar kerana Allah. Dari situ barulah lahirnya keberkatan cinta yang sebenarnya.

Dalam sebuah hadis qudsi Allah swt berfirman :

“KecintaanKu pasti akan diberikan kepada orang-orang yang saling mencintai keranaKu, KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling mengunjungi keranaKu, KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling memberi keranaKu, KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling menjalin persaudaraan keranaKu” (Riyadhus Salihin)

Tapi sekarang ini lain jadinya. Cinta lelaki dan perempuan yang tanpa ikatan, seolah-olah trend, sudah menjadi perkara biasa bagi muda mudi. Yakinilah wahai saudaraku semua itu adalah cinta berdasarkan nafsu semata-mata. Mungkin juga ujian buat kita sebagai hambanya. Jika kita mahukan hubungan itu mendapat keberkatan, cepat-cepatlah sambutnya dengan akad yang suci semoga cinta kita tidak dirosakkan lagi merosakkan. fikir-fikirkan dan sama-sam buat renungkan. Jom kita baca luahan seorang sahabat yang memutuskan hubungan yang disebut kapel demi meraih redha dan cinta Ilahi.

Luahan seorang sahabatku,
seorang muslimah yang pernah mengecewakan insan yang mencintainya.

Kepada si dia, Aku hanya insan biasa, aku tidak sempurna, aku juga pernah melakukan kesilapan lagi banyak dosa. Aku tahu kita pernah keluar bersama walaupun bersama teman-teman. Tapi aku baru mengerti. itu semua rontaan nafsu dan hasutan durjana, Kita jahil dan kita masih lemah iman. tapi kita mampu berfikir sebenarnya. Aku melakukan itu (putus) kerana aku kasih kepadamu sahabatku, jua kerana aku takut kepada Dia. Aku teringat pada dosa pahala, syurga neraka. bukan niatku untuk menghancurkan perasaan dan kasih sayangmu.

Biarlah dosa semalam kita basuhkan dengan sujud taubat kepadaNya. Kerana Dialah yang Maha Mengerti apa yang berlaku sebenarnya dan tahu apa segala isi hati kecilku, walaupun tak mampu aku luahkan semua kepadamu. Mungkin saja kata-kataku menusuk tajam kepadamu, tapi anggaplah kita tiada ada jodoh mungkin.

Aku mahu kau jadi lelaki yang soleh, yang mempunyai matlamat hidup yang jelas, yang tahu membezakan yang mana betul dan mana yang salah, mahu mengejar amal kebaikan hidup di dunia hanya kepadaNya, bukan dengan membuang masa denganku, membuang kredit topupmu untuk aku, juga dengan hadiah-hadiah untukku. aku tidak mahu semua itu. Aku menyesal atas apa yang berlaku. Memang asyik bercinta terkadang lupa padanya. Azab sebenarnya,pedih jika kita nampak dosa dan neraka, panas tidak terkira. Aku tidak mahu lagi kita terbuai dek perasaan itu. Aku mahu kita jadi hamba yang soleh lagi beriman kepadaNya. InsyaAllah, semoga Allah pengukir perjalanan lurusNya buat kita. Ameen.

Ada juga kita pernah bincang cinta islamik. huh tidak mungkin. Kerana disebalik itu mesti ada dosa juga akhirnya. Aku tidak mahu. Biarlah masa menentukan segalanya. Andai ada jodoh, kita akan disatukan. Jika ada muslimah yang lebih baik dariku. Terimalah dia.

Mungkin juga, ikatan yang terbina dahulunya sebagai ujian atas kasih sayang Allah kepada kita. Kerana mahu kita menilai kasih sayang dan cinta kita kepadaNya. Dan itulah yang paling mutlak sebenarnya. Bagiku, cintaku pada suamiku kelak adalah cinta suciku kerana akad itu atas namaNya. Dan aku berjanji akan mengutip segala corak kehidupan baruku sebaiknya berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah dan moga aku dipertemukan suamiku atas dasar cinta dan perjuangan keranaNya. Aku yakin jika umurku panjang, jari manisku akan disarungkan cincin kasih sayang dari suamiKu. Aku tahu agak sukar, tapi aku tahu Dialah yang mengaturkan perjalanan hidup kita selama ini. KepadaNya tempat aku bergantung dan memohon pertolangan dan Hanya kepadaNya aku berserah.

