Tuesday, September 20, 2011

Semester Ini

Assalamualaikum w.b.t

~Jatuh cinta kerana telah bertemu sesuatu disemester ini. Begitu teruja dan akan lebih teruja jika ianya menjadi kenyataan~
::Perkenankanlah Wahai Tuhanku yang ESA lagi Maha Berkuasa::


Alhamdulillah dalam kesibukan status sebagai seorang student telah pun menjelma sejak 12hb September yang lalu. (BUSY LA SANGAT!!) "mata keatas tangan dibahu" hihi Tapi tetap diberi ruang untuk membuka blog disesawang ini. Nasib blog tak dak lelabah ja.. kalu takkkkkk...hehehe ^^

Dan alhamdulillah, dengan sedikit ruang yang ada ini, dapat juga mencoret sedikit kata-kata dan luahan setelah sekian lama hanya merendam dalam hati ini (awat jiwang taw ayat-ayat lani) haaaa dah tak lambat la tu kan?.. no body know, only Him know. Saya pun sedang menghitung detik-detik dimana segenggam ijazah ditangan. InsyaAllah that time. and it will come if I'am still keep writing in this blog. InsyaAllah pray for me okay?? =)

Actually I just want to share something.. Amboi speaking la plak..
Dalam menuntut ilmu kita perlulah istiqamah dan senantiasa perlu mencari dan bersyukur agar ilmu yang kita dapat itu bermanfaat untuk kita pada hari ini, esok dan masa depan kita.
Alhamdulillah sepanjang kehidupan yang telah tercoret ini, yang jua makin mematangkan diri ini, saya telah pun bertemu apa yang saya inginkan. "Salam penuh penghayatan lagi penuh kesyukuran" hanya kupanjatkan kepadaNya kerana Dialah yang mencorakkan kehidupan ini dan diri ini hanyalah cuba melakarnya agar lukisan kehidupan ini kian menjadi indah bak pelangi selepas hujan reda =). Dan ku bermohon padaNya agar jangan sesekali ditarik apa yang telah Dia berikan padaku sepanjang kehidupanku sekarang ini dan semoga diri ini juga tidak akan pernah tewas dalam kehidupan dunia penuh pancaroba ini.
Alhamdulillah yang tidak terhingga jua kerana Dia telah memudahkan aku dalam sebarang tindakkan kerana kutahu setiap yang berlaku, pasti dan pasti ada hikmah disebaliknya. Tetapi yang penting letakkan kesabaran dalam diri "LA TAHZAN" dalam setiap ujian yang menimpa diri.
Semester 1 2011/2012 telah bermula dan kini diri ini telah berada pada tahun 2 semester 2, dan hanya tinggal beberapa semester lagi. Sem ini just ambik 6 subjek.
I
I
I
V
  • Financial Management 2
  • Managerial Economics
  • Malaysian Business Law
  • Organizational Behaviour
  • Business Ethics
  • Bahasa Melayu Komunikasi Perniagaan
  • Family Management
Semoga aku dapat dihadam dan disemat dalam minda dan hati ini segala apa yang dipelajaran di sem ini.
Dan mudah-mudahan segala proses pembelajaranku dan segala tindakanku dipermudahkanNya. Ameen.
KEKUATAN MENANTI

Diri ini perlu KUAT
kuat menimba ilmu
kuat mental fizikal
Kuat melawan nafsu
Kuat segala-galanya

Diri ini perlu SEMANGAT
Semangat untuk berjuang
Semangat untuk belajar
Semangat untuk bergerak kerja
Semangat untuk segala-galanya

Diri ini perlu OPTIMIS
Optimis dalam menuntut ilmu
Optimis dalam masa
Optimis pada ibadah

Kekuatan itu pada Ilahi
Aku menyeru dengan doaku
Agar Engkau berikan aku secebis sinar harapan
Agar kekuatan yang kunanti
menjelma kedalam jasad dan jiwa ini

::iman_nur::
~20092011 1228pm~

No comments:

Post a Comment