Sunday, January 20, 2013

Kenangan Lalu

Dengan ini mempersembahkan.

 (Gambar di Surau Hafsa, Pejabat Telaga Biru)

(Saja sesuka hati teringat kenangan lalu)
^_^

Mengimbau kenangan semasa study, kemas bilik bila berakhir semester,
bercanda mesra bersama rumate-rumateku dan 'geng hafsah'
semuanya di Mahallah Hafsah
 Bersama 'geng Hafsa' my last gathering.
Yang sem lepas tak dan nak join depa pi makan steambot, =( 
Sedih la pulak sebab ramai daripada mereka (accounting student) ada praktikal training semester depan.

 Board Semester 1 2012/2013
Hafsah G 3.4
Rumate: Fatin, Along Husna & Salwa
Next semester In shaa Allah kita jumpa lagi
(^_^)
 
 Board dan meja study,semasa study week
Penuh, penuh, penuh. XP
Menyiapkan research paper dan assignment
hahahaha


Kosong.. kosong..kosong =)
Akan diguna semula untuk semester terakhir, In shaa Allah =)
Semester 2 2012/2013

 
 Board Semester 2 2011/2012
Hafsah G 4.4 (Kenms's Room)
Rumate: Fathin, Timmy & Akmal
Masa Final Exam

Board Semester 1 & 2 2010/2011
Bilik G 3.6
(Kenangan rerumate ngan Fatin Hasanah, Kak Piah & Anys)
Kenangan terindah bersama-sama mereka ini
Sweet memory, Sayang kalian
~Ukhuwwah Fillah Abadan Abada~
 
JOM BERKEMAS, NAK BALIK KAMPUNG
~Kedah, Aku Datang~

Semester 1 2012/2013 (Baru-baru ni)
Longgok-longgok dulu,
Nanti kita kelas-kelaskan naa.
Pening lalat time mengemas.
 Kumpul barang atas meja
Selerakkan dulu
Pastu kelas-kelaskan yea

Beg letak satu tempat


 Keadaan bilik G 4.4 sebelum kemas
macam biasa, selerakkan dulu, katil, meja & dilantai
Lepas tu baru kemas elok-elok
sebab sem berikutnya pindah bilik baru =)
 
Dan ada praktikal training shortsem nya
Kena angkut barang p letak rumah mak tam
Terima kasih mak tam sebab bagi pinjam rumah letak barang aritu ^_^
Nasib la rumah mak tam dekat ja. =)

Wish Lists Bilik G 4.4 "Kenms's student"
3 orang BBA Seorang BECS
Kecoh bilik ni duduk ngan depa 3 orang tu.
Jadi tempat mengadu dan luah perasaan mereka bertiga
Cik Tim suka mengadu bila kena buli ngan cik Kemal & Fathin
Bilik ni selalu jadi port lepak 'geng hafsa econs'
 
Masing-masing ceria dan menceriakan
Terima Kasih Cik Tim, Cik Kemal dan Cik Fathin
Menceriakan hari-hari saya di semester 1 & 2 2011/2012

Alhamdulillah dah siap kemas, G 3.6
Baru sebahagian tak termasuk beg baju
(^_^)

 Ok, jom balik kampung!
(^_^)

Menggamit kenangan ketika taaruf week bulan Disember 2009
Semester 2 2009/2010
Kami sebahagian 'Geng Hafsah'
Muda remaja berbaju batik
Cantik, motif buluh berwarna ungu

 
Alhamdulillah, mereka 'geng usrah tercinta'
~Big Bang Forever~
Sentiasa menjadi nadi penggerak
jasad rohaniku
Kekuatan, kecintaan, Kemesraan
Di setiap semester ku
Andak sayang kalian sesungguhnya
kerana Allah kita dipertemukan

Ukhwah Fillah Selamanya

 Pinjam jubah k.long sebab tu warna kelabu
Yang sebenarnya bakal dapat warna kuning In Shaa Allah
Semoga semester berikutnya berjalan lancar
Diberikan kemudahan menuntut ilmu
dan keberkatan dalam pembelajaran
Ilmu dunia dan akhirat
 In shaa Allah bakal menjadi graduan berjaya di dunia dan akhirat
Ameen

~Kadang-kadang kita perlu menoleh ke belakang untuk menyusuri jalan kehidupan dihadapan kerana tanpa kenangan masa lalu maka tiadalah kita di hari ini~

Thursday, January 17, 2013

Listen...Listen...Listen...

