Wednesday, March 14, 2012

Di HaRi iNi

Assalamualaikum w.b.t (^_^)



DOA AGAR MENSYUKURI NIKMAT ALLAH


Kami (Allah) mewasiatkan kepada manusia supaya dengan kedua-dua ibu bapanya, hendaklah berbuat baik. Ibunya mengandungkannya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah. Dan mengandungkannya dan memisahkan (susuan) adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia mencapai dewasa dan mencapai empat puluh tahun dia berkata:


 "Rabbi (wahai Tuhanku)! Tunjukilah daku untuk mensyukuri nikmat Engkau (Allah) yang telah Engkau (Allah) berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku berbuat amal yang salih yang Engkau (Allah) redai, dan perbaikilah bagiku pada keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau (Allah), dan sesungguhnya aku daripada golongan Muslimin (orang yang berserah diri).”
(Surah Al-Ahqaf:15)

Sangat merindui untuk pengupdate blog ini. Alhamdulillah hari ini aku masih lagi bernafas dan hari ini juga bertambah lagi umurku. Sudah 22 tahun aku diberi peluang oleh Allah Taala untuk menghuni dunia indah ciptaanNya, Masih lagi bernyawa untuk berbuat baik kepada mama dan baba, adik-beradik, sahabat handai. Alhamdulillah infiniti kesyukuran ku lafazkan agar diri ini tidak alpa dengan segala nikmat pemberianNya buatku selama ini. =)

Dalam melayari kembara kehidupan seorang hamba telah banyak yang aku pelajari, kesenangan, ujian dan rintangan hidup. Dan ku tahu segalanya nikmat dan kesusahan hidup adalah peringatan dariNya buatku sebagai makhluk ciptaanNya. Aku yakin lagi percaya atas takdir perjalanan hidupku ini berjalan atas aturanNya. Moga sinar hidayahNya disinari dengan istiqamah dariku. Amin =)

Aku tahu masih banyak kekurangan dan kelemahan diri ini. Kita tidak pernah sempurna tapi kita perlulah berjalan menyusuri kesempurnaan. Aku juga bukanlah baik, tetapi aku cuba untuk menjadi baik. Kadang kala nafsu dalam diri membuatkan kita meronta-ronta kelemasan dan mahukan kebebasan tetapi aku sentiasa bermohon pada Allah agar menunjukkan jalan lurusNya buatku. Aku tidak pasti bagaimana pengakhiran aku kelak, bagaimana dan dimana. Aku bermohon agar aku ditetapkan iman selalu dan semoga pengakhiranku nanti dalam husnul khotimah. 

Jika berbicara soal kematian, sudah pasti, dalam ungkapan, aku masih belum bersedia. Tapi layakkah aku mempersoalkan kesediaan bagi kematian. Kematian itu pasti dan kita tidak tahu, yang kita perlu tahu apakah yang akan dibawa bertemu denganNya. ya memang menggerunkan dan menakutkan. Aku sentiasa ingin hari-hariku mengingatkan soal kematian kerana dengan mengingatinya tidak lalai dan sentiasa ingin berbuat kebaikan tapi siapalah aku hanya hambaNya yang lemah.Yang ku harapkan aku sentiasa istiqamah dalam kebaikan dan sentiasa dalam petunjukNya. Moga kesediaanku di isi dengan amal kebaikan InsyaAllah. Moga diri ini istiqamah selalu. Kuat, kuat dan kuat =) 


Ya, ini semua mungkin harapanku dalam doaku di hari ini dan pengharapanku ini hanya kepadaNya kerana Dialah tempat aku berharap dan tempat aku bergantung memohon. Syukur atas segalanya =). Mungkin orang akan kata apa-apa saja tapi bagiku Dialah penilaiku. Biarlah apa pun yang aku lakukan hanya keranaNya. Semoga aku sentiasa kuat dan dipermudahkan segala urusanku didunia ini. Mendapat kejayaan didunia dan akhirat. Amin Ya Rabbal 'Alamin =)




:: Doaku dihari ini ::

"Sesungguhnya Tuhanku, tiada yang sebenarnya yang berhak disembah melainkanNya, ke atasNya aku bertawakal, dan Dialah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung. Apa sahaja yang dikehendakiNya tentu akan berlaku, dan apa yang tidak dikehendakiNya tidak akan berlaku. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Aku bersaksi bahawa Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu dan pengetahuanNya meliputi segala sesuatu. Aku memohon perlindungan kepadaNya yang Maha Berkuasa menahan langit daripada jatuh ke atas bumi melainkan dengan izinNya, aku memohon perlindunganNya daripada kejahatan segala makhluk yang bergerak di muka bumi yang berada di bawah kuasaNya. Sungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus" (Riwayat Al-Baihaqi)


"Wahai Tuhan kami, berikanlah kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada azab api neraka" (Surah Al-Baqarah:201)

p/s: Terima kasih buat semua yang mendoakan dan meng"wish" dihari ulangtahun kelahiran.
Dan saya juga disini ingin mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat adikku, Mursyida. Dia berkongsi tarikh yang sama semasa saya berumur 7tahun lahirlah insan ini =) Semoga kakak berjaya didunia dan akhirat dan mendapat kecemerlangan dibumi Maahad Muhammadi.
Ya juga buat mereka2 yang lain yang dikenali dan tidak dikenali yang berkongsi tarikh lahir,
Happy BeSt DaY~ (^^,)

Apa ya azam untuk umur 22 tahun?? Tengah memikir, nak pandai dan rajin memasak XP

Umur tidak menjamin apa-apa, 
yang penting kita tahu matlamat dan hala tuju kita
Semoga kita semua mendapat keredhaan Allah Taala  InsyaAllah

2 comments:

  1. moga akak sntiasa dlm ksh sygNYa..
    uhibbuki fillah..^_^

    ReplyDelete
  2. Amin ya rabbal 'alamin
    Syukran dik

    Semoga Nabilah juga sentiasa dalam kasih sygNya
    Akak sayang kamu kerana Allah (^_^)

    ReplyDelete