Dan aku doakan kamu juga akan berjaya mengukir perjalanan hidupmu dengan penuh bersemangat kerana Dia ada disisi kita tiap saat dan ketika. Maafkanku. Lupakanku. Kerana itulah yang terbaik buat kita. Berdoalah moga dipertemukan jodoh yang baik. InsyaAllah

"Allah telah mentakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita, kita hanya merancang walhal Dialah menentukan setiap takdir itu yang merupakan sesuatu yang terbaik buat kita, Dan kita kena yakin kerana setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya, Yakinlah"
Muslimah yang Tagih CINTA SUCI


"Mungkin Dia menemukan orang yang salah sebelum kita bertemu yang sebenarnya itu mungkin atas bertujuan untuk berkenalan, bersilaturahim. Agar kita sedar bahawa beruntungnya kita ataupun beruntungnya kita punya kenangan untuk dicipta. Agar kita mengerti hidup ini penuh onak duri. Ataupun rendahnya kita berbanding manusia lain, untuk kita berlumba-lumba menggapai taqwa tanpa membeza-bezakan, kerana setiap manusia yang kita temu itu tentunya memberi sesuatu makna kepada kehidupan kita"

Enjoy this video too: KernaNya Aku Menolakmu

~Cinta itu tidak salah, tapi cara itu yang salah~

Tuesday, July 19, 2011

Sinaran Bahagia


Kebahagiaan itu suatu kedamaian
suatu keindahan
suatu kegembiraan
dan jua suatu kenikmatan

Alangkah baiknya jika
Bahagia dikongsi bersama
keluarga, sahabat, teman taulan
Agar semua akrab talinya

Sinaran itu ada kerlipnya
Saat suka tika hiba
Nikmat itu pemberianyang Esa
Bersyukurlah atas segalanya

Jangan pula gembira tanpa
menghadirkan hati kepadaNya
Mengingati lantas sujud menghadapNya
Mengingatinya wajarsaat suka dan duka

Kerana Dialah pengatur sebaik-baik perjalanan kehidupan kita
Baik tika suka dan duka
Sinaran bahagia adalah sebahagian duka
jika kita tidak mengenal siapa pemberinya

Bersyukurlah jika ada bahagia
dan Bersabarlah jika ada sengsara
Kerana diakhirnya kita akan mengerti
segala apa yang ditakdirkanNya

Kekuatan diri dasarnya akhlak mulia
yang letaknya pada hiasan TAQWA
Kekuatan rohani dasarnya adalah IMAN
yang letaknya dilubuk hati

Kekuatan ini adalah kunci kebahagiaan hakiki
lagi kekal abadi

::iman_nur 190711 1258::

Firman Allah Taala,

"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah s.w.t dan berimanlah kepada Rasulnya, Pasti (Allah) memberikan dua kali ganda rahmatNya, Dan menjadikan bagi kamu
cahaya untuk kamu pakai berjalan (hidup diatas bumi)dan Dia akan mengampuni kamu.
Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Menyayang.
(Al-Hadid:28)

::muhasabah bersama::

~Berbahagialah hidup orang yang beriman lagi bertaqwa~

Sunday, July 10, 2011

Bersih 2.0



"Anak muda usah menjadi orang jahil, kaji, kaji dan terus gali, bukan menentang sambrono sahaja" status fb kak Elany Yahya

baik akak! hehehe

Saya tak salah kan siapa-siapa. Saya ada juga mengikuti perkembangan BERSIH ni, tetapi tiba saat yang ditunggu-tunggu, diri pula tidak sihat, apakan daya. Takpa la, perkara sudah lepas. Bagi siapa yang dapat pergi, mungkin satu pengembaraan yang tak mungkin dapat dilupakan, Biar apa halangan, cubaan, demi perjuangan dalam mencapai demokrasi yang adil lagi bersih, mereka semua sedia bersatu hati. Biar difitnah, dilemparkan tuduhan serta ditangkap. Perjuangan pada mereka perlu diteruskan.

Alhamdulillah pada dasarnya kita lihat negara kita sudah berada dalam keadaan aman, tapi tiada siapa yang tahu, corak pimpinan negara kita. Biarlah apa pun yang mereka lakukan pasti akan mendapat balasan jua ganjaran jika kebaikan yang mereka lakukan.

Apabila berbicara mengenai ciri kepimpinan dari seorang pemimpin dari perspektif islam, makaia tidak dapat lari daripada prinsip kepimpinan dalam Islam. Iaitu kita semua adalah pemimpin,dan setiap daripada kita akan dipersoalkan di akhirat kelak atas apa yang dilakukan atas kepimpinan kita. Bukan itu sahaja kita juga akan dipersoalkan mengenai siapa yang kita pilih dan dijadikan panduan sebagai pemimpin.

Firman Allah bermaksud: "Dan Allah telah melantik kamu sebagai khalifah diatas muka bumi, maka Dia akan melihat apakah yang kamu kerjakan." (AL-A'ARAF: 129)

Ini disokong oleh hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud : " Setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap pemimpin akan disoal mengenai apayang dipimpinnya."


Mengenai tuntutan BERSIH kali ini ada baiknya.Mengapa mereka tidak hanya menggunakan parlimen? Mungkin juga perkara ini sudah berkali-kali dibentangkan? Mungkin. Dan mungkin juga disebabkan itu mereka masu bangkit bersama-sama rakyat sama-sama menyokong apa yang mereka nakubah. Kita dapat lihat dalam perhimpunan bersih, beribu-ribu oarang ramai dan mungkin juga mencecah jutaan mungkin yang sanggup turun dari serata pelusuk tanah air. Mereka juga yang mahukan keadilan dan perubahan. Tuntutan ini bukan sahaja untukparti-parti yang akan bertanding malahan dasarnya adalah untuk kebaikan rakyat juga sebenarnya.