Assalamualaikum w.b.t

Mungkin ada yang tertanya-tanya apa yang listen..listen..listen ni kan? Oh, ini adalah Isu mengenai Forum Suara Mahasiswa yang diadakan di UUM pada 8 Disember 2013 yang lalu. Click disini----> VIDEO YOUTUBE. Untuk dengar sendiri. Nice Video =) Pertama kali mendengar, saya tidak mengerti, apakah yang ingin disampaikan Puan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin ini, mengaitkan persoalan Miss Bawani mengenai isu pendidikan percuma dan Bersih itu, dengan haiwan? Ikan, josh, lembu, kucing? Dia langsung tidak menjawap dan hanya mengulas dengan panjang lebar seperti tidak ada kena mengena langsung dengan persoalan miss Bawani. =( So, sad.

Lepas itu, cakap pula mngenai 'respect' dan keluarkan beberapa statement salah satunya 'when I speak,you listen. Let's me speak'. Sangat 'annoying' diulang banyak-banyak kali. Mungkin dia nak bagi semua pelajar ingat, jangan "masuk telinga kiri, keluar telinga kanan" ya? Baik =). Sampai hati, dia rampas mikrofon untuk menghentikan percakapan Miss Bawani padahal Miss Bawani belum habis bercakap lagi kan. Dia cakap dia tidak mengaibkan miss Bawani tetapi pada masa yang sama telah mengaibkan Miss tu dihadapan ribuan orang. Mungkin dia tidak sedar, mungkin! Huh ku keliru dengan Puan Sharifah ini, apa yang dia nak sampaikan sebenarnya? Keliru lagi. (saja buat-buat keliru). Lepas dengar Penjelasan dari Miss Bawani. Baru clear, ya la kita tak duduk disana, kita tidak mengetahui keadaan disana. Ya dak?  Mungkin kita perlukan penjelasan dari Puan Sharifah pulak? Ya!! Ya!! mungkin. Nak dengar pula penjelasan dari pihak dia macam mana. =)
 Ok, cukup dulu, saya tidak mahu mengulas mengenai video ini sebab sudah pasti ramai sudah menonton dan memahami isu dalam video ini. ^_^ Boleh baca ulasan disini juga. The Star.


Fenomena LISTEN ini sejak seminggu ini kian menjadi-jadi. Apa LISTEN ini? Dengar, dengar dan dengar. Jangan bercakap bila saya bercakap, sila dengar,dengar dan dengar. Mahasiswa seperti saya dan anda perlu membuka minda dan jiwa untuk menilai yang mana benar dan mana salah. Kita tidak perlu mengikut telunjuk 'mereka' lagi kerana 'media kita' hanya dihujung jari dan kita sudah matang dan bijak menilai yang mata kaca dan yang mana permata. Kita bukan lagi alat mainan mereka. Kita punya akal untuk berfikir dengan sewarasnya.
 "It's hard to listen with a big, sticky ego". So, kita jangan jadi macam ini, sebab semua orang berhak bersuara dan ia bukanlah suatu masalah seperti haiwan dengan bersuara jika kita dipihak yang benar. Dan kita ini makhluk ciptaan Allah yang berbeza dengan haiwan kerana kita boleh bersuara dan dikurniakan akal oleh Allah Taala.
Sangat kagum dengan keberanian Miss Bawani, dia mempunyai keistimewaan untuk lancar berkata-kata dan mempunyai 'point-point' yang bernas untuk dipersoalkan. Mungkin isu ini adalah petunjuk dan ada hikmah disebalik semua ini untuk kita semua. Kita semua perlu celik ilmu dan perlu lebih peka dengan isu semasa sebagai seorang mahasiswa di zaman ini. Kita semua mempunyai kelebihan dan kekurangan sebagai makhluk ciptaanNya. Oleh itu, kita perlu gilap dan tingkatkan peribadi dan jati diri sebagai seorang mahasiswa dengan apa yang Allah kurniakan buat kita. ^_^

Komunikasi dua hala amatlah penting. Jadinya, untuk orang hormat kita, kita perlu dengar dahulu apa yang ingin disampaikan kemudian baru menjawap atau respon. begitulah yang sebaiknya. Barulah ada kefahaman dan toleransi yang baik. Jangan sesekali memburukkan orang lain diharapan orang lain, kelak aib kamu pula akan diBONGKARkan. Akhir kata, buang yang keruh dan ambillah yang jernih. Kita perlu belajar dari pengalaman 'peristiwa yang telah berlaku ini' dan jadikan ia sebagai pengajaran dan pedoman buat kita semua. =)
"Hormat menghormati amalan mulia
Jadikan ia pegangan kita
Isu 'listen' membuka minda
Buat kita seorang MAHASISWA"

Hidangan 'santai' untuk anda.
Semuanya mengenai LISTEN OK!! Enjoy =)

p/s: Maaf atas ketidakformalan kata-kata dan keterlanjuran budi bicara.

