Wednesday, September 12, 2012

Back to School


Salam 'alaik. Sihat ka semua?. Musim hujan sekarang ni kan, so take care ya semua =) nanti demam.
Dah makan pagi? Tengah buat apa tu? Ulangkaji pelajaran ka? Alhamdullah apa-apa pun yang kita lakukan harapnya masih bertujuan untuk mendapat keredhaan Allah Taala.

Sangat-sangat bersyukur selama 3bulan ber'praktikal, banyak sangat yang dapat, knowledge ofcourse la kan. Pengalaman lagi la banyak terutama bab 'customer service', melayan kerenah pelanggan yang pelbagai, amat menabjubkankan<---tudia ayat dia! =) macam-macam level yang penting kita pandai untuk tolerate and komunikasi dengan nada yang betul. Jangan cepat melatah dan melenting tak tentu pasal. Kalau ada orang 'gila'<---- ada tau, huhu sangat takut kot. kena pandai psyco dia balik. Kenangan indah tetap kukenang selamanya. InsyaAllah kalu yani balik nanti yani p melawat semua k. Tapi kemungkin bos sudah bertukar ke daerah lain. sob sob T_T. 


Hari ini dah masuk hari ke 3 menimba ilmu di Taman Ilmu dan Budi. Kelas pertama masuk, lecturer belum masuk tapi masuk kelas kedua EAW, terus dapat homework untuk buat thesis, kena buar research, huh lagi sekali menabjubkan. Kalu fikir-fikirkan kelas english ni memang stress tapi disebabkan madam yang friendly, cantik dan baik, sejuk mata melihatnya. Terus jadi positif dan cool down. =) Tapi minggu first pun bukan macam dulu-dulu, lecturer dah start mengajar siap dah habis satu topik.  Bukan terkejut tapi memang sepatutnya macam tu pun, ya la topik banyak, so bila first week dah mengajar mengikut course outline tak la terkejar-kejar nanti kan. Haa bila last minute kan dah problem nanti macam orang tu. Report praktikal yang statusnya masih samar-samar. InsyaAllah akan siapkan secepat mungkin untuk bagi Prof. Khaliq semak dulu. Doakan saya ya semua. PEACE!!

Sem ini merupakan tahun 3 saya, masuk bulan 12 2009, dan sekarang bulan 9 2012 Tapi Alhamdulillah dah level 4. Final Year yang mungkin 'agak' mencabar. Doakan saya dan rakan-rakan 'semoga segalanya dipermudahkan' Amin. Sem ni saya tetap ambil 6 subjek dengan 18.5ch. Subjek-subjeknya adalah teng..teteng..gedebaboooo. ha itu kat bawah tu ^_^

Islamic Banking Finance (IBF)
English for Academic Writing (EAW)
Promotion Management
Compensation Management
Strategic Management (SM)
Service Marketing
and ofcourse
First Aid skill 2 lalala


Berdasarkan subjek-subjek kat atas sudah tentu ada perasankan saya banyak ambil pengurusan. Bukan tak berminat dengan finance, minat tapi saya rasa saya bukan kearah itu lagipun mama bahtah kalau nak kerja kat bank dan saya tahu kerja di bank itu sangat memenatkan, mana la ada kerja tak penat kan? XP Tapi kan dari dulu minat nak belajar mengenai Islamic banking finance. Sangat perlu belajar for our future. Alhamdulillah dapat belajar subjek ni dengan Ust. Dr Zaharuddin Abd Rahman ^_^. Apa-apa pun, yang penting kita bahagia dan minat dalam sesuatu yang kita lakukan, baru la enjoykan? Soal pekerjaan saya tak risau sangat kerna itu semua urusan Allah tapi yang penting kita perlu usaha, kalau ada rezeki  InsyaAllah Allah akan kurniakan, yang penting sekarang, kita perlu berusaha menimba ilmu sebanyak mungkin serta seikhlas hati. Nampaknya kena lebih rajin mentelaah buku la, no more calculation. Kalu ada pun sikit sahaja kot. =)

Last but not least, kepada semua pelajar, selamat meneruskan perjuangan walaupun banyak jua ujian bakal ditempuhi kerna perjuangan menuntut ilmu itu bukanlah sesuatu yang mudah, ia memerlukan ketelitian, pengorbanan, penghormatan, ketekunan, disiplin yang tinggi. InsyaAllah jika niat kita ikhlas, InsyaAllah akan dibalas. Yang penting jangan pernah jemu untuk belajar. Semoga semangat kita tak pernah luntur dan terus membara. Setiap ilmu yang kita perolehi itu sangat la berharga, so manfaatkanlah ia dalam kehidupan kita.
~Selamat meneruskan pengajian kita, semoga mendapat kejayaan didunia dan akhirat~

No comments:

Post a Comment