Wednesday, November 23, 2011

ISU DTE: SOLAT


MASA UNTUK TURUN KE BUMI 
(DOWN TO THE EARTH)

*23/11/2011

*Sesungguhnya benar, YA HARI INI (RABU)

*BERKUMPUL DI BAS STOP KAED

*5.30 Petang


Jom la reremai memeriah kan DTE ini.
Jangan lepaskan peluang mengajak orang kearah kebaikan.
~GRAB THIS GREAT OPPORTUNITY~

P/S: Jangan lupa tukar profile picture untuk menunjukkan tanda sokongan anda.
SAY YES TO DAKWAH!!







TAZKIRAH:


BAGAIMANA SOLAT PARA SAHABAT  YA?

Mujahid r.a meriwayatkan keadaan Abu Bakar r.a dan ‘Abdullah Bin Zubair r.a’ bahawa apabila mereka berdiri seolah-seolah sebatang kayu yang terpacak. [Tarikh Khulafa’] Iaitu tidak ada sebarang pergerakan langsung. Seseorang telah berkata, “apabila ‘ Abdullah bin Zubair r.anhuma bersujud, sujud beliau begitu lama dan beliau langsung tidak bergerak-gerak sehingga burung-burung datang hinggap di belakang beliau. Kadang-kadang beliau rukuk begitu panjang. Ada kalanya seluruh malam hingga ke subuh beliau habiskan hanya dalam rukuk. Kadang-kadang beliau sujud sehingga seluruh malam berlalu.

‘Umar r.a telah ditikam dengan pisau bermata dua yang menyebabkan beliau meninggal dunia. Sungguhpun darah sentiasa mengalir dan beliau kerapkali tidak sedarkan diri pada saat-saat akhir hayat beliau, namun dalam keadaan itu pun apabila diperingatkan tentang solah, beliau terus mengerjakan solah dan berkata,”Tiada bahagian dalam Islam bagi seseorang yang meninggalkan solah.”

‘Uthman r.a akan berjaga sepanjang malam dan akan mengkhatamkan seluruh al-Quran dalam satu rakaat solah.

‘Ali r.a pula, apabila menjelang waktu solah badan beliau akan menggigil dan wajah beliau akan menjadi pucat. Seseorang telah bertanya apakah yang menyebabkan berlaku demikian? Beliau menjawab, “Telah tiba masa untuk menunaikan satu amanah yang Allah s.w.t telah tawarkan kepada langit,bumi dan bukit-bukau,tetapi saya telah menanggung amanah itu.”

Seorang telah bertanya kepada Hatim Asom r.a perihal solah beliau. Beliau menjawab, “ Apabila tiba waktu solah,setelah berwudhu’ aku akan pergi ke tempat solah.Aku akan duduk seketika sehingga seluruh badan aku tenang.Kemudian aku akan berdiri untuk bersolah dengan membayangkan bahawa Baitullah di hadapan mataku,jambatan sirat di bawah kakiku,syurga di kananku dan neraka dikiriku serta Malaikat Maut sedang berdiri di belakangku. Aku menganggap inilah solahku yang terakhir. Selepas itu aku akan tunaikan solah dengan penuh khusyuk dan khuduk.Kemudian aku akan berada dalam keadaan pengharapan dan ketakutan. Tidak diketahui sama solahku itu diterima atau tidak.
                                                                                                       ( IHYA’ ‘ULUMUDDIN)


Kelebihan-kelebihan solah berjemaah :
*Diriwayatkan daripada ‘Abdullah bin ‘Umar r.anhuma bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :    “Sesungguhnya solah berjemaah 27 kali ganda lebih afdal daripada solah bersendirian.”
                                                                           (Hadith riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim)

*Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “ Seseorang yang berwudhuk dengan sempurna lalu pergi (ke masjid untuk solah berjemaah) lalu mendapati orang ramai telah selesai solah berjemaah, Allah s.w.t akan memberi kepadanya ganjaran pahala yang sama sebagaimana mereka yang telah solah berjemaah,tanpa mengurangkan sedikitpun daripada pahala mereka.”
                                                                         (Hadith riwayat Imam Abu Daud,Nasai dan Hakim)


JOM SOLAT JEMAAH

Kelebihan-kelebihan solah berjemaah :


*Diriwayatkan daripada ‘Abdullah bin ‘Umar r.anhuma bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :    “Sesungguhnya solah berjemaah 27 kali ganda lebih afdal daripada solah bersendirian.”

                                                                           (Hadith riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim)



*Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “ Seseorang yang berwudhuk dengan sempurna lalu pergi (ke masjid untuk solah berjemaah) lalu mendapati orang ramai telah selesai solah berjemaah, Allah s.w.t akan memberi kepadanya ganjaran pahala yang sama sebagaimana mereka yang telah solah berjemaah,tanpa mengurangkan sedikitpun daripada pahala mereka.”
                                                                         (Hadith riwayat Imam Abu Daud,Nasai dan Hakim)



Peringatan kerana meninggalkan solah berjemaah :

*Diriwayatkan daripada Mu’az bin Anas r.s daripada Rasulullah s.a.w bahawa Baginda telah bersabda : “Sungguh-sungguh zalim,kufur dan nifaq mereka  yang mendengar penyeru Allah s.w.t yakni muazzin kepada solah tetapi mereka tidak pergi menyertai solah berjemaah.”
                                                                           (Hadith riwayat Imam Ahmad dan Tabarani)

Via : MARUF CLUB





No comments:

Post a Comment