Saturday, December 31, 2011

::SaYu HaTi iNi::


Munajat Seorang Hamba
Album : Cahya Ilahi

Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com

Dikala malam sunyi sepi 
Bani insan tenggelam dalam mimpi 
Musafir yang malangini pergi membasuh diri 
Untuk mengadap mu oh tuhan 

Lemah lutut ku berdiri 
Di hadapan mu tangisanku keharuan 
Hamba yang lemah serta hina 
Engkau terima jua mendekati 
Bersimpuh dibawah duli kebesaran-Mu 

Tuhan hamba belum pasti 
Bagaimana penerimaanmu 
Dikala mendengar pengaduanku 
Ku yakin kau tak mungkiri 
Dalam wahyu yang Kau nuzulkan 
Kau berjanji menerima pengaduanku 


Dan Kau berjanji sudi mengampunkan ku 
Dari segala dosa yangku lakukan 

Ampunan mu tuhan 
Lebih besar dari kesalahan insan 
Hamba yakin pada keampunanmu tuhan 
Bukan tidak redha dengan ujian 
Cuma hendak mengadu pada mu 
Tempat hamba kembali nanti di sana

Lagu yang begitu menusuk hati ini, syahdu ja. Bila dengar begitu kerdilnya kita dan hanya kepada Dialah mengadu. Dialah tempat kita bergantung dan mengadu selalu.

Ya Allah kuatkanlah hati ini menujuMu dan moga diri ini sentiasa istiqamah dijalan ini Ya Allah. Aku tahu banyaknya dosaku tetapi aku tahu yang Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pengasih. Hamba tagih kasih dan sayangMu.

~Insan biasa menuju Ilahi~

No comments:

Post a Comment