Media digunakan untuk menyampai berita-berita yang benar, Sangat sedih sebenarnya, perhimpunan sebegini boleh dilakukan dalam akta malaysia, iaitu boleh mengajurkan perhimpunan secara aman. Bagaimanapun, akibat tidak disahkan ia menjadi haram? mengapa tidak boleh? Mengapa? Tidak bolehkah pihak polis hanya menjaga dan mendengar, tidak perlulah melancarkan semburan yang menyebabkan kekecohan yang terjadi sebenarnya. Sebenarnya tiada apa yang akan berlaku jika semua pihak berlapang dada dan bertolak ansur. Disebabkan permulaan yang tidak disahkan, jadi beginilah, Niat mereka hanya satu BERSIH!!

Kita perlu membuka minda agar kita dapat membezakan yang mana benar dan yang mana palsu. Sudah jelas dan makin jelas sebenarnya, tiada siapa mampu mengubahnya melainkan kita. Mungkin diri ini terlalu muda untuk bercakap soal politik, semakin hari semakin dewasa mungkin dan hidup ini dari dulu hingga sekarang membesar dalam politik dan sudah lama terdedah dengan politik kehidupan.

Dan disini juga, saya bercakap bukan dasar emosi tapi semuanya ini ada luahan dari sudut pandangan peribadi. Biarlah Allah yang tentukan dan Dia tahu yang mana lebih baik. Yang pasti kemenangan itu pasti, bersabarlah diatas jalanNya. Kepada semua yang terlibat dalam perhimpanan semalam, anda semua terbaik, biarlah apa orang nak kata, tapi kita tahu matlamat kita, DAULAH ISLAMIAH!!

~Perjuangan perlu diteruskan~

Ujian Hidup


Assalamualaikum, lama tak update, kepada yang menunggu post dari blog ini, terima kasih saya ucapkan, terharu~ ada ka yang menanti-nanti post dari saya ni? terfikir sejenak.. Alhamdulillah moga apa yang saya kongsikan dimedium ini dapat memberi manfaat, motivasi dan teladan buat semua. Terima kasih tidak terhingga kepada siapa yang sudi menjengok blog saya yang tak seberapa ni dan masih banyak yang perlu saya perbaiki sebenarnya. Sebagai refreshment, saya ingin kongsikan satu nasyid atau lagu dari Imam Muda session 1, IM Asyraf, IM Aran, IM Nuri, IM Abe Syara dan IM Azhar, lirik dan lagu ni ciptaan sepenuhnya KRU, Edry Abdul Halim. Macam lagu HambaMU tu. I like~ Jom kita hayati bait-bait lagu ni, semoga kita sentiasa tabah dan bersemangat serta termuhasabah tatkala mendengar lagu ni, InsyaAllah. Kalu nak dengar boleh jugak ke blog Sekadar Gadis Biasa~ Mai-mai kita sama-sama hayati ya (^_^)

Ketika hidupku tertekan
Mengaburi pedoman
KepadaNya akan ku pergi
Untuk mencari bimbingan

Kuserah takdir ditanganNya
Mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Kutabah menerima kerana

Walaupun tak dikurnia kemasyhuran
Walaupun tak dilimpah kemewahan
Hatiku tetap akan memujiMu
NamaMu selalu Ya Rabbi

Walaupun tak diberi kemakmuran
Akanku memanjangkan kesabaran
Kutetap syukur pada Ilahi
Kerana mengurniakan nyawa ini

Dia dihatiku selalu
Memberikanku petunjuk
Apabila pemandangan samar

Biarpun hidup digoda
Ujian pancaroba
Pastikan ada hikmah di akhirnya

Macam mana lagu ni? bestkan? dapat saya disimpulkan disini, Alhamdulillah kita diberi peluang oleh Allah Taala masih menghirup udaranya, walaupu kita senantiasa diuji oleh kehidupan yang semakin hari semakin mencabar, atas dasar nikmat iman, islam dalam memperjuangkan matlamat kehidupan ini. Alangkah baiknya jika kita semua menerima semua ujian itu dengan penuh kesabaran dan bertawakal kepadanya kerana pasti ada hikmah sebalik semua itu.

Jika Allah menguji tandanya dia sayangkan kita. Jika kita bersabar, kita akan rasa lebih dekat denganNya. Apa-apapun kembalilah kepada Tuhan disaat susah senang kerana dialah yang lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.


"Hai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah, supaya kamu berjaya"
(ALI-IMRAN:200)


~Sabar itu sebahagian daripada IMAN, nak jadi orang yang beriman kena bersabar~