Saturday, December 3, 2011

Stress ka?

Sahabatku,
Aku tahu kau menderita,
Aku mengerti kau sengsara,
Aku fahami kau merana

Namun apa yang aku mampu

Bila kau kata kau menderita,
Aku berdoa agar kau terus tabah

Bila kau kata kau sengsara,
Aku berdoa moga kau terus gagah

Bila kau kata kau merana
Aku berdoa harap kau tidak terus mengalah

Doaku tidak akan pernah putus agar,
moga dan harap keu terus diberikan kesempatan demi kesempatan

Puisi dari Dari Sufi
Karangan: Siti MunaZakiah

Kenapa saya post puisi ni sebab saya sedang merasai yang sahabat-sahabat saya sedang bertungkus lumus menyiapkan assignment masing-masing dan sedang menghitung detik final exam yang bakal kunjung tiba di penghujung bulan ini. Mungkin ada yang mengalami stress disebabkan kekusutan memikirkan segala macam hal dan keadaan mereke.

Bersabarlah dan cubalah pujuk diri masing-masing dengan ayat ini:

"...Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah:286)

Cuba buat satu persatu dengan tenang dan jangan campur adukkan. Listkan dahulu mengikut keutamaan. InsyaAllah sama-sama kita cuba praktikkan. Berkenaan Final Exam pula, sekarang ni dah boleh kita plankan jadual study mengikut tarikh exam, subjek membaca dan mengira. Cuba buat jadual mengikut keupayaan masing-masing. We must start from now. InsyaAllah semoga Allah Talla memberikan kemudahan buat kita semua.
SAY NO TO STRESS!!!

~Planning is important BUT Praying is the MOST important~

No comments:

Post a Comment