Saturday, December 8, 2012

ZAKAT



PENGERTIAN ZAKAT
Dari sudut bahasa :
Kebersihan, kesucian dan memperbaiki
Kesuburan dan pertambahan

Dari sudut syarak :
Zakat membawa maksud mengeluarkan sebahagian dari harta tertentu untuk diberikan kepada orang-orang yang berhak menerimanya apabila telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
Surah At-Taubah (ayat 103)
Dari ayat di atas, amat jelas tentang kewajipan berzakat dan sesiapa yang mengingkari atau meragui kefarduannya, maka ianya terkeluar dari agama Islam.

Sejarah telah membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar telah memerangi orang-orang yang mengingkari membayar zakat. Mereka yang kaya dan berada juga harus menyedari bahawa wujudnya hak orang-orang fakir dan miskin di dalam harta yang mereka miliki.

HUKUM ZAKAT

Islam- Zakat hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja. Yang memiliki harta/wang simpanan, wang emas atau perak, saham, ahli perniagaan, menternak, bertani (padi) dan bekerja sama ada di jabatan kerajaan atau swasta yang memperolehi gaji bulanan. 

 Merdeka -Orang Islam juga mestilah merdeka sepenuhnya. Syarat ini tetap dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib. 

Sempurna milik-Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat. Pemilikan ke atas harta tersebut mestilah sempurna (yakni tidak ada hutang dan bebas untuk menggunakannya). 

Cukup Nisab- Nisab adalah nisbah ataupun paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas atau 196 gram perak. 

 Cukup Haul- Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi. Dalam zakat pendapatan, jangkamasa setahun merupakan jangkamasa mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatan. Harta yang dimiliki itu juga mesti cukup tempoh satu tahun Hijrah (354 hari).

 Niat Untuk  berniaga-Orang yang menjalankan perniagaan/perkhidmatan mempunyai niat untuk berniaga iaitu mendapatkan keuntungan (Zakat Perniagaan)

 HIKMAH ZAKAT
 Di antara hikmat disyariatkan zakat ialah:
Dapat beribadah kepada Allah SWT. Mensucikan jiwa manusia dari sifat kikir, bakhil, rakus dan tamak. Seterusnya melahirkan ciri-ciri masyarakat mukmin sebagaimana firman Allah s.a.w. yang bermaksud:
"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
(Surah at-Taubah, Ayat: 71)

Membantu fakir miskin dan meringankan beban mereka yg dalam kesusahan dan kesulitan. Pengurusannya mampu memperbaiki kedudukan masyarakat dari sudut moral dan material di mana ia dapat menyatukan anggota masyarakat sehingga menjadi seolah-olah sebatang tubuh.

Zakat merupakan ibadat material dan penyebab untuk mendapat rahmat Allah. Seperti FirmanNya yang bermaksud:
"Dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu, maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertakwa dan yang memberi zakat.
(Surah al-A'raaf, Ayat: 156)

Membatasi jurang perbezaan kekayaan yang keterlaluan dalam masyarakat Islam. Ia merupakan syarat untuk mendapatkan bantuan daripada Allah sebagaimana firmanNya yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya Allah akan tolong sesiapa yg menolong agamaNya (agama Islam), sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat".
(Surah al-Hajj, Ayat: 40, 41)

Zakat juga merupakan syarat persaudaraan di dalam agama Islam. Zakat turut digelarkan sebagai salah satu sifat orang yang mengimarahkan rumah Allah (masjid). Zakat ini jugalah yang dianggap sebagai ciri-ciri mukmin yang berhak mewarisi syurga firdaus sebagaimana firmanNya yang bermaksud:
"Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu)".
(Surah al-Mu'minuun, Ayat: 4)

 Dah nak masuk tahun baru 2013 ni. Sesiapa yang belum keluarkan zakat harta, sila lah tunaikan tanggungjawab anda ya =) 
Nantikan sambungan zakat, to be continue......

No comments:

Post a Comment