Thursday, January 3, 2013

Yang Dicari


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah hari ini hari ke-3 dalam tahun 2013. Selamat tahun baru masihi diucapkan buat semua =) Seperti tahun yang lalu, malam tahun baru yang lepas, saya sekali lagi dipilih oleh Allah untuk bersama-sama ribuan muslimin muslimat di Dataran Shah Alam. Sekali lagi, memori yang indah untuk dikenang dalam kehidupan ini  dan bersama-sama teman-teman seperjuangan. Syukur alhamdulillah =)

Acapkali tahun baru, orang akan bercerita mengenai "AZAM" saya tidak mahu bercerita mengenainya, azam itu subjektif bagi setiap orang, bagi saya setiap hari adalah azam, kerna setiap hari apabila kita  terbangun dari tidur itu adalah nikmat dan perlulah memulakan setiap hari kita dengan "NIAT" yang baik yakni azam, dan bersyukur kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk menghuni alam ciptaanNya. Syukur Alhamdulillah =)

Bayangkan bagaimana jika kita terbangun, tiba-tiba kita ditempat gelap gelita yakni "kubur"? Bersediakah kita untuk melangkah ke alam itu wahai sahabat-sahabatku? Tidak takutkah kalian dengan azab Allah? Takutkan? Semoga meningkatnya umur kita dari hari ke hari, bulan ke bulan dan tahun ketahun, kita juga dapat melakukan peningkatan dalam amal ibadah kita Insya-Allah. Cukuplah jika kita istiqhamah dengan sedikit amal tapi sentiasa mempunyai niat untuk melakukan peningkatan dalam beribadah sebagi hamba kepadaNya. Insya-Allah banyakkan berdoa dan bertaubat kepada Allah, agar diterima segala amalan-amalan kita. Untuk tahun ini dan berikutnya, semoga kita akan pernah puas untuk terus mencari jalan untuk ke syurga. teruskan pencarian kita.=)

( Dibawah ini adalah, Sumber rujukan : Buku "Untukmu Ummat", Ust. Dr. Zaharuddin). ms.33.
Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Qasas:77,

Maksudnya,
 "Carilah apa yang dianugerahkan Allah kepadamu (daripada kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupaka kebahagiaanmu (daripada kenikmatan) duniawi. Berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak meyukai orang yang melakukan kerosakan".

Ibnu Abbas r.a ketika mengilas ayat ini mengatakan,
"Allah mengarahkan kia agar memanfaatkan umur sebaiknya dan bahagian manusia adalah umur dan amla soleh dalam hidupnya".


Al-Hasan dan Qatadah pula mengingatkan kita agar tidak menghabiskan peluang dan umur kita hanya untuk mendapat nikmat sementara dunia yang halal.

Ibnu Umar pula meriwayatkan:
"Bercucuk tanamlah (berusahalah) untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selamanya dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan menemui maut keesokkan harinya."

Dan nasyid dibawah ini untuk sama-sama kita menghayati bait-bait liriknya yang didendangkan oleh Ust. Nazrey Johari, Yok dengarkan bersama. =) Click tajuk untuk video youtube~

YANG DICARI

Ramai orang mencari
Ketenangan... kebahagiaan dalam hidup ini
Tapi tidak bertemu
Ketenangan... kebahagiaan sampai akhir hayat

Kerna mereka tidak mengenal
Siapa yang wajib disembah
Kerna mereka tidak tahu
Siapakah Yang Maha Pencipta

Ramai orang tersesat
Dalam mencari Tuhan Yang Esa
Kerna salah tujuan
Dan tempatnya menghambakan diri

Kerna mereka tak mau percaya
Dan beriman pada Yang Kuasa
Kerna mereka tak mau percaya
Pada rasul penutup nabi

Kebenaran ada di mana pun
Jika ikhlas hati mencarinya
Pasti akan bertemu
Allah Yang Esa...

Allah...Allah.

Alhamdulillah, sangat menusuk hati dan jiwa kan =) sangat suka lagu ini.

"Buat mereka yang jauh tersasar, kudoakan semoga kalian menemukan jalan pulang,
Buat meraka yang berada dipersimpangan jalan, kudoakan semoga kalian menemukan jalan kebaikan,
Buat mereka yang berada dijalan kebenaran, kudoakan semoga kalian Istiqamah dalam menuju  Tuhan""     ""(iman_nurkasih)