Wednesday, July 11, 2012

::CeRiA SeLaLu::

Assalamualaikum w.b.t

Rindu sungguh rindu, mana ilham pergi? Adoi bulan 6, nothing? Tak post something? Masalah jiwa ka apa? haha XP Memang nak menulis tapi bila nak menulis ja, semua terbang, kesian. Jiwa merana sungguh! Tapi saya akan positif selalu =)

Alhamdulillah gembira dan ceria dengan rezeki dan takdir kehidupan sekarang, pra-pekerjaan. Mungkin nampak biasa dan simple tapi memang setakat ni pengalaman yang cukup bermakna buat diri sebab suasana tempat kerja yang sememangnya Islamik dan banyak yang diperlajari. Yeppy =)

Hampir sebulan praktikal di pejabat zakat. Banyak sudah yang dipelajari, kira zakat pendapatan, zakat simpanan, zakat emas, zakat perniagaan, tengok orang a'kad utk bayar zakat, memjawap persoalan tentang zakat, berkomunikasi dengan orang ramai, jawap telefon, call orang, tutup laporan harian, guna sistem maklumat zakat. huh banyak sungguh banyak la kalu nak cerita.

Alhamdulillah syukur, bila kita tengok orang susah, kita akan fikir, syukurnya Allah bagi kehidupan yang sederhana buat kita..... Bak kata orang, "Jadilah manusia yang sederhana, jangan melihat orang yang diatas kita, tetapi lihatlah orang yang dibawah kita, barulah kita tahu betapa banyaknya nikmat yang Allah beri kepada kita" Tapi jangan pula bila tengok mereka kita jadi sombong, ego, bongkak dan seangkatan la dengannya kan =). Dan yang paling penting, kita semua kena la ingat, semuanya datang dari Allah. Siapalah kita ini kan, hambaNya yang hina, yang selalu teruji dan diuji di dunia ini. Nanti kita pun akan kembali kepadaNya, cuma tak tahu ja bila masanya. =( grrrrr takut~

Cukup dulu tazkirah buat diri dan semua ------continue cerita hehehe----->

Sebelum lapor diri 18/6/2012 kat menara zakat alor setar, alhamdulillah sepupu, adawiyah sudi teman dan diajak menumpang di rumah sewa sahabatnya yang ngaji kat KUIN, selamat jugak sampai untuk taklimat tepat jam 8 pagi dan pukul 11pagi terus naik bas ke baling menuju pula ke tempat kerja, dan selamat lapor diri 2.30 petang. Usai taklimat ringkas, terpaksa minta izin keluar untuk keluar pra-test kereta bahagian 2 (setelah 2 kali gagal huhu) sebab esoknya dah test JPJ. Alhamdulillah berjaya jugak dapat P. ^_^

Dulu masa masuk, saya seorang ja perempuan, sebab semua staff, 3 orang ja, semua lelaki, nak buat macam mana kan, kerja tetap kerja, Alhamdulillah mereka semua memang sporting, segan tu memang segan tapi lama-lama boleh ja lawak melawak hehehe.dan banyak yang dipelajari melalu mereka semua =) Dan Minggu lepas, Alhamdulillah dapat sorang peneman,  pelajar praktikal dari kuin, selama 2minggu lunch sorang-sorang, akhirnya berteman jua =). Dan minggu ni pula, 6 orang lapor diri, 2 dari UUM dan 4 dari Poli. Haa memang meriah la pejabat kan lani.

Esok sambung balik program "Dari Masjid ke Masjid" <----- suka hati ja letak nama program yang direka dan ditiru dari tv9 hehehe Untuk agihan bantuan tahunan seluruh daerah baling. Minggu depan memang setiap hari iktikaf kat masjid, Alhamdulillah. Yang penting dapat jalan-jalan serata cerok hahaha =)

Ok la. Sampai sini dulu la. Yang penting, ceria selalu, ikhlas belajar dan cuba berbakti pada semua orang. Semoga apa yang kita dapat pelajari, dapat diamalkan sebaiknya, InsyaAllah. Nanti kalu ada masa nak post khas mengenai zakat. Tunggu, tunggu biaq sampai berjanggut. XP Program cik "bedah" bertangguh kelain masa kerana buku-buku sedang berehat. =D Sekian.

Wassalam

~
Ramadhan  mulia akan menjelma
Persiapkan diri supaya bersedia
Berzakatlah anda ummat manusia
Kerna ia tuntutan agama
~

1 comment:

  1. salam... maafla sekiranya comment n tidak diundang... saudari mempunyai kanvas hidup yg menarik... saya juga bakal praktikal di kws berkenaan,,, skarang sedang mencari bilik utk disewa,, rumah sewa yg saudari tinggal masih ada kekosongn x... sila respond ke emel sitiarah@ymail sekiranya saudari mampu utk membantu saya... terima kasih...

    ReplyDelete