Thursday, February 7, 2013

Masih Di sini

Assalamualaikum w.b.t



Hari ini dah masuk hari ke lima berada di UIA untuk semester yang terakhir Insha-Allah. Semester ni, Alhamdulillah cuma amik 5 subjek, selalunya 7 subjek termasuk subjek skill. tapi disebabkan tak pernah miss amik semester pendek, so sem ni cuma 15 contact hour. >_<  So, okey la jadual, hari isnin dan rabu, kelas pagi, petang tak dak kelas, hari selasa dan khamis pulak, EOP, 8.30 - 10.30 Pagi, then petang full dari pukul 2 sampai pukul 5 petang. Setakat ni, kelas EOP belum start lagi sebab belum ada venue, macam mana nak p kelas kan, kalu tempat belum diketahui, so kami pakat assume, this week, kelas EOP belum bermula, maybe next week kot start, Inshaa-Allah. Antara subjek yang diambil semester ini:

LANGUAGE FOR OCCUPATIONAL PURPOSES-ENM
TRAINING MANAGEMENT
QUALITY MANAGEMENT
INDUSTRIAL RELATIONS
ORGANIZATIONAL THEORY

Allah lebih mengetahui, sesungguhnya kita hanya hambaNya yang lemah. Kita hanya mampu berusaha lakukan yang terbaik, dan kemudian, kepada Dia kita berserah dan bergantung harap. Dan saya akui, perjalanan hidup didunia ini memang berjalan atas takdirnya, dari dulu lagi. Macam-macam dah pengalaman yang membawa aku ke sini. Alhamdulillah, semoga berada di pengakhiran yang baik. Ameen.

Di semester ini, akan cuba buat sehabis baik dan ku serahkan takdirku ini ditangan Nya untuk mengukir perjalanan kehidupanku, yang penting kita perlu bezakan baik dan buruk, membuat pertimbangan disetiap pilihan yang berlaku dalam kehidupan. =)

Kadang kita rasa, ianya baik untuk kita, sedang tidak pula, begitulah sebaiknya, Allah Maha mengetahui apa yang terbaik buat kita. Angkat kedua tangan, menadah, memohon kepadaNya, Teruskan berdoa, memohon petunjuk dariNya, Doa, Doa dan teruskan berdoa tanpa jemu, kerana Dialah tempat kita bergantung harap. Banyak sangat nikmat pemberianNya setiap hari kepada kita sama ada sedar atau tidak. Tapi bila tersedar, alangkah keldilnya kita dimuka bumi ini. Sungguhnya banyak dosa yang kita lakukan, Allah tetap mengasihi kita. Kerana Allah itu Maha Pengasih lagi Penyayang buat hamba-hambaNya. Tapi dimana syukur kita? Semoga kita sentiasa menjadi orang yang bersyukur. Ameen.

Manusia itu datang dan pergi
Tapi Allah itu tetap disisi
Cinta manusia berpada-pada
Cinta Allah kekal selamanya

~Islam is the way of our life~

Saturday, February 2, 2013

Madah seorang Muslimah


 
  
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi, aku juga  punyai keinginan seperti gadis lain dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpin tanganku ke arah jalan yang diredhai Allah Taala, yang dapat bersamaku saat susah dan senang, dalam memikul amanah di dalam rumahtangga dengan penuh ketenangan, kasih sayang dan rahmat Ilahi agar menjadi keluarga bahagia lagi diberkati Allah di dunia dan di akhirat.


Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf a.s. yang mampu mendebarkan jutaan gadis tetapi andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti akan mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu, kali pertama kita perpandangan. Itu janji Allah kerana Allahlah tempat kita bergantung harap dan berdoa.  Akan tetapi selagi kita tidak diikat dengan ikatan pernikahan selagi itu jangan kau zahirkan perasaan itu kepadaku, kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuan itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfaqkan seluruhnya pada mencari redha Ilahi. Aku akan merasa amat bertuah dan bersyukur andai dapat menjadi tiang seri dirimu atau sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi, kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur dimedan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid atas perjuanganmu. Akan ku sokong segala kebaikan yang kamu lakukan itu demi raih syurga Ilahi.

Aku hanyalah gadis biasa tetapi aku yakin seandainya kau serahkan seluruh cintamu kepada Allah, tentunya ada juga secebis cintamu untukku kerana Allah. Dengan kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu maka akan terpercik cintamu kepadaNya dalam diriku jua. Maka beruntunglah aku kerana kerana cintaNya kita bakal menjalin kasih bahagia. Cinta itu lebih abadi daripada cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali disyurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibu bapaku kepadaku. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan aku dan kau lupa tanggungjawapmu. Cukuplah sekadarnya agar kita merasa bahagia dan aman untuk kehidupan yang baik di dunia fana ini. Biarlah kita hidup dibawah jaminan Allah sepenuhnya dengan meletakkan Allah yang utama dalam kehidupan menuju syurgaNya, In shaa-Allah.

Proposal tanggungjawab kita

Kerana cinta kepadaNya kita bakal bertemu
untuk sama meraih redha dan keberkatan dalam rumahtangga kita
bersama mengemudi rumahtangga dengan memahami peranan dan tanggungjawab kita, yakni
sebagai hamba kepada Allah Taala, Tuhan yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu,
sebagai khalifah muka bumi, Amar maaruf Nahi mungkar walau dimana kita berada,
sebagai anak kepada kedua orang tua kita, tunaikan hak mereka dengan sebaiknya,.
sebagai suami dan isteri, yang perlu sentiasa berkomunikasi dengan baik dan bertolak ansur,
dan sebagai ibu dan ayah buat anak-anak kita kelak, mendidik mereka menjadi anak yang soleh dan solehah. =)

Kita sudah dewasa untuk berfikir dengan lebih matang untuk sama-sama membina keluarga sakinah,mawaddah wa rahmah, demi menuju ke syurga Ilahi.
Bimbinglah daku, nasihatilah daku bilaku alpa dan leka kerana kita sebagai hambaNya punya kelemahan dan kekurangan. Terimalah diri ini apa adanya, wahai bakal suamiku. =)
Buat diriku dan semua bakal isteri solehah
Itu impian kita sebagai muslimah
Biarpun kita bukanlah ustazah atau srikandi agung, tapi kita mesti mempunyai cita-cita untuk menjadi lebih baik seperti mereka, penuh ilmu didada dan semangat juang yang tidak pernah luntur.
Inshaa-Allah semoga Allah permudahkan urusan kita. =)
Kerana kita juga bakal mendidik anak-anak kita kelak dengan
Ilmu mengenal Tuhan Pencipta dan menghiasi diri mereka dengan akhlak mulia seperti Rasulullah s.a.w.
berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah, itu pegangan dan panduan kita semua.

Tugas seorang ibu bukanlah mudah dan ia perlukan sokongan dari sang suami agar dapat membimbing diri anak-anak tatkala salah mencengcam minda.
Mari sama-sama menyemai bahagia dijiwa dan diminda dengan bersikap positif dan yakin pada diri
agar usaha murni berterusan hingga mencambahkan hasil yang baik.
Semoga ini bukanlah sekadar kata tapi punya perancangan jelas lagi nyata.

"Letakkan dunia ditangan dan akhirat pula dihati, In shaa-Allah Allah sentiasa disisi"