Saturday, May 25, 2013

Coretan Hati

.
 Aku menulis.....

bukan lah kerana, 
aku seorang yang bijak menulis,
bukan juga seorang penulis terkenal,
tetapi dengan kudrat jua minatku,
aku cuba untuk menulis,

menulis dengan isi hatiku,
menulis dengan pengetahuan, pengalamanku,
dan menulis dengan ilham yang Allah kurniakan buatku.

Aku berkarya bukanlah kerana aku sesiapa,
aku menulis hanya kerana Allah,
kerana aku ingin berdakwah,
walaupun aku bukanlah seorang ustazah atau sesiapa pun,

Tetapi kerana.....
Aku ingin jadikan wadah ini kenangan terindah dalam hidupku,
aku ingin setiap coretan aku bermanfaat untuk semua,
Aku ingin keluargaku tahu isi hatiku dan betapa kasihnya aku kepada mereka,
Aku ingin sahabat-sahabatku tahu,
 mereka amat bermakna dalam hidupku.

Dan yang teramat penting,
Aku ingin memdidik diri ku ini dan orang lain untuk menjadi lebih baik
kerana ilmu itu amat penting
ilmu itu cahaya dan bekalan sebuah kehidupan

Kehidupan ini adalah sebuah perjalanan
Yang tidak tahu kesudahan
Penuh halangan dan rintangan jua ragamnya
Setiap hari adalah pelajaran dan ujian.

Aku menulis..............
Bukan kerana aku mahukan nama
Bukan kerana aku mahukan kemahsyuran
Bukan juga untuk bermegah-megah

Aku menulis..............
Kerana aku hanyalah HAMBA
Aku hanya hamba Allah yang lemah
yang senantiasa ingin mencari hikmah perjalanan kehidupan ini.

25052013 2100pm
iman_nurkasih



~Biarlah nanti bila aku mati
Kehadiran aku dirasai disini
Kerana disini aku tetap hidup.
Bernafas dengan setiap coretan qalbi~

Wednesday, May 15, 2013

Revision Week

Assalamualaikum.w.b.t


Minggu terakhir "Lecture" amat sayu sekali rasanya, bakal merindui suasana itu. bersama-sama teman-teman menimba Ilmu, dari guru-guru yang tidak bisa mengenal erti penat jemu, mendidik memberi Ilmu.
"SELAMAT HARI GURU"

MY EXAMINATION'S SCHEDULE

Organizational Theory 
21 May 2013 (Tuesday)
9.00 am - 12.00 pm

Industrial Relations
23 May 2013 (Thursday)
   2.30 pm- 5.30 pm

English for Occupational Purpose
29 May 2013 (Wednesday)
9.00 am - 12.00 pm

Training Management 
31 May 2013 (Friday)
9.00 am- 12.00 pm

Quality Management
5 June 2013 (Wednesday)
9.00 am- 12.00 pm

Di sini, saya ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali diri ini andai ada salah silap, tutur bicara menguris hati dan perasaan dsb. Maafkan diri ini. Saya juga ingin mengucapkan selamat mengulangkaji buat sahabat IIUM, di luar IIUM yang bakal menduduki periksaan dan yang mengenali diri ini. Semoga dipermudahkan menjawab soalan-soalan peperiksaan anda nanti. Semoga berjaya didunia dan akhirat.
ALL THE BEST
"Semoga Beroleh Kejayaan"


~Menuntut ILMU itu tiada pengakhiran,
biarlah dimanapun, saat jua ketika, 
carilah ilmu, kutiplah ia kerana ilmu itu adalah
 NUR yang menerangi hidup insani didunia ini~