Friday, December 2, 2011

Hadiah Untukmu

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi hingga ke hari ini, diri ini masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup udara segar dan melihat keindahan ciptaanNya. Tiada kata yang dapat kugambarkan melainkan Alhamdulillah, sujud syukur ku setiap hari tanda terima kasihku padaMu.

Last week, Alhamdulillah tanpa diduga kad saya terpilih diantara yang tercantik dan menerima hadiah dari madam, huhu sungguh terharu, kesusahan kemarin dibalas dengan kegembiraan. Ada 6 orang yang mendapat hadiah dari madam, 2 lelaki dan 4 perempuan. huh sungguh tak percaya kad lelaki sangat cantik. Beriben-riben lagi. Kreatif juga. Bak kata madam juga, dah terbukti apa yang saya katakan, lelaki uga kreatif dan hadiah ini tanda saya ingin membalas kerja kamu yang bertungkus lumus itu. "Aikkk, tahu plak madam aku tak tidur malam". Tapi fikir-fikir balik, bukan madam yang nak bagi tapi Allah yang mengilhamkan kepada madam, hehehe ^_^

Jadi saya terfikir, tidak perlu ragu lagi kerna Allah mengetahui segala perkerjaan kita, apa yang kita buat ikhlas atau tidak. Hadiah itu tidak perlu kisah sangat kerana ia mungkin dapat segera dan mungkin juga lambat. Macam tu jugak la pemberian Allah Taala kepada kita, barang siapa yang berusaha dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa, nescaya dia akan menganugerahkan kita pahala yang besar disisinya. Kita tak perlu meminta-minta tetapi sentiasa berdoa berharap agar segala penat lelah kita mendapat keredhaan dan rahmat dariNya. =)

Cubalah untuk menerima dan redha terhadap apa yang ditakdirkan oleh Allah kerana Allah itu Maha Adil dan tidak mungkin melakukan kezaliman terhadap makhlukNya. Apa yangb ditentukan kepada manusia di luar dari pilihan manusia adalh kebijaksanaan dan keadilan Allah. Ada sesuatu hikmah disebalik ketentuan itu. Mungkin apa yang kita rasa baik sebenarnya adalah buruk bagi kita dan yang buruk itu sebenarnya baik bagi kita. Allah lebih mengetahui apa yang tidak ketahui. So, BE POSITIVE!!

Jadi, ada sebab kenapa apa yang kita impikan belum kita perolehi, bersabarlah!! Mungkin sebab kita terlalu leka urusan dunia hingga terkadang lupa padanya, Mungkin juga kita sering melengahkan kewajiban  kita kepadaNya atau Dia hanya meguji kita sebagai hambaNya. Dan jika Dia memberikan segala yang kita impikan itu juga merupakan  ujian buat kita, untuk melihat adakah kita seorang yang bersyukur ataupun terus alpa leka bila mendapat kesenangan.

 Jadi disini kita boleh berfikir sebenarnya, kita akan dapat apa yang kita impikan, jika kita senantiasa berdoa dan bersabardan terus bersabar kerana disitula kita akan rasa kemanisannya jika kita mendapatkan sesuatu yang diidamkan. Dan yakinlah  Allah akan sentiasa menguji tahap keimanan dan ketaqwaan kita terhadapNya dalam apa keadaan pun =).

Saya sentiasa mengimpikan kehidupan yang baik dan semoga jalan hidup yang dipilih ini merupakan jalan yang terbaik menuju Ilahi. Saya sentiasa mengharapkan diri ini sentiasa kuat dan tabah dalam menghadapi sebarang keadaan didunia penuh pancarobani ini, iaitu DUNIA AKHIR ZAMAN, ya zaman yang kita sedang lalui ini. Dan saya sangat takut menghadapi nerakaNya itu yang penuh azab itu. Apakah nasib saya nanti, merasa takut dan terfikir juga adakah diri ini layak menghuni Syurganya. Diri ini bukanlah baik, banyak, banyak, dan banyak sangat kekurangannya. (T_T)

Tetapi apa yang saya tahu, hidup perlu diteruskan, bersahabat dengan mereka-mereka yang dapat membawa diri kita kepadaNya, sahabat-sahabat yang sentiasa mengingatkan kita kepadaNya. Disamping terus menimba ilmu sebanyak mungkin. Motivasi diri yang tinggi dan bersikap positif amatlah perlu kerana itulah kekuatan yang Allah kurniakan buat hambanya yang sentiasa berfikir. Dan jangan sesekali berputus asa dengan rahmatNya. Kerana Dia sentiasa ada bersama-sama kita, cuma terkadang kitalah yang selalu melupakanNya. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-hambaNya.

Dan itulah hadiah terbesar buat kita. SYURGA bagi mereka yang beriman denganNya. Apakah kita berpeluang?? Adakah kita akan menghuni Syurga itu? Semuanya berbalik pada diri masing-masing. Tanya iman masing-masaing. Salam Muhasabah!!

~Baiki Diri, Tingkatkan Rohani~




No comments:

Post a Comment